Penghijrahan selangkah demi selangkah “Mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini”.  Begitulah doa dan harapan daripada pelakon, Nelydia Senrose yang kini sedang belajar ke arah menjadi Muslimah yang baik.

Penampilan bertudung Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga dan diikuti kembara percutian ke negara Timur Tengah baru-baru ini begitu mencuri perhatian ramai.

Isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid ini begitu cantik dan ramai peminat yang mendoakan Nelydia terus istiqamah dalam menggenakan hijab.

Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia

Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah

Akui dirinya masih bertatih, Nelydia tidak mahu terlalu drastik dalam penghijrahannya.

“Penghijrahan ini saya mahu jalani selangkah demi selangkah tapi pasti. Saya memang ke arah itu. Saya cuma tak berani nak cakap lebih.

“Saya tak mahu terlalu drastik seperti melangkau urutan abjad A hingga terus ke Z.

“Budak belajar berenang pun tak dicampak terus ke tempat yang dalam bimbang lemas. Sama juga dengan saya.

Hormati Bulan Ramadan

“Saya masih bertatih. Saya dalam proses belajar, mencuba, mencari dan mengenal lebih soal diri dan mendalami  agama Islam.

“Kita pun nak sambut Ramadan, jadi ia juga satu cara menghormati bulan itu.

“Sekaligus saya mahu menjadi muslimah yang lebih baik.

“Sekembali dari umrah saya perlahan demi perlahan memakai tudung. Dapat berkunjung ke negara Arab Saudi pun kira sesuai lokasi itu untuk berhijab. Saya mula belajar, apa yang terdedah ditutup sedikit demi sedikit. Aturan itu sangat cantik,” ungkap adik kepada Uqasha Senrose ini.

Doa Yang Baik-Baik

Pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen itu juga takut jika tersilap percaturan.

IKLAN

“Saya mengharapkan pengakhiran yang baik dalam hidup ini. Jujur takut juga andai tersilap percaturan, hati boleh berubah.

“Namun saya tidak bermaksud menidakkan apa yang salah tetap salah. Hati kita Tuhan yang pegang dan bila bila masa  boleh tersasar.

“Hari ini okay, esok jadi lain. Namun saya tak lupa berdoa memohon diri terus istiqamah.

“Doa baik-baik untuk sesuatu yang lebih manis itu tentunya jadi azimat. Tak semua akan faham apa yang dilalui kerana mereka (netizen) tidak berada di tempat kita.

“Cuma saya percaya dan berharap mereka tahu proses  untuk terus istiqamah mengambil masa, berdepan cabaran dan ujian. Saya harap mereka dan peminat boleh terus menyokong diri ini,” ungkapnya.

Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia

Wajah MINAZ Hijab

Nelydia juga telah disunting jenama MINAZ Hijab sebagai wajah wakilan koleksi raya, dipanggil MINAZ Blooming Raya.

“Sejak Nelydia diperkenalkan di semua platform digital  sebagai wajah kempen utama edisi istimewa ini, ramai yang telah memberikan maklum balas positif terhadap pemilihannya. Tidak kurang juga yang mendoakan dia untuk kekal istiqamah berhijab.

“Seperti seorang adik, tutur bicara Nelydia yang lemah lembut dan dirinya sendiri yang tidak malu meminta nasihat untuk kekal berhijab membuatkan saya begitu selesa bekerjasama dengannya,” kata  Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pija MINAZ.

IKLAN

 

Menarik Lagi : Pulang Dari Umrah, Nelydia Perlahan-Lahan Bertudung “Tidak Lupa Berdoa Memohon Diri Terus Istiqamah”

Uqasha Wanita Terbahagia, Momen Indah Bila Kamal Adli Berlutut Melamar Jadi Permaisuri Hidupnya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

“Cantiknya Bertudung, Manis & Berseri”

Ramai yang memuji kecantikan Nelydia. Sememangnya wanita ini manis dan berseri-seri.

Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia

Penghijrahan Selangkah Demi Selangkah “Mengharapkan Pengakhiran Yang Baik Dalam Hidup Ini” Nelydia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

IKLAN

Mingguan Wanita : Cantiknya Nelydia berhijab… Semoga diteguhkan iman dan diberikan istiqamah.

Sumber Foto :  MINAZ

Sedihnya mak ayah naik pentas konvokesyen wakil arwah anak ambil skroll.

Isteri sememangnya mengharap suami hanya mencintai dirinya.

Cara Eina Azman pikat hati suami, boleh cubalah mak-mak.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita