Tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Lisdawati,40 dan suaminya, Fauzi Nawawi,45 yang baru sahaja menimang cahayamata keempat mereka malam tadi.Tidak seperti kebanyakan para selebriti yang suka mengumumkan kehamilan di awal trimester, bagi Lisdawati lebih selesa ‘merahsiakan’ kehamilan tersebut sehinggalah bayi selamat dilahirkan.
Pengumuman kelahiran bayi lelaki mereka dikongsikan didalam akaun Instagram Lisdawati sendiri apabila memuat naik, tag bayi memaparkan maklumat kelahiran bayi.Lisda telah melahirkannya secara normal (SVD) di Hospital Pakar Al Islam pada jam 10.23 malam tadi dengan berat bayi 3.54kg.
Disamping gambar tersebut; Lisda turut berkongsi kapsyen pendek “Syukur Alhamdulillah Atas Doa Semua..”
Ads
Didalam posting sebelum ini, Lisdawati juga ada memohon maaf jika ada sebarang kesalahan mahupun kesilapan dirinya, serta meminta agar mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Ads
“Assalamualaikum semua.. dikesempatan ini saya nak minta maaf pada semua yang mengenali diri kerdil ini . Jika ada kesilapan atas kekhilafan saya sebagai hamba Allah swt.Mohon seribu kemaafan.Doakan saya di permudahkan segala urusan.”
Ads
Ramai yang mendoakan pelakon ini selamat bersalin tidak kurang juga mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi keempat tersebut.
Terdahulu, pasangan bahagia ini telah 11 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang anak, Nur Aina Farhana, 10 dan Nur Aina Fazneesya, 9 dan Ahmad Nur Fyrdaus,4. Mingguan Wanita mendoakan semoga dengan kehadiran cahamata keempat ini menambahkan lagi rezeki dan kebahagiaan buat keluarga ini.
Ada banyak cara mak-mak simpan lauk basah dalam peti tetapi kali ini, tip yang Puan Noraniza Azmei kongsikan adalah bertujan untuk mudahkan anda yang suka masak dalam kuantiti sedikit.
Cara ini lebih praktikal sebab mak-mak cuma perlukan plastik dan lauk basah yang berbeza.
Bila dah beli lauk pauk untuk seminggu setiap lauk saya asingkan ikut portion nak masak banyak mana dalam setiap plastik. Bukan tak nak guna tupperware tapi nak jimat ruang.
Tujuan asingkan dalam plastik sebab senang keluarkan satu plastik je lauk yang dah beku lepas itu kita rendam lauk yang nak masak je.
Kadang kita campur semua, rendam lepastu rasa banyak simpan balik peti ais kan. Buang masa satu hal. Renyah satu hal lagi.
Nampak macam malas..Tapi percayalah korang terus rajin nak masak lepas ni.
Hah, esok bolehlah terus cari lauk basah dan plastik untuk kemaskan peti macam yang ibu ini buat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rezeki berniaga jika kena cara dan strateginya memang boleh membawa keuntungan berlipat kali ganda! Mungkin para wanita boleh contohi cara bintang realiti televisyen, Kylie Jenner ini mengembangkan perniagaannya iaitu menggunakan platform media sosial.
Kylie Jenner dilaporkan bakal bergelar jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat, susulan kejayaan syarikat kosmetik miliknya yang dilancarkan dua tahun lalu. Majalah Forbes melaporkan, Jenner, 20, yang juga adik tiri bintang realiti, Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).
Sejak dilancarkan, ia berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai hampir AS$800 juta (RM3.2 bilion) dan dia menguasai sepenuhnya atau 100 peratus Kylie Cosmetics.
“Selepas digabungkan segala pendapatan yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 (RM3.63 bilion).
“Dia dijangka menjadi jutawan bertaraf bilionair hasil usaha sendiri termuda bagi kategori wanita atau lelaki dalam tempoh setahun,” lapor Forbes.
Dalam satu temubual dengan Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.
“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan,” katanya.
Sementara itu, Kylie mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up with the Kardashians’ bersama ibu dan adik-beradiknya.
Tahniah, buat kejayaan Kylie Jenner ini.Semoga menjadi inspirasi buat wanita muda untuk turut berjaya dalam bidang perniagaan.Untunglah muda-muda lagi dah jadi jutawan, kaya raya dan paling penting atas usaha sendiri.
Walaupun Kylie Cosmetics belum secara rasminya menembusi pasaran Malaysia, Yellow Porter boleh membantu anda mendapatkan barangan idaman anda dari luar negara dengan mudah dan harga berpatutan!Klik siniuntuk maklumat lanjut
Biasanya daun pisang ini terkenal sebagai pembungkus makanan saja kan. Rupanya daun pisang yang kita mudah jumpa dekat tepi jalan atau belakang rumah kita itu, besar manfaatnya kepada kecantikan wanita.
Menurut Dr. Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), hasil kajian menunjukkan daun pisang bertindak sebagai anti penuaan.
Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dan diterbitkan dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering pada tahun 2016. Yang mana, ia menyatakan tentang kebaikan daun pisang.
“Hasil kajian, daun pisang boleh bertindak sebagai anti kedut. Caranya kena rebus dan ekstrak dulu. Lalu tampal ke bahagian yang kedut itu. Ekstrak daun pisang ini tampal di muka. Dan ini telah dibuktikan secara klinikal. Selepas beberapa bulan nampak penurunan kedut yang ketara.”
“Ini kerana dengan aplikasi ekstrak daun pisang pada bahagian muka seseorang itu akan meningkatkan penghasilan pro kolagen. Kolagen ini sangat diperlukan untuk mengudangkan kedut.”
“Pada masa yang sama enzim MMP-1 dan enzim MMP-2 akan menurun. Enzim-enzim inilah yang akan menyebabkan kulit wajah seseorang nampak berkedut.”
“Daripada kajian juga mendapati terdapatnya satu bahan yang dikenali sebagai asid corosolic yang setakat ini hanya banyak terdapat dalam daun pisang.” Asid corosolic ini anti oksida yang kuat untuk membebas dan meneutralkan radikal bebas.”
Tambah Dr Suri lagi, daun pisang ini ada banyak kegunaan lain yang memberi manfaat besar kepada pengguna. Antara lain yang mak-mak boleh ambil tahu adalah :
1. Daun pisang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah terkena benda panas atau melecur. Jadi balut kesan lecur itu dengan daun pisang. Nanti haba dari tangan kita akan dipindahkan ke daun pisang.
2. Untuk turunkan suhu semasa demam. Salah satu teknik yang bagus adalah tidur atas daun pisang. Daun pisang ini nanti akan menyerap haba dari tubuh ke daun pisang.
3. Ekstrak daun pisang boleh turunkan glukosa dalam darah. Ada kajian menunjukkan ekstrak daun pisang boleh tingkatkan insulin dan juga menunjukkan aktiviti anti bakteria iaitu bunuh kuman.
4. Memandangkan daun pisang ini tak boleh dimakan, jadi untuk mendapatkan khasiatnya dalam makanan kita. Mak-mak bolehlah masak nasi beralaskan daun pisang. Begitu juga waktu nak makan, hidangkan dalam pinggan beralas daun pisang.
Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g/100g).
Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan mengandungi bahan berkhasiat alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.
Jantung pisang susu lebih tinggi.khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali
Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan dan pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.
Jantung membantu meningkatkan tahap progesteron dalam badan dan boleh mengurangkan pendarahan.
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pemberian ekstrak jantung pisang selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.
Pisang mentah yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%)
Kanji ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat.
Ia membantu kawal GULA DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang.
Pisang hijau mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetic.
Walau bagaimanapun memakan pisang hijau rebus pada kuantiti banyak boleh sebabkan kembung perut.