Bagi isteri, cinta dan kasih sayangnya tetap pada suami dan keluarga. Dia serahkan seluruh hidupnya untuk lelaki yang dirasakan mampu boleh sehidup semati dan susah senang bersama. Bersyukurlah dan bertuah suami kerana isteri dapat menerima baik buruk kita.
Boleh dikatakan ada sesetengah suami yang mula tidak kisah terutamanya dari segi nafkah. Mentang-mentang isteri bekerja, diharapkan segalanya pada isteri. Malah, sebagai isteri, dia tak kisah, sekurangnya boleh meringankan beban suami. Itupun boleh dikatakan suami kena bersyukurlah dan bertuah punyai isteri yang tidak kisah semua itu.
Itulah yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin tentang suami yang patut bersyukur dan bertuah bila buka mata awal pagi, isteri masih ada di sisi dan melakukan kerja rumah dengan penuh ikhlas.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Isteri Marah Atau Gaduh, Jangan Bertempik Dan Panggil AKU KAU, Carilah Penyelesaian
Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku
Info Lebih Menarik DI SINI
Bersyukurlah Dan Bertuah, Isteri Masih Ada
Buat suami sekalian,
Bersyukurlah jika isteri yang dapat sebulan RM50 itu masih ada di sisi kita.
Suami patut bersyukur kerana isteri yang selalu menanggung perbelanjaan keluarga itu masih bersama kita
Begitu juga bila isteri selalu kita marah dan maki itu masih ada di depan kita, bersyukur.
Malah, kita patut bersyukur, jika isteri yang selalu kita curangi dan khianati itu masih bersabar dengan perangai kita.
Kenapa kita perlu bersyukur…?
Sebabnya dia masih mampu untuk meneruskan kehidupan berumah tangganya dengan kita, masih mampu untuk bertahan dalam hubungan yang penuh dengan tekanan.
Fikirkan Kalau Perempuan Lain…
Kalau perempuan lain yang menjadi isteri kita, mungkin sudah lama dia pergi meninggalkan kita.
Perempuan mana yang boleh cukup dengan 50 ringgit sebulan?
Masih ada perempuan yang boleh hadap kena marah, maki hamun setiap hari
Mana ada perempuan yang boleh bertahan kalau suami dia asyik curang dan khianati dia.
Tapi kita masih ada PEREMPUAN itu di sisi.
Oleh sebab itu jugalah, kita masih menjadi seorang suami pada hari ini. Ada saja pilihan yang lebih baik untuk dirinya tapi dia masih meletakkan harapan dalam hubungannya dengan kita.
Maka, bersyukurlah jika kita mempunyai seorang isteri yang masih boleh bertahan dengan orang seperti anda.
Tak semua lelaki yang BERTUAH seperti anda kerana mungkin bagi lelaki lain, mereka dah pun menduda disebabkan tingkah laku dan perangai mereka terhadap isteri.
Bila mereka menyesal, tiada apa-apa yang mampu mereka ubah kecuali diri mereka sendiri.
MW: Beruntunglah wahai suami.
Sumber: Firdaus Shakirin
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI