tak kisah orang panggil kumpulan nasyid atau boria, janji kami happy!

Tinggal beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam bakal meraikan 1 Syawal. Dalam kegembiraan, terselit kesayuan mengenangkan Ramadan yang penuh keberkatan bakal berlalu pergi.

Semoga kita semua dikurniakan kesempatan dan usia untuk bertemu lagi Ramadan akan datang, insya-Allah.

Persiapan

Bab persiapan raya memang antara topik paling hangat kala ini. Pasti ada yang masih membuat persiapan saat-saat akhir. Bagi yang berkemampuan, pasti awal-awal lagi sudah pun membeli atau menempah baju raya, sama ada untuk diri sendiri mahu pun anak dan suami. Malah ramai yang memilih untuk bergaya sedondon satu keluarga. Lagi meriah katanya!

Gaya Sedondon Di Hari Raya, Tak Kisah Orang Nak Kata Kumpulan Nasyid Atau Boria…Janji Kami Happy!Kebiasaannya, bergaya sedondon untuk satu keluarga kecil tak jadi masalah, hanya melibatkan suami, isteri dan anak-anak saja. Tapi, kalau melibatkan keluarga besar yang masing-masing sudah berkeluarga, agak sukar sebenarnya.

Untuk penulis sendiri, lebih 14 tahun menggayakan pakaian sedondon untuk keluarga besar kami, keluarga Abu Bakar dan Rabiah.

IKLAN

 Sepakat

Kami bertujuh beradik perempuan, jadi lebih mudah untuk sepakat dalam membuat sebarang keputusan. Masing-masing akan pastikan anak-anak dan suami akan menurut tema warna yang ditetapkan.

Tradisi berbaju sedondon ini bermula selepas kami mencari baju sedondon untuk majlis perkahwinan adik ketiga. Rasa seronok pula bergaya sedondon beramai-ramai. Akhirnya sejak itu, saban tahun, kami bergaya sedondon walau pun tahun itu giliran di rumah mentua masing-masing. Kecuali ada yang sedang mengandung, biasanya akan ‘simpan’ kain baju itu untuk ditempah selepas bersalin nanti.

IKLAN

Gaya Sedondon Di Hari Raya, Tak Kisah Orang Nak Kata Kumpulan Nasyid Atau Boria…Janji Kami Happy!

Kami sudah terbiasa digelar kumpulan boria atau kumpulan nasyid bila menziarahi rumah saudara mara secara konvoi. Malah ada yang tertunggu tunggu tahun itu kumpulan boria kami pakai baju warna apa pulak. Bila ada kenduri saudara mara terdekat, kami akan berpakat untuk menggayakan mana-mana baju sedondon kami.

IKLAN

Disertakan tip sekiranya ingin bergaya sedondon:

1.Sangat Penting! Walau pun adik-beradik, tak semestinya kemampuan kewangan kita juga sama. Jadi berbincang dengan adik-beradik dahulu bajet masing-masing. Bila bajet dipersetujui, barulah boleh teruskan.
2.Rancang dari awal agar mudah mengatur bajet lebih-lebih lagi bagi yang ada anak ramai. Atau boleh juga buat sistem bayar berperingkat, ala-ala ‘kutu’ agar tak terbeban sangat.
3.Pilih salah seorang untuk ditugaskan survey seterusnya membeli/menempah baju dan duit boleh diberikan kepadanya.
4.Untuk jimat, boleh pilih baju siap yang banyak terjual di pasaran. Harga pun boleh pilih ikut suara ramai.
5.Ia bukan ‘wajib’ sekadar nak tambah kemeriahan di hari raya. Jadi, sekiranya ada yang tak mampu, jangan pula sampai timbul pertelingkahan!

Apa Kelebihan Pakai Sedondon?

  1. Gambar raya nampak lagi cantik sebab warna seragam.
  2. Bila ke mana-mana, akan jadi perhatian kerana pakai baju ‘sepapan’.
  3. Kalau anak ‘hilang’ bila berada di sebuah rumah yang ramai tetamu, senang nak tahu siapa mak ayahnya berdasarkan baju yang dipakai.
  4. Sekadar nak memeriahkan suasana sambutan raya, selain mengeratkan hubungan kekeluargaan. Setiap kali pakai baju itu, teringat pada adik beradik yang lain.
  5. Memudahkan bila ada kenduri kendara, boleh menggayakan pakaian sedondon yang sedia ada.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI