Kalau ada cuti panjang, cuti sekolah atau hujung tahun, inilah waktu yang ditunggu-tunggu oleh setipa ahli keluarga. Bawa keluarga dan anak bercuti. Tak kisahlah luar negara mahu pun dalam negeri, itu sudah cukup untuk menggembirakan mereka.

Kadang-kadang, mak ayah pun resah gelisah bila hanya duduk di rumah sepanjang masa. Sekurang-kurangnya dengan membawa anak bercuti bersama, sudah boleh membahagiakan dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.

Namun, tak kurang juga mak ayah merasakan agak susah untuk bercuri bersama anak-anak., terutamanya anak yang masih kecil dan sedang membesar. Mesti macam-macam peel nanti. Sampaikan ada mak ayah yang sanggup duduk di rumah sahaja. Sedihkan.

Sebenarnya, masa inilah mak ayah mampu luangkan masa bersama anak-anak. Kalau sebelum ini, asyik bekerja sahaja, sekurangnya dapat bercuti setahun sekali pun sudah membuatkan anak-anak gembira.

Perkongsian daripada Zainurul Azwa Zakaria ini diharapkan dapat membuka mata mak ayah. Jangan berkira untuk bawa anak berjalan-jalan dan gembirakan mereka. Peluang untuk melihat mereka membesar dan mencipta kenangan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tiada Istilah CUTI Buat Mak-Mak. Kerja Rumah Tetap Jalan. Hargailah Pengorbanannya

Tak Perlu Bercuti Untuk BAHAGIAKAN ANAK, Ikut Saja Tip Ini!

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

6 Sebab Saintifik Mengapa Perlu Bawa Anak Bercuti

Bawa anak & keluarga pergi bercuti ini perlukan komitmen juga. Tambah anak kecil-kecil, renyah. Kalau bukan kaki jalan, memang confirm tak bawa anak berjalan.

Tapi sebolehnya, sebagai mak ayah perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti sekurangnya SETAHUN SEKALI. Jangan tak tahu, di samping erat hubungan keluarga, ada sebab saintifik mengapa perlu bawa anak-anak anda bercuti!

1. DAPAT MENCIPTA MEMORI INDAH ZAMAN KANAK-KANAK

Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti responden bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga. Anak akan membesar tanpa kita sedar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi mereka dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin. Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.

2. MENGASAH KEMAHIRAN BERFIKIR ANAK-ANAK

Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak.Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.

3. MELAHIRKAN ANAK BER’IQ’ TINGGI

Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah. Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak. Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.

IKLAN

4. MENINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL ANAK-ANAK

Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik. Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat

5. BANTU KURANGKAN HYPER ACTIVE

Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semula jadi yang hijau. Ini kerana persekitaran hijau ini dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum. Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.

6. BUAT ANAK LEBIH POSITIF & GEMBIRA

Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosinya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes. Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.

Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Ini kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tip travel sekarang semua di hujung jari.

IKLAN

Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai:

“Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit.
Dah ade duit sikit, masa pulak takde.
Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”

Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya,

Cikjai.

MW: Jangan bagi alasan anak lasak atau susah nak jaga bila bawa berjalan-jalan. Rasanya itu lumrah bagi semua mak ayah bila anak sedang membesar. Raikan mereka dan bawalah mereka melihat dunia luar.

Sumber: Zainurul Azwa Zakaria

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI