Shahz Jaszle beruntung isteri tidak cemburu “bersyukur sangat memahami. Dia juga tidak mengongkong”. Begitulah luahan pelakon Shahz Jaszle yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata.
Untuk pengetahuan, Shahz mendirikan rumah tangga bersama Nur Hanis Husna pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Shahz Jaszle Beruntung Isteri Tidak Cemburu
Sejak akhir-akhir ini banyak kisah rumahtangga artis yang menjadi kontroversi. Namun pelakon Shahz Jaszle seperti mana yang diluahkan menerusi temubual bersama program hiburan, Melodi di TV3 baru-baru ini lebih selesa memilih privasi dalam kehidupan.
“Sebenarnya, sebab saya sudah berumah tangga, anak pun dah dua. Saya ‘lay low’ lah, kehidupan pun berubah. Saya lebih kepada keluarga dan kehidupan privasi.
“Berlakon tetap macam biasa, tak lepak luar, tiada lagi ‘social life’.
“Sekarang tengah buat ‘comeback’ dari segi berlakon. Alhamdulillah, saya juga ke arah perniagaan,” luahnya.
Ads
Isteri Sangat Memahami
Shahz juga begitu beruntung dek kerana isterinya tidak cemburu. Ini kerana kebanyakkan heroin gandingan isterinya kenal.
“Saya tak rasa risau, kebanyakan heroin gandingan isteri kenal. Kami memang kawan, bila keluar, lepak sekali pun tiada masalah.
“Isteri tak cemburu, satu perkara yang perlu tahu, nak jaga perhubungan adalah dengan tidak berselindung mesej atau selindung kata kunci.
“Isteri ada kata kunci telefon, jadi tiada apa yang nak disorok.
“Ada juga orang bertanya isteri saya tak cemburu kalau saya bergambar bersama peminat, isteri tak kisah.
“Saya bersyukur isteri sangat memahami. Dia juga tidak mengongkong, tetapi suruh saya cari duit lagi adalah,” sambung Shahz.
Ads
Tidak Pernah Lari Dari Media
Berkongsi perihal dirinya, Shahz akui tidak berminat untuk mencipta kontroversi. Namun dia juga tidak pernah lari daripada media dalam memberikan sebarang penjelasan.
“Buat masa ini, tiada kontroversi. Sekarang, semuanya isteri yang uruskan. Orang cakap lebih selamat.
“Saya sudah malas berdepan kontroversi. Dahulu pun bukan saya cipta kontroversi, orang lain lakukan untuk saya.
“Buat apa saya nak selindung dan lari, kalau benda tiada apapun. Insya-Allah, semuanya akan baik,” kongsinya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saban tahun setiap kali menjelangnya Ramadan, meskipun banyak kes yang dilaporkan padah bermain mercun, namun masih ramai anak-anak yang tak serik-serik dengan akibatnya.Keseronokan yang hanya sekejap, namun azab sengsara terpaksa ditanggung seumur hidup!
Pasti luluh rasa hati seorang mak apabila anak yang dilahirkan cukup sifat dan sempurna tubuh badan, menjadi orang kurang upaya (OKU) gara-gara menjadi mangsa mercun. Jika selalu membaca berita anak orang lain yang cedera, tak sangka kali ini anak sendiri yang menjadi mangsa.
Seorang pelajar Tingkatan Dua buta mata kanan dan hancur lima jari kiri serta satu jari telunjuk kanan selepas belerang mercun bola diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji, Kota Bharu, Selasa lalu.
Mangsa Mercun Pertama Di Kelantan
Kejadian 11 malam itu menjadikan Eiman Najwan Anwar Fuad, 14, mangsa mercun pertama di Kelantan ketika dia bermain bersama dua rakan berdekatan rumahnya.Serpihan letupan kaca itu turut terkena kaki seorang rakannya.
Ibunya, Rozita Zakaria, 41, berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang melipat kain di rumah.
“Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terus berlari keluar melihat seorang budak lelaki jatuh bersujud dalam keadaan berlumuran darah.
“Saya terus memeluk budak lelaki itu dan pada masa itu, saya tidak tahu mangsa adalah anak sendiri. Saya terus pengsan kerana melihat terlalu banyak darah.
“Namun, selepas sedar baru saya tahu mangsa mercun yang parah itu anak sendiri sebelum saya dan suami membawanya ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HUSM,semalam.
Serpihan Kaca Meletup
Rozita berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu terkena serpihan kaca yang meletup selepas diisi belerang mercun bola yang terjatuh ke atas bara api. Katanya, ketika itu, anaknya berada berdekatan bara api itu dan tidak sempat melarikan diri.
“Kejadian itu menyebabkan mata kanan anak tidak dapat diselamatkan, manakala lima jari tangan kiri serta satu jari telunjuk tangan kanan hancur.
“Sebelum kejadian, anak saya ada meminta wang RM1 untuk membeli air dan saya memberinya. Pada masa itu, rakan anak ada mengajaknya keluar dan anak menolaknya kerana mahu berada di rumah.
“Namun, saya tidak sangka kejadian ini terjadi kepada anak sendiri kerana sebelum ini, hanya membaca laporan anak orang lain cedera terkena mercun,” katanya.
Rozita berkata, anaknya kini stabil dan masih mendapatkan rawatan susulan.
Semoga mangsa kembali pulih seperti sedia kala. Buat mak ayah mohon lebih memantau pergerakan anak pada bulan Ramadan ini.Selalu ingatkan mereka bahaya bermain mercun ini dan tunjukkan akibatnya pada kejadian-kejadian yang pernah berlaku sebelum ini.Semoga anak-anak kita terhindar darpada malapetaka seperti ini.Ngeri!
Tahniah diucapkan buat Ashira Aziz dan Bad Indigo yang bakal bernikah pada bulan Mac ini. Kedua mereka yang bergelar ibu dan bapa tunggal ini mengejutkan peminat seni tanahair apabila memberitahu hubungan cinta mereka.
Tidak ramai yang menduga, program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) tahun lalu, meninggalkan kenangan yang cukup manis buat ahli kumpulan Indigo, Bad dan pemenang tempat ke ketujuh, Ashira.
Ashira & Bad Jatuh Hati, Bakal Bernikah Mac Ini
GV7 menjadi saksi mereka berdua jatuh hati dan seterusnya membawa mereka ke mahligai perkahwinan yang dijangka Mac depan.
“Salam semua.. Shira nak ucapkan ribuan terima kasih kat korang semua diatas doa2 yg baik tuk saya.. nak bgtau cerita itu benar bukan gossip. “Insyaallah. 6 tahun punya cerita single dah nak tutup, ini kot org kata biar lambat asal selamat. “Syukur Alhamdullillah. Thank you semua. “Anyway gambar nie sblm PKP ya sesi berkenalan dengan anak-anak,” luah Ashira menerusi entri di akaun Instagramnya.
Ashira juga merupakan seorang ibu tunggal kepada Megat Shazeil Haziq Hadi, 15.
Bad Selesa Dengan Ashira
Menurut Bad, dia mula jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan Ashira sekitar Oktober lalu. Malah sikap penyayang dan kelakar yang dimiliki Ashira membuatkan dirinya terpaut untuk mengenali ibu tunggal itu dengan lebih dekat. Seperti mana yang dipetk menerusi Mstar Online Bad menerangkan tidak mahu menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga.
“Kami mula berkenalan dan rapat selepas sama-sama menyertai GV7 tahun lalu. Bermula dari situ kami bertukar nombor telefon.
“Ashira seorang yang kelakar dan penyayang. Malah dia ambil berat dengan semua orang yang berada di sekelilingnya,” ujarnya.
Bad juga akui sudah bertemu dengan keluarga Ashira dan mengambil keputusan untuk bernikah pada Mac ini jika perancangan tersebut dipermudahkan.
“Saya dah berjumpa ibu bapa Ashira Disember lalu bagi membincangkan pernikahan kami. Kalau boleh saya nak segerakan yang wajib dahulu.
“Kami dah uruskan borang permohonan nikah secara Online dan masih menanti jawapan sekiranya adalah kekosongan Mac nanti,” ungkapnya.
Menurut rekod, Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007, namun perkahwinan yang dibina berakhir tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12 dan Rania, 11 tahun.
Sejak Jumaat lalu, panas ruangan media sosial dengan konstroversi pelakon baru, Alya Iman atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 19 yang didakwa menjadi perosak rumah tangga.
Kontroversi Alya semakin panas apabila, isteri kepada seorang ahli perniagaan, Penny Salman berkongsi di instagram miliknya mendakwa yang suaminya mempunyai hubungan sejak setahun lalu dengan pelakon yang juga model muslimah ini.
Bagaimana pun, Alya tampil memberi kenyataan yang dirinya sudah bertunang dengan ahli perniagaan berkenaan pada 27 Februari lalu. Dan hubungannya berakhir pada Mac lalu, apabila pertunangannya itu tak mendapat persetujuan isteri ahli perniagaan berkenaan.
Bagaimanapun, Penny mendakwa yang Alya masih lagi berhubungan dengan suaminya. “Dah putus tunang bulan Mac. Hari raya kedua, bersama suami saya lagi.” Terang isteri ahli perniagaan berusia 30 tahun ini di instagram story dan turut berkongsi gambar Alya yang bergambar disamping suaminya.
Paparan insta story Penny Salman.
Saya Masih Muda Dan Naif – Alya Iman
Susulan pendedahan itu, instagram Alya diserang pengguna laman sosial yang mengikuti cerita kontroversi anak pelakon Allahyarham Azmil Mustapha ini.
Menerusi instagram story, Alya menulis permohonan maaf, “Saya masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.”
Akuinya, kecaman dan fitnah yang dilemparkan ke atas itu akan lebih mematangkan dirinya.
“Saya terima semua nasihat, kecaman, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Dan saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah.”
Malah, Alya turut menjelaskan yang dis sudah pun memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan...