Cara Nak Tahu Dia Pasangan Sesuai Dengan Kita....

‘Tak kenal maka tak cinta’. Bila dah kenal, barulah tahu macam-macam perangai yang ada dalam diri pasangan. Ini belum lagi peel kita. Dengan benar-benar mengenali pasangan anda, akan menghasilkan sifat kasih, setia, bertanggungjawab dan fokus untuk menjaga kebajikan pasangan, menghiburkan dan saling melengkapi. Asasnya adalah menerima pasangan tanpa syarat dan berniat untuk menjana kejayaan dan seterusnya kekal aman bahagia hingga ke jannah. Dr. Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga berbincang lebih lanjut tentang isu ini.

Cara Nak Tahu Dia Pasangan Sesuai Dengan Kita….
Dr Ahmad Kamal

Kenali Pasangan Anda

Allah jadikan sesuatu ada sebab dan hikmahnya. Ia sama juga dengan nikmat hidup sebagai pasangan suami isteri. Ada cabaran, ujian dan balasan yang bakal menanti di kemudian hari. Dalam membina mahligai cinta pasangan suami isteri, perkara paling asas adalah saling mengenali. Masalahnya, adakah anda benar-benar kela pasangan anda. nak tahu anda kenal pasangan anda ini. Cuba perhatikan:

  • Sejauh mana anda tahu hobinya
  • Anda tahu warna kegemarannya
  • Anda tahu penyakit yang dialaminya
  • Anda tahu cara gaya dia bercakap
  • Anda tahu cara gaya dia berfikir
  • Anda tahu latar belakang keluarganya
  • Anda tahu latar belakang akademiknya
  • Anda tahu kecerdasan fizikalnya
  • Anda tahu tahap ego kendirinya
  • Anda tahu cita-citanya
  • Anda tahu lagu kegemarannya
  • Anda tahu minat sukannya
  • Anda tahu minatnya dalam aspek berpakaian
  • Anda tahu makanan kegemarannya
  • Anda tahu tahap kecerdasan berbahasanya
  • Anda tahu karakternya ketika bekerja
  • Anda tahu minat membacanya
  • Anda tahu tahap keilmuannya
  • Anda tahu sejarah latar belakang hidupnya

Proses mengenali hati budi pasangan menuntut seseorang agar berkemahiran, berpengetahuan dan punyai afektif diri. Ada cara, masa dan adabnya untuk memahami dan mencungkil karakter sebenar pasangan masing-masing.

IKLAN

Tanpa ilmu dan kemahiran, akan menerbitkan sikap tak selesa pasangan, rasa marah dan tidak selamat pula. Seterusnya, mengenali dan memahami karakter pasangan anda memerlukan anda berjiwa besar dan penyayang. Ia sangat penting bagi mengelak persepsi negatif atau buruk sangka pasangan anda. Niat yang baik kalau tak betul caranya juga akan mengundang konflik komunikasi di kemudian hari. Asasnya ialah cuba bina proses mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam melalui sifat tenang, sabar dan niat ikhlas untuk membina keluarga bahagia, bukan untuk mencari kelemahan dan menghukum.

Sebagai manusia, kita tidak sempurna dan tidak bebas daripada melakukan salah dan silap, sejak sebelum kahwin hinggalah sudah kahwin. Jangan jadikan anda seorang ‘perfectionist’ atau ‘idealist’. Justeru, jauhkan sikap berburuk sangka dalam hubungan suami isteri. Jika setiap pasangan suka berfikiran terbuka, pemaaf dan positif, akan menjemput situasi;

IKLAN
  • Rumah tangga yang harmoni
  • Rumah tangga yang bertoleransi
  • Rumah tangga yang bersatu
  • Rumah tangga yang bahagia
  • Rumah tangga yang diberkati Ilahi

Menghukum atau menghina akan kelemahan pasangan masing-masing tatkala dilihat melakukan kesilapan akan mengundang sikap negatif pasangan misalnya;

  • Menjadi rendah diri
  • Merasa malu
  • Merasa dendam
  • Terbit perasaan benci
  • Menjauhkan diri

Cara Nak Tahu Dia Pasangan Sesuai Dengan Kita….

IKLAN

Asas Keinginan Setiap Pasangan

Asas penghormatan dan kepercayaan yang menjadi persona pasangan idaman ialah dari aspek;Rupa paras

  • Penampilan berpakaian
  • Cara gaya bercakap
  • Pencapaian kerjaya
  • Pencapaian akademik
  • Prestasi seksual
  • Daya empati
  • Keprihatinan
  • Hadiah tak dijangka
  • Warkah atau kad di hari istimewa
  • Penghasilan masakan
  • Kepedulian hal ehwal agama (solat dan puasa)

Oleh itu, jadilah pasangan atau teman hidup yang berjiwa mulia, berhati baik dan empati tinggi. Apabila ada jiwa mulia, baik hati dan empati, nescaya akan adalah pasangan yang sentiasa didamkan dan rebutan oleh semua orang di luar sana.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI