Konflik rumahtangga pelakon dan usahawan Fizo Omar, 34 dan Mawar Abdul Karim, 30 akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, hari ini.

Menurut Mawar dirinya reda perkahwinan yang dibina bersama pelakon Fizo Omar berakhir dengan perceraian setelah berusaha selama enam tahun untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi membaiki rumah tangga mereka.

Usaha Selamatkan Perkahwinan

Mawar berkata, sebagai wanita dia amat menyayangi rumah tangga yang dibina dan kedua-dua pihak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut.

“Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini.

“Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga,” katanya.

“Saya Korbankan Kasih Sayang Demi Kebahagiaan Fizo Dan Keluarga,” Mawar

IKLAN

Masih Menyayangi Fizo

Mengulas mengenai kesudian memberikan peluang kedua terhadap Fizo, Mawar menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi pelakon itu.Namun katanya, masih terlalu awal untuk mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Saya enggan komen lanjut. Fizo seorang abang dan anak yang baik kepada keluarga,” ulasnya ringkas.

Tak Rebut Hak Penjagaan Anak

Dalam pada itu, Fizo tidak merancang untuk merebut hak penjagaan anak dan berjanji tidak akan memisahkan kasih sayang antara seorang anak dan ibu.

“Hak penjagaan anak saya serahkan kepada Mawar. Saya tidak akan pisahkan mereka,” tuturnya.

IKLAN

Tambah Fizo mereka bersedia untuk menjadi pasangan ibu bapa yang terbaik untuk anak mereka Wan Maryam berusia dua tahun.Fizo dan Mawar disatukan pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam setelah 4 tahun berkahwin.

“Saya Korbankan Kasih Sayang Demi Kebahagiaan Fizo Dan Keluarga,” Mawar

Cerai Talak Satu

Terdahulu,Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan terhadap Mawar Abdul Karim, 30, sebagai plaintif melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Permohonan cerai itu dibuat Mawar mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu. Suasana mahkamah bertukar sedih apabila Fizo dan Mawar saling bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri.

IKLAN

Che Abdullah kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Selangor dan sijil nikah dibatalkan.

Masalah Keluarga Jadi Punca

Ketika prosiding, Che Abdulllah bertanya adakah Fizo bersetuju untuk menceraikan isterinya dan pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.

MW:Kita tak tahu masalah sebenar yang mereka hadapi, jika perpisahan adalah jalan yang terbaik doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.

Baca Disini:
“Bila Kurangnya Komunikasi ‘Benda Kecil’ Pun Akan Menjadi Besar,” Mawar Karim

Sumber: Hmetro, kosmo

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI