Puteri Sarah ajar wanita kena jadi bijak, pasang peguam untuk tutup mulut orang suka menyalak. Pasti ramai tahu kemelut rumahtangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof.

Dua hari lalu ketika perbicaraan kes mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, dirinya meminta  dilepaskan secara baik selepas mengetahui suaminya mengahwini Ira Kazar namun Syamsul mengambil pendekatan berbeza di mana dirinya enggan menceraikan Sarah.

Dalam pendirian mengenai hal ini, Puteri Sarah menegaskan, memohon agar suaminya itu melepaskannya dengan cara baik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : Puteri Sarah Wanita & Ibu Yang Kuat “Bangkit, Sayangi Diri Sendiri. Tidak Biarkan Diri Dipijak”

5 Hari Diserang Migrain, Fazura Pesan Sesibuk Mana Sayangi Diri Jangan Abaikan Kesihatan & Bersenamlah

Menginjak Usia 40an, Noryn Aziz Bertatih Sayangi Diri, Jaga Minda, Tubuh & Jiwa

IKLAN

Jadilah Suami Mithali Dambaan Isteri “Latih Diri Memuji, Menghargai Buatlah Dia Terasa Disayangi”

Katanya, dia  tidak melihat adanya lagi harapan dalam perkahwinan mereka.

“Dia (Syamsul) kata masih ada sinar. Sedangkan saya masuk hospital baru-baru ini pun dia tak datang jenguk… sinar apa? Tegasnya.

Kemelut rumah tangga pasangan itu masih belum menemui titik noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah hari ini mengarahkan kes mereka dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

IKLAN

Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas memutuskan supaya Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, melantik wakil masing-masing-masing dalam JKP.

Puteri Sarah Ajar Wanita Kena Jadi Bijak

Di sebalik isu ini, timbul dakwaan dari seorang individu yang bahawa Syamsul sebenarnya mahu menceraikan Sarah. Namun tidak berbuat demikian kerana isu harta sepencarian yang bakal timbul. Bahkan dirinya meminta agar Puteri Sarah meneruskan perjuangannya.

Puteri Sarah Ajar Wanita Kena Jadi Bijak, Pasang Peguam “Untuk Tutup Mulut Orang Suka Menyalak”

IKLAN
Ternyata isu ini mendapat perhatian pantas dari Puteri Sarah yang mana  dirinya menulis,
“Sebab tu pasang lawyer untuk orang-orang yang suka menyalak macam ni,”tulisnya.

Pasang Peguam “Untuk Tutup Mulut Orang Suka Menyalak”

Ya, dalam erti kata lain, wanita sebenarnya kena bijak menuntut hak mereka dalam harta sepencarian selama berumahtangga itu. Selebihnya menyerahkan kepada peguam yang bijaksana untuk melaksanakan tugasan itu. Ia dilakukan demi menutup mulut orang yang suka menyalak dari luar, jelasnya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penularan video-video lucah di kalangan remaja di zaman teknologi ini semakin membimbangkan. Apatah lagi apabila gadjet senang didapati dan internet pula hanya di hujung jari.
Saksikan kisah benar seorang gadis remaja yang menonton video lucah pada usia seawal 11 tahun dan keterujaannya serta penyesalan dalam meneroka “hubungan seks” bersama beberapa pasangannya.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI