Perkara yang sering diungkitkan dalam sebuah perkahwinan tentulah dalam beri nafkah kepada isteri. Tak kiralah isteri itu sendiri bekerja atau surirumah sepenuh masa.

Beri nafkah ini adalah tanggungjawab dan wajib pada suami untuk berikan kepada isteri. Ada sesetengah suami merasakan tidak perlu memberi nafkah kerana isteri sudah bekerja dan ada yang gajinya lebih tinggi daripada suami.

Jangan berfikiran begitu. Tak kiralah isteri bekerja atau tidak, beri nafkah yang sepatutnya. Mungkin ada suami yang agak berkira-kira untuk beri nafkah sebab isteri bekerja, ada juga suami yang tidak kisah isteri bekerja da nnafkah tetap diberikan dan sebagainya.

Inilah yang dikongsikan oleh Insyirah Soleha tentang beberapa kumpulan lelaki yang dikatakan sebagai pelindung wanita. Mana satukah yang isteri-isteri mahukan.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jadilah Isteri Tidak Menyusahkan Suami Penuhi Kehendak, Mampu Beri Nafkah Dah Cukup Bahagia

Isteri Masih Mampu Di Sisi Walaupun Diberi Nafkah RM50, Bersyukurlah Dan Bertuah Suami

Info Lebih Menarik DI SINI

Beri Nafkah – Tanggungjawab Suami

Terdapat beberapa kumpulan lelaki yang boleh merasakan membei nafkah itu wajib buat isteri. Tapi, ada juga suami yang mengambil ringan tentang perkara ini.

IKLAN

Kumpulan Lelaki Pertama

Saya tak nak isteri bekerjaya. Isteri perlu duduk di rumah untuk melayani suami dan anak-anak. Meskipun belajar tinggi sekalipun, tempat isteri dalam rumah. Komitmen isteri banyak mana sekalipun, tugas isteri hanya di rumah. Titik.
Tapi dalam masa yang sama, suami tidak cakna keperluan emosi dan fizikal isteri. Suami sering keluar rumah untuk berekreasi dengan kawan-kawan, setiap hari mengopi selepas balik pejabat, hujung minggu bersambung lagi agenda lain dengan kawan-kawan.
Keperluan emosi dan fizikal isteri tak penting, isteri tugasnya hanya duduk di rumah dan melayani anak-anak sebab ibu kan madrasah, jadi cukuplah hanya ibu yang peduli pelajaran anak-anak. Bapa tugasnya cari nafkah, titik. Nak cari nafkah dan dalam masa sama perlu ruang bersendiri bersama kawan-kawan, anak-anak tak apa sebab ada isteri yang jaga.
Akhirnya, isteri yang belajar tinggi, ceria, cantik rupawan jadi kemurungan dan hilang rasa sayang diri sendiri. Setiap hari otaknya memikirkan keperluan suami dan anak-anak, hidupnya dipersembahkan hanya untuk memenuhi keperluan orang lain dan emosinya sering luka berdarah. Lama-lama, tiada rasa sayang pada diri sendiri.
“Awak ni jaga lah diri sikit.”
Sentap pula bila orang lain tegur. Jaga diri pada maksud fizikal atau emosi? Kalau minta jaga emosi, orang yang bercakap seharusnya terlebih dahulu berhati-hati kerana dah calarkan emosi.

Kumpulan Lelaki Kedua

Saya nak isteri yang bekerja sepenuh masa dan tak mahu isteri jadi surirumah tangga sebab saya tengok kawan-kawan lain yang isterinya surirumah asyik mengongkong suami. Suami selalu pening bajet itu ini tak pernah cukup. Belum lagi isteri minta elaun tambahan.
Lagipun kalau isteri bekerja, senang nak buat pinjaman. Boleh sama-sama bayar rumah, kereta dan pengasuh anak. Iyalah kan isteri dah ada duit sendiri hasil pekerjaan, jadi kenapa suami seorang sahaja yang perlu keluarkan duit.

Nak pula isteri bekerja dengan izin suami jadi duit gaji isteri tu tetaplah suami punya hak. Tak gitu?

Kumpulan Lelaki Ketiga

Suami yang ikutlah isterinya nak bekerja atau duduk rumah. Kalau bekerja, dia tetap juga beri nafkah dan melunasi keperluan rumahtangga. Tak kisahlah isterinya gaji banyak mana. Kalau isterinya surirumah, dia tetap juga beri nafkah dan melunasi keperluan rumahtangga mengikut kadar kemampuan yang ada.
Ada rezeki makan daging harimau menangis, dia menangis menjamah daging harimau sama-sama keluarga.
Bila ada rezeki makan nasi lemak RM1 sebungkus pun dia bahagia asal boleh makan dan kenyang.

Bukanlah Sempurna

Tak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanya ada dalam Syurga. Tapi, Allah pesan awal-awal, lelaki adalah pelindung kepada wanita. Allah juga beritahu, wanita adalah qurratu ain kepada lelaki.

Dua-dua pihak pun layak untuk bahagia, bila neraca agama jadi asas dalam rumahtangga.

Berlemah lembut dalam perbuatan atau perkataan.

Ada pasangan, dia jadikan maki hamun macam makanan, macam mana nak rasa kasih sayang kalau di bibir sentiasa terbit bahasa yang kasar dan kotor?

IKLAN

Malah, ada pasangan, dia jadikan tangan dan kaki sebagai alasan untuk mendidik pasangan, macammana nak rasa kasih sayang kalau tiada pelukan fizikal?

Kejayaan Sebuah Perkahwinan

Perkahwinan yang berjaya, memerlukan anda jatuh cinta berkali-kali tetapi pada orang yang sama!
.
Kalau dahulu boleh mengorat untuk ambil hati, belajarlah mengorat semula untuk menawan hati.

Ummu Amir,
Be kind. Always.

MW: Moga bermanfaat untuk suami isteri. Paling penting, jadilah kumpulan lelaki ketiga dala mmencari sebuah kebahagiaan dalam rumahtangga.

IKLAN

Sumber: Insyirah Soleha

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI