Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada kena kuat berjuang jaga bayi dalam kandungan, Humairah & Umar. Tatkala membaca luahan yang dikongsikan Nurul Shuhada menerusi entri terbaharu dalam Instagram (IG), hati penulis tertanya-tanya bagaimanakah dia mahu berdepan dengan dugaan terbesar dalam hidup.

Sebagai seorang wanita, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ini perlu kuat. Apatah lagi kini sedang berdepan dengan kemelut rumahtangga.

Seperti yang diketahui umum, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung

Pemilik nama sebenar Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah memasuki 10 minggu.

“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.

“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” kongsinya.

Dek kerana badannnya terlalu lemah ibu kepada dua cahaya mata itu pengsan di hospital.

“Saya jatuh pengsan di hospital tadi. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” coretnya lagi.

Ramai Yang Beri Sokongan & Doa Tidak Henti

Shuhada turut bersyukur apabila masih ramai individu yang sentiasa menyokongnya.

“Allah hadirkan orang yang baik-baik. Walaupun tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan. Doa yang tak henti-henti.

“Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada saya. ‘You know who you are’.

“Terima kasih Allah.

“Terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi,” luahnya.

Baca Disini : “Banyak Orang Ambil Berat Menyokong Shuhada. Contoh Tauladan Bagaimana Wanita Itu Perlu Bangkit” Peguam Nor Zabetha

Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada Bekas Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada Bekas Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada Bekas Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada Bekas Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu

Rezeki Allah, Gaduh-Gaduh Termengandung. Shuhada Bekas Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu

Baca Disini : Shuhada Gelisah Terima Surat Saman,“Saya Baru Mula Hendak Mencari Pendapatan Sendiri”

Sumber : Instagram Shuhada

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI