Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

Bertuah sungguh anak-anak penyanyi terkenal Tomok, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman kerana mendapat jemputan ke Istana Negara daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berita gembira ini disampaikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi twitter baginda, @cheminahsayang.

Ceritanya, isteri Tomok, Rahayu Abbas memuat naik video nyanyian ’Happy Birthday’ anak-anaknya untuk Yang di-Pertuan Agong di instagramnya.

Video pendek itu ditweet semula oleh pemilik akaun twitter, Saiful Hazimie. Dan tweet itu mendapat perhatian, Tunku Azizah yang tertarik dengan gelagat comel anak-anak Tomok ini.

 

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

Anak-anak Tomok Hairan Kenapa Esok Cuti

Ini cerita di sebalik perkongsian video Arrian dan Andra dalam akaun instagram Ayu Abas.

Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG….. Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah..
DAULAT TUANKU…

Cerita dia macam ni… semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh Arrian siapkan homework sekolah… then Andra tanya esok makan apa kat school (ni je attention dia pegi sekolah..)…so dibu cakapla esok no school.. CUTI.. and of course la dua-dua excited and tanya kenapa.

Borak-borak and cerita about Agong’s birthday… ingatkan adik tak tahu Agong tu apa… sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai-pandai…capai cita-cita… jangan asik main je okay…. dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u.”

IKLAN

 

View this post on Instagram

Junjung kasih KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG dan PERMAISURI AGONG…..Selamat menyambut hari keputeraan Tuanku Al Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.. DAULAT TUANKU… . . . Cerita dia macam ni…semalam lepas balik jalan-jalan dibu suruh arrian siapkan homework sekolah…then andra tanya esok makan apa kat school(ni je attention dia pegi sekolah..?)…so dibu cakapla esok no school..CUTI..and of course la dua2 excited and tanya kenapa…borak2 and cerita about Agong’s birthday…ingatkan adik tak tahu Agong tu apa…sekali terus nyanyi lagu Raja yang gembira ??‍♀️….so okla they know a little bit about our Malaysia….keep up a good work Arrian & Andra…..belajar pandai2…capai cita2…jangan asik main je okay….dibu & ayah always doakan and sayangggggg both of u ??????

A post shared by @ ayu_abas on

 

Nyanyian Birthday Anak-anak Tomok Dapat Perhatian Tunku Azizah

Video yang ditweet semula oleh Saiful ini kemudiannya ditag kepada akaun twitter @cheminahsayang. Yang mana itu, adalah akaun twitter Raja Permaisuri Agong. Baginda mencemar duli dengan menulis balasan tweeter itu, “Tuanku nak jemput ke istana.”

 

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

IKLAN

 

 

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

 

Tomok Tak Percaya Anak-anak Dapat Jemputan Ke Istana

Dan apabila tweet Saiful Hazimie sampai ke pengetahuan Tunku Azizah, Tomok seakan tidak percaya dengan jemputan yang diterimanya itu.

Sehingga Tomok memuat naik status bertanyakan kesahihan hal tersebut kepada followernya.

IKLAN

 

Rezeki Anak-anak Tomok, Dapat Jemputan Ke Istana Negara

 

Kata Tomok,

Ini betul-betul ke cobaan? jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara

Rata-rata follower Tomok mengucapkan tahniah kepada dua permata hati yang comel lagi bijak ini.

MW : Bertuah sungguh Arrian dan Andra ini. Bagus mak ayahnya didik anak-anak mereka. Arrian sendiri cukup dikenali kerana bijak dalam matapelajaran, malah fasih berbahasa Mandarin. Semoga membesar jadi anak yang membanggakan mak ayah ya sayang!

Sumber/Foto : Tomok, Ayu Abas, Saiful Hazimie

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI