Begitu jugaKadang-kadang kerja ruamh yang berlambak membuatkan isteri mula merungut dan merasakan apa yang dia buat itu tidak ikhlas. Apa tidaknya, semua di bahu isteri dan suami hanya tahu duduk bergoyang kaki depan televisyen.

Sekejap di dapur dan bila dengar anak merengek dan bergaduh, berlari pula mak-mak tengok apa yang dibuat oleh anak. Suami yang ambil kisah tentunya akan bantu tengokkan anak. Tapi bagaimana dengan yang langsung tidak ambil tahu dan serahkan sepenuhnya pada isteri.

Bila isteri merungut, mulalah suami pula cakap isteri tidak ikhlas dalam membuat kerja rumah. Macam mana tu? Perkongsian daripada Zulfikarullah Ren ini boleh membuka mata suami di luar sana.

Jangan ingat, kerja rumah itu hanya isteri seorang yang kena buat. Sedangkan ada isteri turut sama bekerja untuk membantu suami dalam meringankan beban. Sama-sama penat dan kenalah saling membantu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kerja Rumah Memang Tak Pernah Habis. BEREHATLAH Tanpa Perlu Rasa Bersalah

JANGAN Anggap Kerja Rumah URUSAN Perempuan, Anak Lelaki Perlu Diajar Supaya Jadi Kebiasaan

Info Lebih Menarik DI SINI

Tidak Ikhlas Buat Kerja Rumah

Ada orang merungut yang dia bosan mendengar keluh resah isteri yang asyik kata penat-penat memanjang.

“Kalau rasa tak ikhlas tak payah buat kerja rumah tu.” katanya.

Ye, senang untuk berkata-kata. Bijak pandai ada mengatakan bahawa

“You never know how hard someone’s job is until you do it yourself.”

IKLAN

Macam orang lelaki lihat isteri buat kerja rumah. Ala, setakat basuh baju, itu pun guna mesin basuh. Kemas rumah pun guna vakum. Memasak pakai periuk nozza.

Apalah yang penat sangatnya?

Tengok saja memanglah tak penat. Setakat duk goyang kaki atas sofa main game. Senanglah hidup gitu. Anak-anak pun isteri juga uruskan.

Bagi sesetengah lelaki, mereka mahu berehat sahaja di rumah kerana penat seharian bekerja.

Kalau boleh jangan ganggu dia. Kalau dia keluar pergi minum sebab nak release tension kerja seharian katanya. Tak semua ye.

Kemonlah, habis tu isteri tak bekerjalah. Isteri pergi pejabat dari pagi sampai petang tu duduk goyang kaki jelah ye.

Kalau suami rasa penat, isteri double penatnya. Begitu juga, kalau suami nak berehat, isteri pun nak berehat juga. Malah, kalau dua-dua duduk berehat, siapa nak uruskan rumah pula kan.

IKLAN

Terpaksalah juga isteri mengalah. Buat juga kerja rumah biarpun diri sudah kepenatan. Begitulah pengorbanan isteri.

Bila malam, isteri tak larat nak layan kehendak suami, mulalah keluar dalil bagai. Cukuplah guna agama untuk kepentingan diri. Cukup, cukup.

JADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

Sebaliknya, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab. Kalau isteri bekerja, dia sedang bantu ekonomi suami juga.

Oleh itu, suami sepatutnya bersedia untuk membantu isteri di rumah. Isteri akan gembira jika suami bersamanya menguruskan rumah tangga. Buat sedikit pun okey dah.

Ketika itu, isteri akan rasa dirinya sedang disayangi dan dihargai. Terkadang dia jadi bengkak hati bila dia buat semua kerja, suami sedap berkeruh atas sofa.

Disebabkan suami tidak bertanggungjawab seperti ini menjadi punca orang perempuan mula tidak mahu berkahwin. Lebih teruk ada yang memilih pasangan sejenis sebagai teman hidup.

IKLAN

Suami sepatutnya memimpin rumah tangga. Memimpin dan mengarah adalah dua perkara yang berbeza. Ianya umpama langit dan bumi.

Sesungguhnya nak urus rumah tangga ini adalah satu tanggungjawab yang berat. Sebab itu ia perlu dilakukan bersama.

Barulah keluarga menjadi harmoni dan indah. Ketenangan juga akan timbul bila kita pulang ke rumah. Tak adalah rasa rumah macam neraka.
Isteri pula usahlah menjadikan alasan penat untuk tidak melayani suami. Jika mahu minta tolong suami, mintalah baik-baik. Usah marah-marah. Berdosa nanti.

Suami pula, kalau isteri dah minta tolong baik-baik tu cepat-cepatlah bantu. Jangan asyik kejap-kejap, lepas tu lupa. Mana tak angin isteri tu dibuatnya.

Kuncinya adalah toleransi.

Jadikan rumah tangga Nabi SAW sebagai tauladan. Insya Allah rumah tangga akan harmoni selalu.

#MekanikCinta

MW: Suami jangan fikir penat dirinya saja ye. Kenalah tolong sama-sama. Kadang-kadang, setakat suami tolong basuh pinggan kat dapur atau tolong jaga anak pun dah rasa ringan sikit kerja isteri kan!

Sumber: Zulfikarullah Ren

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita