Kehidupan berpoligami boleh menjadi harmoni ada kejujuran dan persefahaman yang tinggi daripada semua pihak. Ini kerana ia bukan sahaja berkongsi kasih malah turut berkongsi tanggungjawab pada pasangan.
“Mereka berdualah hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, mengenai isteri pertamanya, Noraini Ishak, 42, dan isteri kedua, Effa Rizam Abd Ghafar, 42.
Berkongsi Kasih & Setia Jaga Suami
Noraini dan Effa Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih, malah setia menjaga suami yang sakit dalam keadaan kehidupan keluarga dihimpit kesusahan selepas Maaroof kehilangan kaki kiri akibat penyakit kencing manis, kira-kira tiga bulan lalu.
“Hidup kami berubah selepas kaki kiri saya terpaksa dipotong Oktober lalu, sekali gus tak mampu lagi teruskan kerja sebagai tukang rumah. Kini isteri kedua terpaksa bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng, dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama pula menguruskan rumah, termasuk menjaga keperluan saya,” kata Maaroof ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
Dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 dan sudah hampir lima tahun berpoligami selepas mengahwini Effa Rizam pada 2018, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Ads
Bahagikan Tanggungjawab
Sementara itu, Effa Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suami mereka kehilangan kaki kiri yang terpaksa dipotong.
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tak cukup, sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak. Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan belanja ulang alik ke hospital sahaja sudah cecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Ads
Hidap Kencing Manis Tahap 4
Mengenai penyakitnya, Maaroof berkata, dia disahkan menghidap kencing manis pada 2021 dengan petanda awal apabila bahagian kaki sebelah kiri membengkak digigit semut, tetapi pulih tidak lama kemudian.
“Selepas itu, bahagian sama digigit nyamuk dan pemeriksaan lanjut mendapati saya menghidap penyakit kencing manis peringkat empat. Kemuncaknya pada Oktober lalu apabila doktor menasihatkan saya memotong kaki bagi mengelak masalah ke bahagian lain,” katanya.
Bagi membantu meringankan beban keluarga itu, Pemudah Cara Amal Team yang turut berperanan dalam Briged Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jamilah Salleh, berkata pihaknya sudah memanjangkan kes berkenaan kepada MUIP untuk bantuan selanjutnya.
“Daripada siasatan yang kami lakukan, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf dan layak menerima bantuan berkaitan. Sekarang kami sedang mengusahakan bantuan ‘one-off’ untuk keluarga ini bagi menyelesaikan tunggakan sewa dan bil. Bantuan bulanan daripada MUIP masih dalam proses,” katanya.
“Assalamualaikum Baby Sefriel”Dr Say Shazrilberasa sangat bersyukur apabila isterinya Dr Azura Abas telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya, pada 18 Ogos (semalam) jam 8.14 pagi.
Seperti yang dimaklumkan menerusi entri di akaun Instagram miliknya, doktor selebriti dan pengacara ini telah memuat naik satu gambar bersama anak lelaki keduanya yang baru sahaja dilahirkan.
Pasangan popular ini telah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini yang bernama Aezil, setahun. Sebelum ini Dr Azura telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar bulan Ogos tahun lalu.
“Assalamualaikum Baby Sefriel” Anak Kedua Dr Say & Dr Azura
“Alhamdulillah, 8.14 pagi, isteri saya selamat melahirkan bayi kedua lelaki kami seberat 3.5 kilogram (Kg) dan sepanjang 51.5 centimeter.
“Syukur ke hadrat Ilahi atas pemberian yang cukup istimewa ini. Saya kini sebagai bapa kepada dua orang anak! Tidak sabar nak tengok reaksi Ace bila kami bawa Sef balik nanti,” tulisnya di Instagram yang sekaligus mengumumkan nama anak keduanya, Sefril.
Malah Dr Say juga sangat gembira kerana kali ini dapat menemani isteri untuk kelahiran anak keduanya.
“Saya terlepas waktu Ace lahir dulu maka kali ni saya takkan terlepas Sef lahir,” ungkapnya.
Dr Say juga turut menjawab persoalan yang diaju pengikutnya di Instagram, bagaimana di kala pandemic suami dibenarkan menemani isteri ke hospital?
“Menjawab persoalan “siapa jaga Ace?”, well Ace ada kat rumah dijaga family isteri saya yang sebelum mereka datang, mereka siap buat RTK test. Polisi @subangjaya_medicalcentre kepada para suami yang ingin menemani isteri di kala pandemik ini adalah once suami masuk bersama isteri ke hospital, suami tak boleh keluar sehinggalah isteri keluar sebab both suami isteri kena buat PCR test sebelum masuk wad,” terang Dr Say.
Dr Say juga menjelaskan isterinya terpaksa melahirkan bayi keduanya secara pembedahan atas faktor tertentu yang tidak dapat di elakkan.
“Isteri saya bersalin caesar disebabkan pakar kami memberitahu yang isteri ada 20% kegagalan untuk VBAC (Vaginal birth after caesarean) sebab long time back isteri pernah ada major operation pada perutnya yang menyebabkan ada banyak lekatan pada organ-organ dalamannya.
“Jadi kami tak mahu ambil risiko itu dan kami pilih caesar sebagai kaedah melahirkan anak kedua ini. Ace dulu pun dilahirkan melalui emergency caesar sebab tali pusat menjerut lehernya,” luahnya lagi.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr Say dan Dr Azura!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Dr Say Shazril
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu tempah kek gajah comel birthday anak usia setahun, dapat anak anjing. Keterujaan seorang ibu, Aynie Zulkifli yang menempah kek bertemakan gajah comel bertukar menjadi mimpi ngeri.
Berkongsi kisah ini di facebooknya, Aynie memaklumkan dia bukan mahu membuka aib sesiapa namun agak kecewa dengan kek yang diterimanya. Bukan dapat gajah comel tapi lebih menyerupai seakan anak anjing.
Ibu Tempah Kek Tema Gajah Comel Birthday Anak Usia Setahun
Katanya, dia telah membuat tempahan kek bertemakan gajah. Dan penjual menyatakan kesanggupan untuk membuatnya. Tapi malangnya, bukan tema gajah tapi jauh menyeramkan kerana seakan tokong, katanya dalam hantaran di facebooknya.
“Kalau rasa tak boleh buat jangan terima tempahan. Order gajah tapi yang dapatnya macam seketul anak **jing (napok supo tokong pun yoo jugak) tulisnya.
Dapat Anak Anjing
Dalam kejadian ini di Tanah Merah, Kelantan ini, jelas Aynie, apa yang semakin membuatkan dirinya sakit hati bila mana kos dipersetujui adalah termasuk kos penghantaran tapi akhirnya mereka perlu mengambilnya sendiri. Lebih menambah sakit hati bila tiada kotak kek disediakan.
“Korang fikir apa perasaan mak-mak bila dapat barang begini. Sudahlah ini kali pertama mahu meraikan hari jadi anak usia setahun,” katanya dalam hantaran di fbnya. Masa yang sama, kecewa dengan apa berlaku, dia mencari kek di kedai sudah tersedia sahaja.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kemelut rumahtangga antara pasangan selebriti Syamsul Yusof,38 dan Puteri Sarah Liyana masih belum berkesudahan. Terbaru Pengarah Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar sedang berbadan dua. Syamsul ketika ditemui bagaimanapun menjelaskan, segala khabar angin yang bertebaran adalah satu fitnah.
“Tidak. Itu adalah fitnah. Begitulah kehidupan saya setiap pagi, saya minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada yang bertanya Syamsul itu dan ini. Saya pun jawab apa pula kali ini?
“Saya tak tahulah. Tapi kalau orang itu (Ira) mengandung, Alhamdulillah. Apa yang tak boleh? “Jadi jujur saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya akan maklumkan. Tapi kalau nak cakap sebegitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sajalah. Doakan yang baik-baik, tapi tiada (mengandung),” katanya.
Doakan Jadi Suami Adil & Baik
Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini, pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Menurut Syamsul, dia reda apabila dirinya tidak berhenti ditimpa pelbagai ujian dan fitnah termasuk ada yang ingin memboikot filem arahan dan terbitannya.
“Berkenaan saya mampu atau tidak beristeri dua, doa sajalah saya boleh jadi suami yang baik dan adil. Kita kahwin ini pun adalah salah satu jalan taubat. Jadi nak kata apa, katalah.
“Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada rasa sedih juga tapi saya seorang yang mudah. Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.
“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sajalah,” katanya.
Fail Permohonan Nusyuz
Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.
Antaranya alasan yang diberikan adalah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...