Pelitup muka dipakai bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan mempunyai spesifikasi tertentu barulah ia benar-benar berkesan dalam melindungi diri daripada virus ini. Walaupun kini, pelbagai rekaan ada di pasaran, namun material yang digunakan pula pastinya yang bersesuaian dengan tujuan pemakaian pelitup muka ini.
Pelitup Muka Emas
Mungkin atas status sosial bagi menggambarkan status dan kekayaan yang dimiliki, seorang Ahli Perniagaan di Benggal, India telah menempah dan menggayakan pelitup muka emas daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Mungkin sebab dah terlampau kaya, pelitup muka pun nak diperbuat daripada emas. Pelitup muka sekadar bergaya, namun tidak berfungsi untuk melindungi diri daripada virus covid-19.
Pergi ke sungai untuk mandi, dua beradik lemas ketika mahu selamatkan ibu. Keseronokan yang berakhir dengan tragedi. Pilu sungguh rasanya.
Apatah lagi dua lelaki ini mencuba untuk selamatnya nyawa ibu mereka yang hampir lemas, akhirya nyawa keduanya tergadai. Al-Fatihah.
Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian berat ini kerana kehilangan dua ahli keluarga serentak. Allahuakbar.
Dua lelaki lemas ketika menyelamatkan wanita kesayangan mereka yang lemas di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, Abdul Rahman Ramli, 26, dan abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris, 42, ditemukan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibu, adik-beradik dan anak saudara pergi ke sungai itu untuk mandi.
Menurutnya, polis dimaklumkan semasa mandi, ibu mangsa hampir lemas menyebabkan mangsa cuba untuk menyelamatkan.
“Wanita itu dapat diselamatkan, tetapi kedua-dua mangsa lemas dan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Gerik di tempat kejadian.
“Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa juga dihantar ke hospital sama untuk rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas,” katanya.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul namun telah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat. Beringatlah mak, ayah setiap kali berkelah atau beriadah di kawasan air terjun dan sungai, sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana malang tak berbau.
Datangkan mudarat, jangan rebus ketam dan udang kara hidup-hidup sebelum menikmatinya.
Sebaiknya sebelum menyediakan menu berasaskan dua jenis binatang ini pastikan binatang ini mati terlebih dahulu kerana hidupan laut jenis ini mampu merasai kesakitan.
Kerajaan Britain menyenaraikan hidupan laut seperti sotong, ketam dan udang kara dalam senarai hidupan yang perlu diberi perlindungan di bawah undang-undang kebajikan haiwan kerana sifat hidupan tersebut yang mampu merasai kesakitan dan penderitaan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.
Vertebrata iaitu haiwan yang mempunyai tulang belakang sudah pun dilindungi dalam perundangan kebajikan haiwan baharu yang sedang diperdebatkan di Britain.
“Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan memberikan jaminan penting bahawa kesejahteraan haiwan dipertimbangkan dengan sewajarnya apabila merangka undang-undang baharu.
“Sains mendapati bahawa haiwan decapod dan cephalopod mampu berasa sakit. Oleh itu, adalah wajar ia dilindungi di bawah undang-undang penting ini,” kata Menteri Kebajikan Haiwan, Lord Zac Goldsmith dalam satu kenyataan.
Menurut rang undang-undang tersebut, udang kara dan ketam tidak boleh direbus hidup-hidup dan menyertakan amalan pengangkutan dan mematikan terbaik untuk haiwan-haiwan itu.
Ia menemui bukti kukuh bahawa haiwan bercengkerang merasai kesakitan dan bukti ‘kuat’ yang menunjukkan rasa sakit dalam kebanyakan spesies ketam.
Bagi haiwan lain dalam dua kumpulan itu seperti sotong dan udang kara, penyelidik menemui bukti yang besar, namun tidak kukuh. – AGENSI
Bila perhatikan, ramai antara kita yang suka makan di restoran mamak. Malah, rata-rata bila ada temujanji atau lepak dengan kawan-kawan, tempat inilah yang menjadi pilihan.
Kadang-kadang terfikir juga apa istimewanya restoran mamak ini. Mungkin masakannya atau layanan pekerja di restoran itu. Anda saja yang tahu.
Boleh dikatakan restoran mamak yang ada kebanyakan mamak muslim, apatah lagi dengan nama restoran saja membuatkan kita tidak was-was untuk makan di kedai itu.
Walau bagaimanapun, jangan mudah keliru atau terpengaruh dengan nama restoran mamak yang ada, bimbangnya ada yang bukan muslim tetapi beragama hindu.
Seperti perkongsian daripada Afyan Mat Rawi, apa yang dikatakan ini bukanlah entnag isu halal haram tapi isu yang mengelirukan dan menyamar sebagai muslim. Maklum sajalah, restoran mamak ini tentulah meletakkan poster dan tulisan jawi serta ayat Al Quran untuk tarikan pelanggan.
Nak tahu restoran mamak ini Muslim atau tidak boleh ikuti panduan yang diberikan. Moga ia memberi manfaat untuk semua terutamanya pelanggan yang memang suka ke kedai itu.
Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.
Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran Mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai hindu walaupun beliau Muslim.
Terkejut saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali. Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim. Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran Mamak.
Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran Mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain. Jangan risau, ada cara lain.
Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak. Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.
Saya pernah test satu restoran “mamak”.
“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”
Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.
Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran Mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.
Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.
Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan “test” cara ini dan dapati ada juga restoran Mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.
Ada sesetengah restoran Mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan “test” ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.
Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah al-fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.
Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai Mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.
Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak akan ada.
Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran Mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara. Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran Mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.
Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.
Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.
Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.
Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga.
Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;
DISCLAIMER: Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran Mamak Muslim.
Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran Mamak palsu. Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus “test” Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya Allah Mamak Muslim.
Wallahua’lam.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang tertanya juga apa istimewanya restoran mamak ini sebab pelanggannya sentiasa ramai.
Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.