Ads

Hari Konvokesyen Bertukar Jadi Detik Pilu, Ibu ‘Pergi’ Dulu Sebelum Garduan Ini Terima Anugerah Naib Canselor

Hari Konvokesyen
Hari Konvokesyen

Hari konvokesyen seorang graduan menjadi suasana pilu apabila arwah ibunya tidak sempat raikan kejayaannya namun sepasang kasut dan pakaian yang disediakan ratu hatinya menjadi saksi kecemerlangannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hari Konvokesyen Bertukar Jadi Detik Pilu

Hari Konvokesyen Bertukar Jadi Detik Pilu, Ibu 'Pergi' Dulu Sebelum Garduan Ini Terima Anugerah Naib Canselor

Detik bersejarah itu dilalui dengan linangan air mata oleh graduan, Norhamizah Afiqah Shaharil, 25, selepas ibunya, Norhashimah Md Yasin, 51, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser usus pada 6 Oktober lalu.

Lebih menyedihkan, graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Dalaman dari Fakulti Alam Bina itu tidak sempat meraikan kejayaan merangkul Anugerah Naib Canselor (ANC) bersama insan tercinta itu.

Menurut Norhamizah, hari konvokesyen yang sepatutnya menjadi momen paling bermakna buat mereka sekeluarga bertukar pilu, namun dia tetap gagah menaiki pentas demi menghadiahkan anugerah tertinggi itu buat arwah ibunya.

Dia berkata, sejak pertama kali menjejakkan kaki ke UiTM, dia memasang impian untuk menggenggam ANC sebagai kemuncak perjalanan akademiknya.

Ads

Ibu ‘Pergi’ Dulu Sebelum Garduan Ini Terima Anugerah Naib Canselor

Hari Konvokesyen Bertukar Jadi Detik Pilu, Ibu 'Pergi' Dulu Sebelum Garduan Ini Terima Anugerah Naib Canselor

Namun, ketika berada pada semester ketujuh yang juga semester terakhir pengajian, kehidupannya berubah sekelip mata apabila ibunya yang sebelum itu sihat tanpa sebarang gejala disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

“Ketika itu, doktor menjangkakan mama hanya mempunyai tempoh hayat sekitar dua bulan.

“Mama seorang yang sangat kuat dan positif. Walaupun doktor beritahu berhubung jangka hayatnya, mama tetap percaya keajaiban diberikan Allah SWT,” katanya pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105.

Ads

Hari Konvokesyen Bertukar Jadi Detik Pilu, Ibu 'Pergi' Dulu Sebelum Garduan Ini Terima Anugerah Naib Canselor

Dia berkata, selepas ibunya disahkan menghidap kanser usus, gadis itu meneruskan pengajian dalam keadaan hati yang tidak tenang malah, pernah berfikir untuk berhenti untuk menumpukan perhatian terhadap ibunya.

“Pada September lalu, keadaan kesihatan mama semakin merosot sehingga terlantar dan tidak lagi mampu bangun seperti biasa.

“Buat pertama kali, saya dengar mama cakap, ‘Mama dah tak kuat’ sedangkan selama ini, mama seorang yang sangat kuat,” katanya.

Sejurus mengetahui Norhamizah berjaya memperoleh ANC, ibunya menjadi antara insan paling gembira dan sempat membelikan pakaian serta kasut buatnya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Namun begitu, walau ibunya tidak sempat menyaksikan hari konvokesyen sebenar, Norhamizah tetap bersyukur kerana arwah sempat melihatnya menyarung jubah konvokesyen dan mereka merakam gambar pra-konvokesyen bersama.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Zahirah MacWilson

Zahirah MacWilson Mohon Maaf Selepas Hantaran Cetus Kontroversi Berkaitan Agama Kristian

Zahirah MacWilson memohon maaf selepas hantaran media sosialnya mencetuskan reaksi berhubung sensitiviti agama. Ini penjelasan beliau.