Power! Nabil Ahmad boleh lukis kartun sendiri! Wow kagum dan terkasima sungguh apabila mengetahui pelawak terkenal Nabil Ahmad yang kini muncul dengan naskhah terbaru Siri Animasi Pendek Lu Pikir La, Nabil!, begitu hebat.
Power! Nabil Ahmad Boleh Lukis Kartun Sendiri!
Sebagai seorang anak seni yang versatil, Nabil mengembangkan sayap dengan karya terbarunya ini.
Malah menerusi rancangan hiburan popular, Meletop Nabil turut berkongsi tentang rancangan tersebut.
Cerita dan idea asal dari dirinya, siri animasi pendek ini bertemakan lawak, persahabatan, adventure dan superhero.
Malah pada rancangan tersebut juga rakan pengacaranya, Daiyan Trisha turut menyatakan kekaguman dan memberitahu Nabil boleh melukis kartus sendiri.
“Power! Nabil Ahmad Boleh Lukis Kartun Sendiri!Selebriti Pertama Yang Ada Animasi” luah Daiyan.
IKLAN
Kisah Tentang Zaman Kanak-Kanak Nabil
Untuk pengetahuan siri animasi pendek iri animasi pendek Lu Pikir Lah, Nabil!, ini menceritakan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang penuh dengan angan-angan, persahabatannya dan rakan-rakan serta kekalutan perangai orang-orang kampung di Negeri Sembilan.
Siri Ini sudahpun disiarkan bermula 14 Oktober! Di saluran Meletop YouTube setiap Khamis sehingga 4 Nov 2021. Paling menarik bahasa yang digunakan dalam loghat Negeri Sembilan (siri kata disediakan).
Demi menyelamatkan nyawa anak bongsu, hilang rasa takut dan tidak kisah dirinya digigit tebuan tanah. Namun, sudah suratan takdir, anaknya tidak dapat diselamatkan kerana bisa cepat merebak ke seluruh badan.
Luluhnya hati bila kegembiraan untuk pulang ke kampung menjadi tragedi hitam dalam keluarga Mohd Khalid. Apalah daya bagi anak yang berusia 5 tahun apabila dirinya diserang tebuan tanah. Pada kejadian itu, mereka sekeluarga sedang bersiap sedia untuk pulang ke rumahnya di Ipoh.
Menurut Mohd Khalid, ketika kejadian, mereka yang tinggal di Pengkalan Ria, Ipoh, bersiap untuk pulang selepas bercuti di rumah ibu, Jumaat lalu.
Sebelum kejadian, dia yang berada di kawasan rumah kira-kira 20 meter dari tempat anaknya bermain. Tiba-tiba, dia didatangi anak sulungnya Nur Adelya Qaisara, 10, memaklumkan adiknya diserang tebuan yang keluar dari sarang di bawah rangka pelantar jeti terapung terbiar di kawasan berkenaan.
“Saya berlari ke kawasan permainan dan terkejut melihat seluruh badan arwah dihurung tebuan sebelum menariknya. Saya cuba sambil menghalau serangga itu daripada badannya sebelum arwah pengsan.
Saya tak nampak warna pakaian yang arwah anak pakai. Seluruh tubuhnya dipenuhi dengan tebuan,” kata Mohd Khalid Omar, 40, bapa kepada Eidrish Mohd Khalid, 5, yang maut disengat puluhan tebuan tanah.
Ketika kejadian murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) An-Nur, Ipoh, Perak itu dikatakan bermain di sebuah taman permainan bersama dua kakaknya kira-kira 20 meter dari rumah neneknya di Kampung Tok Jembal, di sini, jam 5.40 petang.
Kejadian itu turut menyebabkan dua kakak arwah, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7, yang turut disengat serangga berbisa itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Mohd Khalid berkata, Eidrish disahkan meninggal dunia jam 11.40 malam tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala dua kakaknya masih menerima rawatan di wad sama.
Turut Menerima Rawatan
Mohd Khalid yang mengusahakan restoran di bandar Ipoh berkata, dalam kejadian itu, dia turut menerima rawatan di hospital selepas terkena sengatan serangga berkenaan ketika menyelamatkan arwah anaknya.
“Saya tidak sangka berlaku tragedi ini ketika percutian kami kali ini, namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Menurutnya, arwah sangat gembira pulang ke kampung neneknya dan kali terakhir pulang pada Mei lalu.
Katanya, kepulangannya kali ini adalah untuk bercuti selain membawa keluarga mentua mencandat sotong.
“Kami bertolak dari Ipoh bersama keluarga mentua secara berkonvoi membabitkan empat kenderaan dan tiba di sini pada Jumaat.
“Kami bercadang untuk pulang jam 6 petang semalam tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan kejadian ini.
“Lagipun dua anak saya masih berada di wad dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil. Kematian adiknya juga sudah diberitahu kepada dua kakaknya dan mereka sempat melihat arwah di hospital,” katanya
Mingguan Wanita : Takziah buat keluarga Mohd Khalid. Bermain-mainlah di syurga wahai adik Eidrish.
Tak dinafikan pandemik Covid-19 memberi kesan pada persekolahan anak-anak. Ramai mak ayah yang risau dengan kesihatan anak-anak pada yang sama bimbang anak-anak ketinggalan dalam pelajaran apabila tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa.
Meskipun ada khabar angin bahawa sesi persekolahan akan ditangguh lagi memandangkan kes harian covid-19 yang semakin meningkat, namun terbaru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa sesi persekolahan tetap akan bermula pada 20 Januari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat kerana ramai ibu bapa yang risau kerana anak-anak tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam keadaan yang sempurna.
“Dengan mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan sempena Sambutan Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Bersemangat Melangkah Ke Tahun Baharu 2021 pada Khamis.
IPT Seawal 1 Mac 2021
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pembukaan bagi institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM bagi sesi 2021 adalah tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
“Bagi yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) pula, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membenarkan pelajar tempatan kembali ke kampus secara berfasa mengikut IPT masing-masing seawal 1 Mac 2021,” katanya.
Sementara itu, bagi IPT yang terletak di Sabah dan Sarawak, kemasukan pelajar tertakluk kepada prosedur yang diguna pakai oleh kerajaan negeri masing-masing.
MW: Jadi mak ayah sila ambil perhatian takwim persekolahan anak-anak ini iya. Dah boleh buat persediaan sedikit demi sedikit untuk persekolahan anak-anak yang akan bermula akhir Januari nanti.
Ajal, maut, rezeki dan jodoh semuanya dibawah ketentuan tuhan. Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 48, mengesahkan telah bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, baru-baru ini.
Rakan Baik Arwah Suami
Berkongsi berita gembira menerusi hantaran dalam laman Instagram (IG), Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin, namun, tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya itu.
“Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani. Sempena malam Jumaat yang juga ‘sayyidul ayyam’, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bertemu jodoh dengan hamba Allah yang juga sahabat baik arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi dari kecil lagi.
“Beliau adalah saudara Rushdi Ramli,” dedah Nora menerusi hantaran dimuat naik, beberapa jam lalu.
Melaksanakan Perkara Wajib
Melalui hantaran sama, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memohon maaf tidak menghebahkan awal berita gembira itu.
“Dari awal lagi saya berniat mahu tidak berkongsi berita gembira ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang kepada prinsip perkahwinan satu ibadah dan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali mencari publisiti.
“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang ditentukan,” luah penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Harap Doa Semua Pihak
Mengharapkan keberkatan di sebalik keputusan dibuat, Nora turut mengharapkan doa semua pihak agar mahligai dibina berkekalan hingga ke alam syurga.
“Saya mohon peminat dan insan yang mengenali saya menitipkan doa buat saya semoga mendapat keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah.
“Moga dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredai Allah SWT dunia dan akhirat. Insya-Allah,” katanya.
Sifat Prihatin Suami Buka Pintu Hati
Nora mengakui, sifat prihatin suami membuatkan pintu hati terbuka menerima lamaran daripadanya.
“Beliau adalah insan pertama melamar, membantu saya dan anak-anak pada saat berdepan tekanan serta tidak punya apa-apa.
“Suami mengajar saya erti sabar, reda dan percaya pada ketentuan Tuhan,” katanya.
Nora menyifatkan perkahwinan keduanya itu juga adalah takdir sudah tertulis buat mereka.
“Saya tidak pernah mencarinya dan suami juga tidak mencari saya. Tetapi, Allah menemukan kami.
“Suami juga sayangkan arwah Johan dan Alif. Moga jodoh kami diberkati,” ujar penyanyi bersuara gemersik ini.
Sebelum ini, Nora pernah dikaitkan dengan dakwaan sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.Namun, ia dinafikan kedua-dua pihak walaupun dikesan tular dalam media sosial mengenai sekeping salinan sijil pernikahan didakwa milik mereka.
Nora mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, tahniah dan selamat pengantin baru buat Nora. Kembali bertemu jodoh dengan rakan arwah suami. Semoga hubungan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kakak Safee Sali tampil bela adik ipar, “Dia bukan penyondol, saya kena betulkan apa yang salah. Kisah perceraian bekas penyerang bola sepak kebangsaan, Safee...