Buat majlis hari jadi anak di balai bomba, wanita kongsi cara nak mohon kebenaran.  Bila tiba hari lahir anak, mak-maklah yang paling teruja.Terfikir di mana mahu meraikan majlis kerana tarikh ini datang setahun sekali.

Tempat paling biasa mak-mak raikan di restoran makanan segera, kedai makan atau mana-mana lokasi yang difikirkan sesuai untuk mengumpulkan ahli keluarga.

Untuk mencipta kelainan dan kenangan bagi anak, satu perkongsian dari fb Ayu Suhana, ibu ini berkongsi cara bagaimana memohon kebenaran jika mahu mengadakan majlis hari jadi anak di balai bomba.

Mungkin kita terfikir tempat-tempat begini tidak boleh dimasuki orang awam tetapi sebenarnya ia boleh dilakukan dengan syarat memohon kebenaran. Baca perkongsian dari Ayu Suhana. Mana mak-mak yang nak cuba, untung-untung jumpa abam bomba hensem.

Buat Majlis Hari Jadi Anak Di Balai Bomba

Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

Bagaimana Cara Mengadakan Majlis Harijadi di Balai Bomba?

Neno..neno.. jadinya ramai bertanya macam mana Mama organize birthday anak-anak di balai bomba tempoh hari. Di sini dikongsikan panduan untuk rujukan bersama.

Wanita Kongsi Cara Nak Mohon Kebenaran

Info yang dikongsikan adalah melalui pengalaman sendiri, mungkin berbeza dengan yang lain. Namun kebiasaannya prosedur tidak jauh berbeza.

  1. Lokasi Balai Bomba

Yang pertama, pastikan terlebih dahulu lokasi balai bomba mana yang anda nak buat majlis. Telefon dulu bertanya sama ada balai tersebut membenarkan diadakan majlis harijadi. Janganlah dial 999. Kita bukan kecemasan, kita nak buat birthday je pun.

Boleh google nombor pejabat balai bomba yang kita maksudkan dan bercakap dengan pegawai yang berkenaan. Tanya tarikh yang available untuk  diadakan majlis harijadi anak anda. Percayakah anda ada balai yang dah fully booked sampai tahun depan? Pastikan anda membuat perancangan awal. Antara balai yang popular ialah Balai Bomba TTDI dan Sri Hartamas. Untung kami buat di Balai Bomba Cyberjaya sebab ada abam bomba influencer yang popular..hai abam Ijat.

  1. Step seterusnya kena buat permohonan. Tulis surat permohonan memohon kebenaran bagi mengadakan majlis di balai tersebut dan nyatakan butiran-butiran penting lain seperti tarikh, masa dan bilangan tetamu. Surat permohonan tersebut boleh di emel atau dihantar secara serahan tangan.
  2. Tunggu kelulusan. Tempoh menunggu kadang kala mengambil masa 1-2 minggu. Kalau masih belum menerima sebarang jawapan, boleh follow up tanya ya. Kena sentiasa beringat yang mereka bomba ya bukan event space.

Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

IKLAN

Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

4.Program aktiviti. Banyak aktiviti menarik yang abam bomba ada antaranya fire safety/ fire extinguisher demo, berpeluang menaiki fire truck pusing2 sambil siren dibunyikan (Mama paling excited yg ni!) dan jangan lupa remind tetamu anda untuk bawa tuala dan baju extra sebab aktiviti terakhir ialah mandi pili bomba. Dah macam waterpark. Budak-budak sukalah sangat yang ni..Splash..splash. Namun, semua aktiviti ini bergantung kepada keadaan. Sebab abam bomba sentiasa on standby. Sekiranya mereka ada operasi, mereka akan terus berkejar bertugas.

5. Sekiranya permohonan telah diluluskan, maka barulah kita start buat preparation. Bermula dengan buat invitation. Mama buat RSVP invitation guna Canva sahaja. Kemudian tempah makanan, pilih menu ringkas sebaiknya untuk mudah dikendalikan. Jangan lupa portion makanan utk abam-abam bomba yang ohsem tu ya.

Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

Katering favourite kami zaman-berzaman : Himawari Catering

Birthday Cake: Kek fire truck yang comel dari Zoora Cake Station.

IKLAN

Pillar Balloon: Cakewhat

Photographer: Anas Malek

Booth ice-cream: MamaCt IceCream

Banner: Shopee

Kostum bomba: Shopee

Helmet bomba untuk  semua kids: Shopee

Goodies Puzzle Fireman: Shopee

IKLAN

Meja kerusi kami sewa dari Shah Alam.

Banner birthday kami tempah tak letak nama, kosong sahaja. Jadi kalau sesiapa nak pinjam boleh roger ya. Kostum bomba nak pinjam pun boleh. Ada 7 pasang semuanya, anak sedara ramai.

  1. Caj Bayaran. Berapa caj yang dikenakan untuk event 3 jam ini? TIADA. Ya tiada sebarang bayaran dikenakan. Namun hulurlah sedikit saguhati selayaknya untuk abam-abam bomba yang sangatlah ohsem, sangat sporting, sangat mesra, sangat cool melayani anak-anak sepanjang majlis berlangsung.Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran Buat Majlis Hari Jadi  Anak Di Balai Bomba, Wanita Kongsi Cara  Nak Mohon Kebenaran

Sekian 6 tips dari Mama Firefighter. Harap membantu semua di luar sana..neno..neno.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:– [VIDEO] Hati Abam Bomba Viral Sudah Dimiliki, Di Rumah Auto Jadi Bapak-Bapak

Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!

Budak Istimewa Tersangkut Dalam Pengering Mesin Basuh, Bomba Ambil Masa 15 Minit

Dari Fantasi Ke Realiti! Ramai Wanita “Tak Jadi Minta Tolong” Abam Bomba Lepas Lihat Ini

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dalam kehidupan seharian seorang Muslimah, perlu disulami rasa cinta yang mendalam terhadap Al Quran.
Kiasan Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah ketika menyampaikan Tahsin & Selawat di Festival Ummah Mega Haflah: Bidadari Berselawat, Wanita Peneman Syurga, Semarak Cahaya Al Quran” sememangnya mempunyai mesej yang amat mendalam.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI