“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”. Umum mengetahui mengenai perhubungan penyanyi Indonesia, Mahalini telah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.
Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini
Pada pertemuan Mahalini dengan media baru-baru ini, Mahalini atau pemilik nama penuh, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja lebih selesa berbicara soal kerjayanya memandangkan penyanyi yang popular dengan lagu Sial ini ligat mempromosikan konsertnya di Kuala Lumpur iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.
Mahalini elak soalan peribadi
Ads
Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan. Konsert anjuran Kharisma Music International itu turut menampilkan tunang Mahalini, iaitu Rizky Febrian sebagai penyanyi jemputan.
“Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.
Ads
“Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu,” katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.
Umum mengetahui,selepas dua tahun bercinta, Mahalini dan Rizky mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.
Meskipun berbeza pegangan hidup, di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke mengikat hubungan ke peringkat seterusnya. Rizky merupakan anak sulung kepada pelawak terkenal, Sule.
“Saya dan isteri masih bahagia, menjalani hidup seperti biasa” begitulah luahan pelakon Hafidz Roshdi mengenai hubungan dia dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Sebelum ini heboh pelakon itu dikaitkan dengan isu curang. Namun Hafidz menafikan hal tersebut dan menjawab segala spekulasi dan dakwaan tidak benar mengani rumah tangganya itu.
Hafidz dan isteri miliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
“Saya Dan ISTERI Masih BAHAGIA”
Menjawab isu tersebut Hafidz sendiri hairan dan tidak pasti dari mana datangnya khabar angin tersebut.
Ini kerana hubungan mereka suami isteri baik-baik saja. Seperti mana dilaporkan mStar Online, Hafidz tidak melatah mengenai isu curang itu.
“Saya tak tahu nak cakap apa, isu itu tiba-tiba datang menyerang dan saya rasa tidak perlu nak komen apa-apa.
“Saya dan isteri masih bahagia dan menjalani hidup seperti biasa,” luahnya.
Media Sosial Platform Untuk Kerja
Hafidz juga turut menafikan dakwaan kononnya gambar terbaharu bersama isteri yang dimuat naik adalah foto lama. Dia juga lebih selesa untuk tidak memuat naik kehidupan keluarga di media sosial.
“Saya gunakan IG untuk kerjaya saya.
“Saya tak post foto isteri saya kerana privacy dan isteri hanya untuk tatapan saya.
“Saya muat naik gambar terbaharu untuk menjawab fitnah orang ramai tapi ada juga yang cakap bukan-bukan. Terpulanglah saya dah tak boleh nak buat apa-apa dah, itu sahaja cara saya untuk jelaskan keadaan sebenar,” sambungnya.
Jalani Kehidupan Seperti Biasa
Pasangan suami isteri itu juga menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak berasa tertekan.
Sementara itu, Hafidz memberitahu dia dan isteri juga tidak terkesan atau tertekan apabila diasak dengan isu panas sebegini.
“Isteri saya okay sahaja dan kami hidup seperti biasa, saya juga masih berkerja seperti biasa. Tiada pun rasa tertekan.
“Dalam hal ini biarlah saya uruskan dan pesan kepada isteri biarlah dia berdiam,” akhirinya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti yang juga pemilik nama sebenar Khairil Azam Pilus atau Aril telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami radang kulit yang serius.
Seperti mana dikongsi, Aril menjelaskan dia perlu diasingkan wad kerana dibimbangi menjangkiti orang lain.
Aril Pasrah Ujian Menimpa Di Bulan Ramadan
Malah Aril juga pasrah dengan ujian yang menimpa apatah lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
“Assalam semua, malam tadi saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.
“Radang ni boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. So terpaksa la dok wad sensorang dalam 5-7 hari.
“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggan hingga ke bahagian atas peha kanan, dan bahagian bawah perut dan di depan peha kanan bahagian atas. Senang cite pinggang perut bontot la en.. so susah la skit aku nak share gambonya takot kemontokkan dan kemonggelan tu terserlah.
“Doakan Saya Cepat Sembuh”
“Insyaallah, doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapat lah saya sambut hari raya aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta khamis ni ya..Amin Yarabbal Alamin,” tulis Aril menerusi laman Instagramnya.
Aril Terpaksa Tidur Berdiri
Bersama anak kesayangan.
Bapa kepada Tun Adriel Mikael ini juga memberitahu dia sebenarnya ada kayap tapi tidak aktif.
“Sebenarnya saya ada kayap, tapi tak aktif. Mungkin disebabkan sepanjang Ramadan ini makan tak menentu, lesu dan kurang minum air, jadi ia aktif semula. Tapi, tak naik ruam.
“Nak dijadikan cerita, pada 28 April lalu saya berasa sakit otot. Saya ingat ada masalah urat. Jadi saya panggil pihak fisio datang rumah untuk buat sesi regangan. Lagi pula saya baru mula aktif berjogging. Saya menjangka, mungkin ia perkara biasa. Tiga hari selepas itu, saya jogging macam biasa. Keesokan harinya, naik ruam dan makin teruk.
“Saya ke klinik dan diberitahu alahan biasa. Tapi, saya tak tahan dan terus pergi hospital jumpa pakar. Hasil pemeriksaan, doktor cakap ia kayap dan saya perlu diasingkan segera bagi elakkan jangkitan pada orang lain. Memang sakit, sampai tak boleh tidur dan terpaksa tidur berdiri,” ungkap Aril seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Aril harap akan dapat menyambut Syawal di rumah bersama keluarga.
Sumber Foto: Instagram Aril Pilus
Sumber: Instagram Aril Pilus & Harian Metro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Nurul Shuhada terkilan hari pertama perbicaraan kes dicederakan bekas suami ditangguhkan. Itulah luahan hati bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Rosdi iaitu Nurul Shuhada atau lebih mesra dipanggil Shuhada.
Ibu kepada dua cahaya itu sangat terkilan kes dicederakan bekas suaminya yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu terpaksa ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai depan.
Keputusan tersebut dibuat Hakim yang bertindak sebagai Majistret, Siti Fatimah Talib, susulan masalah kesihatan yang dihadapi pelakon itu sehingga tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, hari ini.
Nurul Shuhada Terkilan
Shuhada akur dengan Keputusan tersebut namun dirinya sangat berharap agar kemenangan akan berpihak kepada dirinya kelak. Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Shuhada menyatakan dia terpaksa tinggalkan anak-anak dengan keluarga untuk datang ke mahkamah dengan menaiki bas.
“Saya tinggalkan anak-anak dengan keluarga dan datang ke sini dengan menaiki bas pagi tadi untuk hadir ke perbicaraan.
“Bagaimanapun ketika perbicaraan dijalankan, saya dimaklumkan Hafidz tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan sehingga kes ini ditangguhkan pada 2 dan 3 Julai nanti.
“Mohon doakan saya dan anak-anak semoga kemenangan berpihak kepada kami,” kongsi Shuhada.
Harap Hafidz Beri Kerjasama
Bukan itu saja malah Shuhada juga berharap bekas suaminya akan memberi Kerjasama agar hadir pada sebutan tarikh baru yang ditetapkab mahkamah.
“Saya tahu saya tak salah dan saya memang nak fokus kepada kemenangan. Saya harap pada 2 dan 3 Julai ini kita berjumpa dan selesaikan perkara ini,” sambungnya.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...