Sumber Foto: Instagram Achey

Salam takziah diucapkan buat pelawak dan penyanyi, Achey, yang telah kehilanggan bapa tersayang. Allahyarham Hamzah Salam, 85 telah menghembuskan nafas terakhir pada lewat malam Khamis.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Achey memaklumkan mengenai kisah pilu tersebut.

Achey Kehilangan Bapa Tersayang

Achey pada pagi Khamis memaklumkan bapanya ditemui tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital Segamat, Johor.

Pemergian Yang Cukup Memilukan “Tiada Lagi Abah, Tapi Tetap Dalam Diri Kami” Achey

“Tiada lagi abah… tapi abah tetap dalam diri kami… Innalillahiwainnailaihirojiun….” tulisnya.

Adik Maklumkan Bapa Tidak Sedarkan Diri

Pemergian Yang Cukup Memilukan “Tiada Lagi Abah, Tapi Tetap Dalam Diri Kami” Achey

Seperti mana yang dipetik portal mStar, Achey menerangkan, pada kebiasaannya bapanya akan tidur selepas Subuh dan bangun untuk bersarapan.

“Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.

“Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat.

“Keadaan kesihatan abah mula merosot setelah mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda,” terang Achey.

Terharu Rakan Artis Datang Melawat

Jenazah Allahyarham khabarnya akan dikebumikan secepat mungkin selepas selesai prosedur pengesahan.

Pemergian Yang Cukup Memilukan “Tiada Lagi Abah, Tapi Tetap Dalam Diri Kami” Achey
Rakan artis yang turut hadir melawat keluarga Achey.

“Subuh indah teratak abah… kau gagahkan jugak demi semangat aku @fadbocey @syaheeraarahman. Tq jugak sahabat2 yang hadir @norazmihasan @tengkuarishh @_ijoy88

Adikku @abe_latte yang tak tido dari semalam… 🤲🤲🤲

“Indah halaman abah pagi ni…

“Jenazah abah belum sampai lagi atas prosedur pengesahan… jika cepat dapatlah kami kebumikan jenazah awal.. jika tidak in shaa Allah lepas asar,” tulis Achey yang terkini di laman Instagramnya.

Baca Disini Juga:

Setahun ABAM Pergi, Isteri Achey Akui Pernah Cemburu Dengan Keakraban Bocey

Achey & Isteri Mahu Buka Kedai Runcit, “Doakanlah Urusan Dipermudahkan”

10 Tahun Menyimpan, Achey Berjaya Beli Rumah Impian Tiga Tingkat

Rakan Artis Mendoakan Allahyarham Ditempatkan Di Kalangan Orang-Orang Beriman

azhan_rani
@acheykintangkintung salam takziah bro. semoga Allah berikan kekuatan buat bro dan family menerima ketentuan Ilahi ini dan semoga diampunkan segala dosa2 arwah serta ditempatkan bersama orang2 yang beriman. alfatihah

alifsatar
innalillahiwainnailayhirojiuun… salam takziah chey, buat kau sekeluarga.. semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt.. dan ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman dan beramal soleh..

saharulridzwan
Allahuakbar. Innalillahiwainnailahirojiun. Allah sayang abah awak achey. Semoga ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin Ya Rabb

sitisarahraissuddin
Salam takziah dari kami sekeluarga chey.. Al fatihah buat abah awak .. kita doakan abah achey bersama org2 beriman

amirrajalawak
Innalillah,salam takziah

bellaastillah
Al fatihah salam takziah abg

aeril_zafrel
Salam takziah

radin_era
Allahuakhbar.. innalillahiwainailaihirojiun… Semoga dipermudahkan segala urusan nya chey.. Kita sebagai anak doa kan Allahyarham agar di tempatkan di taman-taman syurga.. dihalalkan baginya untuk mencium bau syurga & tenang disana.. Al-fatihah

jozlynnhanania
Salam takziah dari kami sekeluarga Achey.. kami sekeluarga mendoakan semoga abah ditempatkan dikalangan hamba2Nya yg beriman.. aamiin

almynadiaofficial
Salam takziah @acheykintangkintung @anne_achey al fatihah

Sumber: mStar
Sumber Foto: Instagram Achey
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI