Bila bulan Ramadan, ramai isteri rasa cemburu dengan suami sendiri. Dia mampu pergi jemaah di masjid, kita jaga anak. Kita masak, dia makan. Kita berperang dengan anak, dia ada peluang mengaji.
Padahal isteri pun dapat pahala dalam tak sedar. Macam yang Puan NurulAa Mustofa tuliskan ini, punyalah banyak pahala bulan Ramadan yang mak-mak dah buat. Cuma tak perasan dek kesibukan uruskan anak-anak.
Nah, cuba hadam kejap.
Bulan Ramadan VS Supermoms
Asyik awak je nak pahala, saya nak jugak!
Haaaa kalau siapa yang rasa macam ni angkat tangan! Setiap bulan puasa saya akan rasa macam ni. Mana taknya, the house chores seem have no mercy on me.
Ads
Sakitnya hati kalau time kita balik kerja, berebut-rebut nak masak untuk berbuka, tapi husband tengah best mengaji kat depan. Kadang-kadang sengaja hati ni dengki, mintak tolong itu ini sebab tak nak bagi dia potong kita!
Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita kadang-kadang lupa bahawa sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, maka baginya pahala sama seperti orang yang berpuasa malah tidak akan berkurang pahalanya walau sedikit pun. Nampak macam buang masa aje preparing food for iftar kan? Lebih baik mengaji. Jangan lupa, Allah tu Maha Penyayang. And just one more thing, ikhlas, please come to me!
Cemburu Dengan Suami Sendiri
Sakit hati juga bila lepas berbuka puasa, solat maghrib, kita berebut nak tengok anak-anak makan, anak-anak mandi, tapi husband dah siap-siap nak pergi solat isyak dan tarawikh. Itu belum cerita bab tadarus yang habis lewat. To be honest, ada jugak kadang-kadang terrr tarik muka sebab terrr detik dalam hati, haaaa nak mengelat jaga anak-anak laa tu! (Oh em gee! Me is soooo evil) Bukan apa, teringat betapa meriahnya solat tarawikh yang setahun hanya sekali, nak-nak kalau dengar dari rumah, orang tengah selawat di antara solat tarawikh tu. Syahdu okay! And me? Kat rumah aje. Sobs.
Ads
Tapi sebab pahala tu tak nampak, kita lupa yang menunaikan hak anak-anak pun dapat ganjaran yang besar. Jangan lupa, masa bulan Ramadan ni ganjaran berganda-ganda. Bayangkan kalau kita tengah penat, anak-anak ajak main, ada yang meragam, time tu pulak mata ni dok melekat kat timbunan kain baju yg belum lipat. Kalau kita tunaikan hak anak-anak, selesaikan kerja rumah, berganda-ganda pahala kita dapat. Ingat Allah tak tahu ke kita penat? Senyum. And again, ikhlas, please come to me bebeh!
Apart from the list, kita supermak ni kena pandai curi masa.
Sebelum tidur, curi masa sikit untuk mengaji. Lepas solat fardhu, curi masa sikit unutk solat sunat. Tak pun time anak-anak tengah minum susu, time anak-anak dah kenyang tergolek-golek atas tilam. Jangan lupa, Allah tak pandang pada kuantiti, tapi pada kualiti.
Ads
Suami Kena Pandai Hargai Isteri
And to superdads, sebab pahala tu tak nampak, jadik tolong ingatkan isteri anda. Bukan susah pun, they just need compliments.
Time tengah bukak puasa, bisik kat dia, banyak pahala awak sediakan makanan untuk orang berbuka. Dah laa sedap!
Thanks awak tolong jagakan anak-anak time saya solat. Semoga Allah kurniakan pahala yang banyak untuk awak.
Ataupun lepas balik solat, cepat-cepat tengokkan anak-anak. Main dengan anak-anak, so the tired wife boleh lah tunaikan hak untuk diri mereka pulak.
Try lah. Konfem isteri ni sengih sampai telinga because it works for me.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit Al-ain ini atau pandangan benci orang memang wujud. Malah, amat berbahaya sebab kita tak sedar pun yang rumah tangga kita dah terkena penyakit Al Ain hanya kerana gambar mesra suami isteri yang kita sering upload di media sosial.
Macam mana pula nak hindari dari terkena panahan penyakit Al-Ain ini. Lelaki ini, Muhammad Hassan berkongsi kisah, bagaimana rumah tangga yang bahagia boleh bercerai berai, disebabkan penyakit Al-Ain. Dan cara elakkan dari terkena bahaya penyakit ini.
Bahayanya Penyakit Al-Ain, Boleh Sebabkan Suami Isteri Bergaduh
Abang saya pesan,jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki.
Abang saya ini bidangnya setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak cerai.
Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau kerana selalu gaduh sehingga nak bercerai.
Banyak faktor, tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan penceraian, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku(tayang gambar kepada orang tidak dikenali)
Malam Upload Gambar Mesra Suami Isteri, Paginya Dah Gaduh
Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian,tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’.
Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’?. Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik,tengok kemesraan,kebahagiaan rumahtangga orang lain,tengok rakan kita tayang kereta mewah,rumah besar atau ada orang pujian kita.
Bacalah: “Masyallah Allah La Quwawata illah billah” Rujuk surah Al-Kahf ayat 18/39
Moga kita dijauhkan dari Al-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’
Khabarkan kepada seluruh ibu yang ada di dunia,
Bahawa pekerjaan mereka setiap hari adalah pekerjaan yang mulia.
Bahawa rutin mereka setiap hari adalah rutin yang mulia.
Taufiq Razif
Kagum dengan kesabaran dan kemuliaan para ibu di seluruh dunia.
Mingguan Wanita : Ternyata menjadi ibu bukan satu tugas yang mudah, namun jadilah seorang ibu mengikut kemampuan diri. Tidak perlu bandingkan diri sendiri dengan orang lain.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Walaupun sudah tujuh tahun menempuhi hidup sebagai ibu tunggal namun Sakilla Hanis Mohamed, 38 atau lebih senang disapa dengan panggilan Killa mampu menyara tiga orang anaknya. Malah dia juga kini sudah bergelar kontraktor wanita yang berjaya.
APA YANG WANITA INI BUAT
1. Pegang kata-kata yang diungkap untuk dirinya dan ibu tunggal di luar sana, “Bangunlah! Bersemangatlah! Senyumlah! Kita insan yang terpilih.
2. Muhasabah diri dan terus-terusan perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberkati Allah.
3. Pedulikan apa sahaja kata-kata yang melemahkan. Kita insan dan wanita yang kuat!”
INI CERITA LEPAS…
“Saya berkahwin pada tahun 2006 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pada awal perkahwinan lagi saya telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Semasa mengandungkan anak yang pertama terhasillah sebuah ladang orkid saya dan suami ketika itu.
Alhamdulillah berkat usaha, saya berjaya menjadi petani contoh dan petani terbaik negeri Selangor serta memasuki beberapa pertandingan orkid peringkat kebangsaan dan menang beberapa kategori antara orkid terbaik. Kejayaan saya makin kemuncak di mana perniagaan yang saya jalankan membuahkan hasil.
DIDUGA BERCERAI
“Namun langit tidak selalu cerah, rumah tangga saya dilanda musibah. Saya bercerai dengan suami pada tahun 2010 dan ketika itu anak-anak masih kecil. Yang paling menyedihkan penceraian saya telah membawa satu titik hitam iaitu segala apa yang saya usahakan (perniagaan saya dan ladang orkid saya) habis musnah. Bermulalah kehidupan ‘struggle’ saya bersama-sama anak-anak.
“Saya dilanda kemurungan selama tiga bulan. Anak-anak saya abaikan. Arwah abah dan maklah orang yang menjaga saya dan anak-anak ketika itu. Sehingga satu ketika arwah abah panggil dan nasihat. Malam selepas peristiwa abah menasihati saya, saya menangis sepuas-puasnya. Alhamdulillahlah keesokan hari satu semangat baru datang dalam diri dan saya tekad bangun dan belai semula anak-anak saya.
“Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang sabar. Saya diberi peluang oleh Lembaga Zakat Selangor dalam bantuan perniagaan dan juga Jabatan Pertanian. Saya mula balik dari bawah. Kebangkitan saya diiringi doa dan kata-kata semangat daripada arwah abah dan mak. Pada tahun 2012 saya dinobat sebagai Usahawan Asnaf Terbaik dan diberi penghargaan dan hadiah berupa wang tunai, sijil, dan set persalinan Melayu oleh Sultan Selangor,” ujar Killa yang cukup bersemangat mahu berkongsi kisah hidupnya bersama pembaca Mingguan Wanita.
ABAH PERGI…
“Sekali lagi saya diuji pada tahun 2015 saya jatuh dalam perniagaan semula atas sebab rakan kongsi perniagaan saya berbuat perkara yang tidak baik di atas kepercayaan yang diberi. Di saat saya dan anak-anak memerlukan seorang ketua keluarga, abah saya yang menjaga kami anak beranak sejak saya menjadi ibu tunggal, dipanggil menghadap Ilahi. Ya Allah dunia seakan menghempap saya. Dengan siapa lagi saya boleh berkongsi cerita dan mendapat kata nasihat. Selama ini abahlah tempat saya mengadu, tempat saya berpaut. Di mana saya bekerja pasti abah bersama. Apa pun yang hidup pasti akan mati..
“Sekarang saya berdikit untuk bangun semula dan kejatuhan tak pernah membuat saya terus berduka dan merenung nasib. Berapa kali jatuh bangun pun kita, yang penting bangunlah kembali. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan berusaha. Anak-anak dan mak penguat saya. Saya kena dan wajib terus kuat untuk anak-anak dan mak.
“Pengalaman pahit juga saya alami iaitu dianiaya oleh rakan niaga. Sehingga along pemungut hutang mencari saya kerana rakan niaga telah silap percaturan menggunakan nama syarikat atas pinjaman dia. Alhamdulillah saya berusaha selesaikan sebanyak RM26 ribu walaupun itu bukan masalah daripada saya,” jelas Killa yang sudah terlibat dalam dunia perniagaan kontraktor iaitu melakukan kerja sivil dan pertukangan selama 10 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...