Jijik sungguh terbayangkan makanan dan minuman yang disediakan dicampurkan dengan benda-benda kotor seperti air liur, air kencing serta darah haid. Gara-gara ingin ‘menundukkan’ majikan, pembantu rumah sanggup mencampurkan bahan-bahan kotor ini untuk ‘memperbodohkan’ majikan yang membayar gaji mereka.

Seorang wanita warga Filipina dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh mencampurkan darah haid dan air kencingnya ke dalam makanan dihidangkan kepada penghuni sebuah rumah pangsa di Sengkang.

Tertuduh, Canares Rowena Ola, 43, yang mengaku bersalah semalam, kini memutuskan untuk mencabar pertuduhan berhubung salah lakunya itu ketika dibicarakan di mahkamah daerah.

Kredit Foto: TIMOTHY DAVID

Timbalan Pendakwa Raya, Keith Jieren Thirumaran, memberitahu Hakim Daerah, Marvin Bay, bahawa tertuduh sebelum ini mengaku melakukan kesalahan berkenaan dalam beberapa pengakuannya kepada pihak berkuasa.

Namun, perincian mengenai pekerjaan tertuduh dan bagaimana beliau dikaitkan dengan kesalahan berkenaan serta punca kejadian pada Disember 2018 itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

IKLAN

Mahkamah turut dimaklumkan, makanan yang tercemar itu sudah dimakan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak dapat dijalankan bagi kes berkenaan.

Ola diwakili oleh peguam bela, Kalaithasan Karuppaya dan pra-perbicaraan akan diadakan pada 25 Januari depan.

gambar hiasan

‘Ilmu Penunduk’

Sementara itu, dalam kes berasingan awal tahun ini, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenakan hukuman penjara enam bulan dan tujuh minggu.Dia didakwa atas kesalahan mencemarkan air minuman dan nasi dengan mencampurkan air kencing, air liur dan darah haidnya.

IKLAN

Diana, 30, berkhidmat dengan sebuah keluarga di Punggol pada 2017 sebagai pembantu rumah. Difahamkan, dia percaya dengan memberi minuman dicampurkan dengan kotoran itu, keluarga berkenaan akan tunduk dan tidak sesekali memarahinya.

Mangsanya didapati sudah memakan bahan tercemar berkenaan.

Diana juga mencuri lebih daripada S$13,000 (RM39,574) wang milik ibu majikannya dalam lima kejadian berasingan antara Ogos 2017 dan Jun 2018.

IKLAN

Diana akhirnya mengaku bersalah atas dua tuduhan salah laku dan mencuri.

Kredit Foto: TIMOTHY DAVID

Baca Lagi Di Sini:
Tiada Dalil Larang Wanita Potong Kuku & Rambut Ketika Haid, Nifas

MW: Jijik sungguh tergamak buat begini. Bukan bersangka buruk, tapi sebaiknya jika mempunyai pembantu rumah, biarlah hanya membantu kerja-kerja mengemas dan membersihkan rumah. Urusan masak-memasak, seeloknya kita buat sendiri. Lebih puas hati dan terjamin kebersihan makanan yang disediakan.

Sumber: Bharian