Pandemik covid-19 memberi impak besar kepada semua penduduk dunia. Ada yang kehilangan ahli keluarga, ada juga diuji kehilangan mata pencarian dan ada pula yang dijangkiti Covid-19. Seorang bapa dari Klaten, Jawa Tengah terdesak menjual buah pinggangnya kerana perlukan wang segera bagi menyara keluarganya.
Frans Larry Oktavianus, sebelum ini bekerja sebagai pencuci kereta di Jalan Kaliurang, Yogyakarta, manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Larry juga mempunyai empat orang anak yang masih kecil. Dengan pendapatan yang sederhana, Larry hampir terduduk apabila dia kehilangan kerja sebaik pihak pentadbiran mengumumkan perintah larangan bekerja.
Menerusi Detik News, Larry yang tinggal di Kampung Karangasem berjalan kaki ke Semarang semata-mata mahu menjual buah pinggangnya kerana kesempitan hidup. Sambil menggantung satu poster tulisan tangan di dadanya…
“Berkah Dalem, maaf saya Frans Larry O ingin jual ginjal untuk nafkahi keluarga saya, melunasi hutang, pendidikan, kesehatan, tempat tinggal, makan agar keluarga saya tak diremehkan. Maaf saya bukan mengemis,” tulis Larry dalam poster tersebut.
IKLAN
Menurut Larry lagi dia terdesak untuk menjual ginjalnya kerana itu sahaja jalan yang ada baginya menyelesaikan hutang dan juga demi kelangsungan hidup keluarganya.
“Kemarin saya udah dirumahkan karena pekerjaan sepi setelah corona. Padahal ada utang yang harus saya bayar, untuk makan dan kebutuhan,” kata Larry.
Pihak pentadbiran mengambil berat situasi Larry dan terus menghulurkan bantuan buat keluarganya
Dihalang isteri
IKLAN
Larry juga mengaku dia tidak tahu berapa sebenar harga ginjal di pasaran. Asalkan ada pihak yang sudi membeli kerana dia benar-benar terdesak. Larry berjalan kaki dari rumahnya ke Semarang dengan harapan lebih ramai orang yang perasan dengan ‘promosi’ dan ‘barang jualan’ yang sedang dijualnya.
“Harganya berapa saya tidak tahu sebab hanya itu yang berharga dan masih tersisa dari diri saya,” ungkap Larry sambil berlinang air mata.
IKLAN
Sebenarnya, isterinya melarang Larry untuk menjual ginjal. Walau bagaimanapun dalam keadaan sulit ini, Larry tiada pilihan lain dan lelaki ini yakin perbuatannya menjual ginjal tidak menyalahi hukum.
Perbuatan Larry ini tular di media sosial di Indonesia dan akhirnya mendapat perhatian kerajaan. Belum pun sempat ginjalnya dijual, Larry akhirnya mendapat bantuan sembako (sumbangan barang keperluan asas) dari Kapolres Klaten AKBP Wiyono Eko Prasetyo dan Dandim 0723/Klaten Letkol Kav. Minarso. Selain itu dia juga menerima bantuan lain termasuk Program Keluarga Harapan dan Kartu Indonesia Sehat (KIS).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Legenda dikir barat Kelantan berjodoh dengan gadis umur 21 tahun, dari peminat tegar bergelar isteri. Jodoh tidak mengenal usia, sudah tertulis di luh mahfuz. Walau berbeza usia, namun jodoh sudah tertulis buat pasangan ini. Berbeza usia 43 tahun legenda dikir barat Kelantan, Halim Yazid bertemu jodoh dengan isteri, Farhana yang berusia 21 tahun yang juga salah seorang peminat tegarnya.
Hasil perkahwinan dengan wanita yang berasal dari Bachok, Kelantan itu, Halim dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia enam bulan.
Legenda Dikir Barat Kelantan Berjodoh Dengan Gadis Umur 21 Tahun
“Perkenalan dengan isteri kedua ini sangat unik kerana sebelum ini dia pernah mengasuh anak sepupu, kemudian kami berkenalan di media sosial.
“Lebih menarik kerana dia juga berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun masih muda, namun dia tahu lagu-lagu dikir yang dinyanyikan oleh saya.
“Apa yang boleh saya katakan, isteri pertama tahu mengenai hubungan kami, mereka berdua tidak bergaduh,” katanya.
Memetik laporan Harian Metro, Halim mempunyai lapan lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isteri pertama.
Halim ditemui di majlis pengumuman Konsert Zikir Dikir yang bakal berlangsung pada 3 Mei depan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Halim Yazid terkenal dengan lagu Anak Tupai.Legenda dikir barat ini turut menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk.
Selain bidang nyanyian, Halim turut menjalankan perniagaan nasi lemak dan nasi berlauk sejak tujuh bulan lalu di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang sekadar untuk mengisi masa lapang.
Pesara dari Universiti Malaya itu terkenal menerusi lagu Anak Tupai, berkata kebanyakkan undangan persembahan diterima membabitkan acara tertutup sehingga dia disangka sudah tidak lagi aktif.
“Daripada otak jadi tepu tak buat apa-apa di rumah, lebih baik saya lakukan sesuatu. Dapat juga tambah pendapatan.
“Lagipun saya buka gerai sebab nak jumpa peminat, ada di antara mereka yang datang semata-mata untuk bergambar dengan saya.
“Jadi jika ada undangan persembahan, saya terpaksa tutup gerai. Walaupun isteri boleh jagakan, tapi saya takkan buka kerana tak mahu peminat hampa apabila saya tiada di situ,” katanya.
Salam takziah diucapkan buat pelawak dan penyanyi, Achey, yang telah kehilanggan bapa tersayang. Allahyarham Hamzah Salam, 85 telah menghembuskan nafas terakhir pada lewat malam Khamis.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Achey memaklumkan mengenai kisah pilu tersebut.
Achey Kehilangan Bapa Tersayang
Achey pada pagi Khamis memaklumkan bapanya ditemui tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor.
“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami… Innalillahiwainnailaihirojiun….” tulisnya.
Adik Maklumkan Bapa Tidak Sedarkan Diri
Seperti mana yang dipetik portal mStar, Achey menerangkan, pada kebiasaannya bapanya akan tidur selepas Subuh dan bangun untuk bersarapan.
“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.
“Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat.
“Keadaan kesihatan abah mula merosot setelah mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda,” terang Achey.
Terharu Rakan Artis Datang Melawat
Jenazah Allahyarham khabarnya akan dikebumikan secepat mungkin selepas selesai prosedur pengesahan.
Rakan artis yang turut hadir melawat keluarga Achey.
“Jenazah abah belum sampai lagi atas prosedur pengesahan… jika cepat dapatlah kami kebumikan jenazah awal.. jika tidak in shaa Allah lepas asar,” tulis Achey yang terkini di laman Instagramnya.
Rakan Artis Mendoakan Allahyarham Ditempatkan Di Kalangan Orang-Orang Beriman
azhan_rani @acheykintangkintung salam takziah bro. semoga Allah berikan kekuatan buat bro dan family menerima ketentuan Ilahi ini dan semoga diampunkan segala dosa2 arwah serta ditempatkan bersama orang2 yang beriman. alfatihah
alifsatar innalillahiwainnailayhirojiuun… salam takziah chey, buat kau sekeluarga.. semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt.. dan ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh..
saharulridzwan Allahuakbar. Innalillahiwainnailahirojiun. Allah sayang abah awak achey. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin Ya Rabb
sitisarahraissuddin Salam takziah dari kami sekeluarga chey.. Al fatihah buat abah awak .. kita doakan abah achey bersama org2 beriman
amirrajalawak Innalillah,salam takziah
bellaastillah Al fatihah salam takziah abg
aeril_zafrel Salam takziah
radin_era Allahuakhbar.. innalillahiwainailaihirojiun… Semoga dipermudahkan segala urusan nya chey.. Kita sebagai anak doa kan Allahyarham agar di tempatkan di taman-taman syurga.. dihalalkan baginya untuk mencium bau syurga & tenang disana.. Al-fatihah
Selepas melalui fasa isolasi di wad Covid, sejak 27 Mac lalu, akhirnya keluarga Dr Samsu Ambia Ismail terdiri daripada isteri dan 5 orang anak-anaknya, disahkan bebas daripada virus Covid-19.
Berita gembira ini dikongsikan oleh isteri Dr Samsu, Mazriemi Mohd Zaki di laman facebooknya, Gold Amy Edriena.
Kongsinya,
“Bismillah… Alhamdulilah syukur pada Allah. First of all Amy nak ucapkan jutaan terima kasih jazzak Allahu khairan pada semua ahli keluarga dan sahabat-sahabat seluruh dunia yang mendoakan kami sekeluarga.
Berkat doa semua kami sekeluarga BEBAS COVID… ya Allah tiada apa nak diungkap kan selain syukur pada Ilahi yang sudah menyembuhkan kami semua dari virus ini.
Kami disatukan kembali sebagai sebuah keluarga bebas covid.
Beliau turut merakam rasa terharu dan terima kasih kepada kakitangan hospital yang menjaga keluarganya sepanjang mereka diwadkan di hospital.
“Jutaan terima kasih juga pada semua staf Hospital Ipoh dan staf ward 4B Hospital Teluk Intan jasa mu semua amat amy kenang.. hanya Allah dapat balas jasa kalian semua.”
Dr Samsu Ambia Ismail merupakan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Teluk Intan (HTI) yang kemudiannya disahkan positif Covid-19 bersama isteri dan 5 orang anak-anaknya, Erika Syamim, 18, Elisya Syamim, 15, Edrieda Syamim, 13, Eryna Syamim, 11 dan Eiman Syamim, 8 tahun.
Semasa diwadkan dan mendapat rawatan keluarga ini begitu positif. Sehinggakan anak-anaknya ceria membuat video untuk memberi kegembiraan di hati ibu dan ayah mereka.
Menunaikan solat berjemaah di dalam wad.
Panik Bila Suami Minta Hubungi 999
Ketika ditemubual dalam sebuah rancangan bual bicara wanita stesyen televisyen swasta, Mazriemi berkongsi serba sedikit bagaimana Covid-19 mengundang panik pada dirinya.
“Mulanya, suami Amy negatif. Selepas test pertama, keadaan suami masih tak sihat; demam, sakit badan.”
Sehinggakan suaminya memaklumkan agar dia menghubungi 999 sekiranya terjadi apa-apa pada dirinya malam itu. Adu suaminya yang tak tahan dengan kesakitan yang dialami melibatkan sakit pinggang dan sesak nafas.
Tentunya pesanan suami itu mengundang panik yang teramat di hati isteri.
“Esoknya baru dapat jawapan suami confirm positif. Masa itu anak-anak semua demam. Ayah, anak kedua malah Erika, dia dah ambil drip dua kali. Dan kita tak expect.. sebab masa itu Hospital Teluk Intan masih clean, belum ada virus Covid lagi, belum ada yang positif.”
Sementara maklum Dr Samsu Ambia sendiri sebelum disahkan positif, dirinya sudah pun alami demam dekat seminggu. Waktu bertugas itu, ada juga rakan sekerjanya yang alami demam.
Apabila malam itu dirinya alami demam sehingga tak boleh tidur dan alami sakit badan, Dr Samsu Ambia mula makan ubat demam.
Tetapi sampai keesokan hari demam masih juga tak surut. Kebiasaannya, bila makan ubat dua kali dah sembuh. Malah, beliau terpaksa makan ubat setiap 6 jam.
Mula dari situ, selera makan mula hilang. Tekak pun jadi kering dan tiada deria rasa malah tiada deria bau. Kemudian, mulai batuk.
Keadaan anak-anak pun pada waktu itu dah mula sakit-sakit. Tapi masa itu tak ada lagi kes Covid, jadi mereka tak boleh nak buat ujian.
“Saya macam biasa pergi kerja. Pasal masa itu, ada ramai orang sakit.” Tak lama kemudian, kes Covid-19 meledak di hospital tempatnya bertugas.
Daripada ujian yang dilakukan, 8 petugas positif dan dirinya negatif. “Saya terharu.. tapi malam itu saya jadi teruk. Saya minta buat ujian semula.” Ujian kedua itulah Dr Samsu Ambia disahkan positif.
Sukar untuknya melupakan pengalaman dibawa ke hospital dengan ambulan. Fikirannya mula terbayangkan bagaimana jika umurnya tak panjang. Adakah dapat lagi bertemu ahli keluarga. Itulah yang kerap bermain di fikirannya.
Anak-anak Lawan Covid-19 Tanpa Ubat
Semasa berada di dalam wad, ahli keluarga Dr Samsu Ambia sentiasa positif. Terutama anak-anak beliau yang begitu kuat dan bersemangat melawan virus Covid-19.
Kata ibu mereka, sepanjang perjuangan menentang virus Covid-19 anak-anaknya tidak diberikan ubat. Cuma dirinya dan suami saja yang diberi ubat.
“Anak-anak tak diberi ubat, mereka kena lawan sendiri dengan antibodi yang kuat. Kalau lemau, lemah tak semangat virus boleh merebak.”
Sebab itulah, ibu ayah ini gembira apabila anak-anak dapat menyebarkan semangat positif kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, berusaha memberi kegembiraan kepada ibu dan ayah.
Pada yang masih berjuang melawan penyakit ini, “Please.. kuatkan semangat. Jangan lemah, doa dengan Allah dan berserah pada Qada dan Qadarnya.”
Malah, Dr Ambia Samsu sempat menitipkan pesanan ini,
“Saya memohon maaf kerana sebagai ketua tak dapat bersama petugas-petugas di Hospital teluk Intan disaat genting ini. Saya doakan mereka supaya kekal bersemangat, kekal sihat dengan usaha yang murni ini. Yang penting jaga keselamatan diri dan kesihatan diri. Kesan dengan awal jika ada simptom-simptom.”
MW :Semoga semangat positif yang keluarga Dr Samsu Ambia Ismail ini berikan dapat menyuntik kekuatan kepada mana-mana individu yang ketika ini sedang berjuang melawan virus Covid-19.
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.Seperti mana yang dikongsikan...