Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan. Pemilik nama sebenar Datuk Seri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih popular dengan panggilan Rossa sememangnya seorang wanita yang begitu ceria dan tidak pernah lekang dengan senyuman.

Seperti yang diketahui ramai, Rossa merupakan ibu tunggal. Walau sudah lebih dari sedekad hidup solo bersama anaknya selepas rumah tangga dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo tidak berpanjangan Rossa begitu gigih meneruskan kehidupan.

Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal

Baru-baru ini ketika bertandang ke Malaysia, sewaktu ditemubual penyanyi yang berbadan genit ini  diajukan tentang persoalan jodoh. Meskipun acap kali diaju persoalan serupa berkait kehidupan peribadi, Rossa tidak pernah melatah, malah sentiasa bersikap terbuka.

“Saya masih menunggu jodoh kiriman Tuhan. Jujurnya saya tidak pernah menutup pintu hati, apa lagi menolak jodoh. Cuma mungkin lebih berhati-hati untuk memulakan sesuatu hubungan”, katanya yang pernah mengalami keruntuhan rumah tangga pada 2009.

“Setiap Manusia Tidak Mampu Hidup Sendirian”

Hadir ke Malaysia untuk mempromosikan single terbaharunya, Khanti, yang juga merupakan lagu runut bunyi atau OST drama bersiri Viu Indonesia, Bidadari Bermata Bening Rossa akui tidak pernah menutup pintu hati menerima lelaki bergelar suami dalam kehidupannya semula.

“Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir hidup solo selamanya. Malah, saya tidak pernah menyatakan hidup solo amat menyenangkan.

IKLAN

“Bagi saya, setiap manusia tidak mampu hidup bersendirian, sebaliknya tetap perlukan teman hidup.

“Saya tidak pernah menutup pintu hati, cuma lebih berhati-hati memulakan perhubungan baharu.

“Saya juga tidak suka berbicara soal cinta, sebaliknya lebih gemar meluahkannya dalam lagu,” kongsi Rossa.

IKLAN

Teruja Bertemu Peminat

Malaysia umpama rumah keduanya, Rossa teruja setiap kali dapat bertemu peminat dan kenalannya di sini. Rossa turut berkongsi perancangannya untuk sekali lagi kembali ke Malaysia selepas Aidilfitri nanti untuk majlis pelancaran album terbaharunya, Another Journey: The Beginning dan diikuti showcase istimewa pada Julai depan.

Lebih 10 Tahun Jadi Ibu Tunggal Masih Menunggu Jodoh Kiriman Tuhan “Tak Pernah Terfikir Hidup Solo Selamanya”

Baca Disini : Krisdayanti, Mulan Jameela Terjun Dunia Politik, Jadi Ahli Parlimen Indonesia!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rossa (@itsrossa910)

Sumber Foto : Instagram Rossa

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI