Aktivis kongsi suami isteri diperdaya “Pak Aji” ubati kencing manis, upah tangkap jin sekoq RM999. Dalam hidup, ramai yang suka mengambil “kesempatan” atas kelemahan orang lain. Biasanya orang dalam keadaan terdesak, cakaplah apa untuk mereka akan mempercayainya.

Pengalaman suami isteri ditipu seorang bomoh wanita (bila berubat suara bertukar automatik jadi garau seperti lelaki) boleh dijadikan sandaran pada kita agar  tidak mudah mempercayai orang lain.

Ini kerana untuk mengubati kencing manisnya, namun bomoh ini mendakwa ada jin dalam tubuhnya. Dan upah menangkap seekor jin RM999. Kos upah dibayar pada bomoh malam itu lebih dari RM3000.

Ikut kisah ini, jadikan pengajaran agar tidak terpedaya juga seperti dikongsikan seorang aktivis, Natipah Abu.

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis

Hari ni ..

Kak Pah setuju untuk  mendengar perkongsian seorang sahabat di sini, Kak Cik yang mana antara lain, dia minta Kak Pah berkongsi kisahnya sebagai pengajaran untuk  semua di luar sana.

Kisah sepasang suami isteri berusia 60-an ini yang betul-betul menjadi mangsa tipu muslihat seorang bomoh.

Sepanjang satu jam bersembang dengan Kak Cik. Memang Kak Pah banyak gelak. Banyak yang Kak Cik share tu macam tidak logik akal tapi itulah yang terjadi dan Kak Cik kerugian beribu ringgit.

Dynas mengandung di usia 40-an

Kisah bermula bila suami Kak Cik, Abang Leman sakit kencing manis dan baru saja keluar wad.

Keduanya bukanlah orang kaya pun tapi alhamdulillah,  ada anak yang bertanggung jawab. Masing-masing hulur kat mak ayah bila dapat gaji.  Dapatlah mak ayah merasa hidup senang sikit.

Abang Leman sakit pun, anak-anak hantar duduk wad hospital swasta. Tapi sejak keluar wad, Abang Leman selalu muntah dan sakit dalam perut.

Kebetulan, ada seorang kawan bercerita kepada Abg Leman tentang kehebatan seorang bomoh perempuan.

Kak Cik memang tak suka sangat ke bomoh tapi Abang Leman yang sebelum ni tak pernah sakit sampai masuk wad  memang berharap sangat agar sakitnya sembuh segera.

Atas sebab kesian kat Abang Leman, Kakcik pun tak membantah bila Abang Leman ajak ke bomoh.

Bomoh perempuan tu akan membahasakan dirinya sbg Pak Aji ketika sessi berubat. Suara masih perempuan cuma nama saja lelaki.

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999

Mungkin lama atau pendamping dia lelaki maka dia yang bertudung litup dan cantik jelita tu menjadi Pak Aji serta merta.

Selepas membuka bungkusan garam dan tudung botol air mineral, Pak Aji pun mula menjampi.

Selesai jampi, team Pak Aji bawa Abang Leman ke belakang untuk dimandikan.

Tinggallah Kak Cik dengan Pak Aji di ruang tamu.

“Suami kak ni orang buat, kena santau. Santau ni sebenarnya jin. Yang orang selalu kata santau ni miang buluh, limau purut tanam tepi rumah. Semua tu penipu.  Santau ni jin. Orang yang hantar santau kat suami kak ni bukan orang lain, jiran sebelah jaa. Dengki la tu…“

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Patah Tangan Janganlah Pergi Mengurut, Jumpa Bomoh.’ Cacat Kemudian Hari, Menyesal Jadinya

IKLAN

Jangan Jumpa BOMOH, ikut nasihat doktor! Pesan Bekas Pesakit Kanser

Kena Tindih Hantu Ketika Tidur, Doktor Jelas Itu Sebenarnya Sleep Paralysis. Sedar Tapi Tak Mampu Gerak

Pak Aji terus berkata sambil matanya merenung tajam Kak Cik.

“Ishhhh, saya ni tak dak masalah apa dengan jiran-jiran saya. Kami semua bercakap elok. Melawak macam adik beradik sbb kami duduk lama di situ! “

“Jangan tertipu dengan orang. Memang nampak baik  tapi hati orang kita mana tau … !”

Tak berkedip mata Kak Cik memandang pak Aji jelmaan. Mengkelan juga hati Kak Cik bila Pak Aji tuduh jiran-jiran Kak Cik begitu.

“Aku ni bukan ada ambik laki orang ka. Laki aku tak mengorat anak orang pun. Kami bukan kaya pun. Takkanlah jiran kami nak buang duit pi upah orang buat kami … “

Kak cik bercakap sendiri dalam hati. Walaupun meluat sungguh dengan tuduhan tu tapi Kak Cik memilih untuk mengunci mulut.

Setelah selesai mandi, Abang Leman pun keluar dan disuruh Pak Aji mengikat seurat benang kuning di keliling pinggang sebagai pengadang.

“Okay saya dah tarik keluar dua ekoq jin. Balik ni,  makan garam ni pagi sekali dan malam sekali. Ayaq ni minum dan percik kat dada sikit.”

“Berapa semua Pak Aji?”

“Untuk perubatan, Pak Aji ambik RM2896 naaa “

MasyaAllah, terkejut beruk Kak Cik. Rasa darah pun kering dah.

Nak marah atau nak teriak sama banyak dah.

Upah Tangkap Jin Sekoq RM999

“Untuk  tangkap jin,  sekoq RM999. Tadi kita tangkap dua ekoq na. Kita tarik keluar dua ekoq. Jampi saya RM899. Mandi mandi RM187. Daun kayu dengan bunga RM 587. Semua jadi RM3670!

IKLAN

Tu diaaaaa … total RM3670. Kak Cik kah yang pekak atau dia yang gila!

Mendengar angka yang Pak Aji sebut,  Kak Cik rasa kelam donia . Nak pitam, nak teriak , nak menjerit semua ada.

“Pak Aji oiiii awat mahai sangat. Berapa ribu langsung ni … saya mana ada duit! “

“Nak berubat pun nak berkira duit ka Kak !”

“Bukan berkira Pak Aji .. saya tak dak duit banyak macam tu … “

Gila sungguh. Sakitnya hati Kakcik hanya Allah saja yang tahu.

“Saya tak dak duit sampai banyak macam ni. Bukan saya berkira. Abih tu nak buat macam mana ni. Saya memang tak dak duit .. “

“Kalau tak dak duit , tinggallah dulu apa barang yang ada. Nanti ada duit mai ambik balik. Dah berubat kena bayaq laaa … “

Ya Allah … terbeliak biji mata Kak Cik. Rasa sesak nafas Kak Cik. Otak Kak cik mencongak duit dalam beg tangan. Tak cukup! Kalau bawah RM1K memang Kak Cik tak kisah lagi tapi ni beribu. Rasa nak teriak Kak Cik.

Kak Cik mesej anak mintak bantuan untuk online duit. Takut nak cakap jumlah sebenar. Takut anak terkejut. Kesian pun ada, anak susah payah kerja simpan duit. Sekelip mata saja habiskan begitu saja.

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999

Malam tu, Kak Cik Abang Leman blk dgn penuh penyesalan. Apa daya. Nasi sudah menjadi bubur. Sepanjang jalan Kak Cik bersyarah panjang dengan Abang Leman. Abg Leman diam seribu bahasa.

Sudahnya, Abang Leman tetap kena makan ubat hospital juga. Abg Leman tak pernah sakit sebelum ni. Bila kena kencing manis. Abang Leman macam kena kejutan budaya.

“Hahhhh, apa jadi lepas ni, jgn ajak dah saya pi bomoh. Nasib baik ada duit. Kalau tak dak duit, saya tinggai Abang kat rumah bomoh tu. Jadi tukang basuh pinggan sana …”.

Selepas seminggu,  Abg Leman ajak pergi semula ke rumah bomoh tu. Kena buang benang di pinggang dan bagi garam putus ubat.

IKLAN

Kak Cik call Pak Aji …

“Saya tak dak duit dah ni. Nak kena bayaq apa-apa lagi dak? “

“Tak payah dah…

Mai saja laa …”

Dengan berat hati,  Kak Cik sekali lagi mengalah dengan hajat Abg Leman.

Malam tu sekali lagi mereka ke rumah bomoh yang kononnya terkenal dengan pesakit VIP.

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999
“ Sampah apa dpn rumah hang tu Kak Cik ! “
Malu nak habaq kat orang weyyy .. tak kan nak habaq garam kot …
“ Awat mak tak sapu pasiaq dpn rumah tu mak ? “
Hampa tak tauuuu .. abah hampa lps melangkah garam tu tak boleh masuk dlm rumah .. kena langkah terus .. makanya abah hampa langkah pi terus lepak kedai kopi. Kenyang temolok dia , baru dia blk .. mau tak sihat .. makan tak dak pantang apa dah di kedai

Sambil menjampi garam dan meramas-ramas dengan tangannya lebih kurang seminit. Pak Aji pun berkata …

“Malam ni  putus ubat kena bayaq RM 777 na ! “

“Allah tadi kata tak kena bayaq dah. Sebab tu saya mai ! “

Kak Cik tak tahan sabar dah kali ni. Lancang saja mulut Kak Cik menuntut janji Pak Aji tadi.

“Kak ni mcm tak puas hati dgn saya jaa. Awat berkira sgt nak berubat. Ni kita nak kena pagar rumah kak ni tau dak. Kalau tak pagar, nanti suami kak boleh rebah tengah jalan tau!!”

 

Kak Cik tak tahan dah kali ni. Terasa tertipunya dgn Pak Aji. Bulat-bulat dia kata datang saja. Ttak ada bayaran  tapi bila sampai  minta lagi RM777.

Kak Cik bayar juga duit RM 777 dan Kak Cik pun heret tangan Abang Leman keluar dari rumah bomoh tu.

“Tak payah lah nak pagaq rumah saya. Ada dah pagaq dinding semua. Lagi pun kalau buat pagaq dinding semua,  tak tau berapa ribu pulak kena nanti !”

Kak Cik harap semua yang baca kisah ni jangan jadi macam Kak Cik. Kisah ditipu bohmau ni benar-benar terjadi pada Kak Cik dan suami.

Kalau kena ugut simbah cat dengan AhLong, ini cara selesaikan hutang dengan mereka.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Jom usah-usah  biskut raya di Fiesta Homebakers. Ada macam-macam biskut untuk hari raya nanti.

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI