
Debaran menuju pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 semakin terasa apabila senarai rasmi turutan persembahan bagi 11 negara peserta diumumkan. Menariknya, penyanyi Malaysia, Aina Abdul bakal menjadi peserta terakhir yang membuat persembahan menerusi lagu Bluest Sky.
Penampilan Aina Abdul di urutan ke-11 pastinya menjadi antara momen yang dinantikan peminat muzik tempatan apabila beliau membawa nama Malaysia ke pentas pertandingan muzik antarabangsa itu.
Baca artikel: Konsert ‘Aina Abdul Imaji Tour’ naik taraf ‘fully seated’. Hadiah eksklusif untuk peminat
Pertandingan berkenaan dijadual berlangsung pada Sabtu, 14 November 2026 di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand. Sebanyak 11 peserta dari seluruh Asia bakal mempertaruhkan karya masing-masing bagi merebut trofi sulung Eurovision Song Contest Asia.
Aina Abdul Tutup Senarai Persembahan Dengan Bluest Sky

Menerusi pengumuman rasmi, Aina Abdul mendapat giliran persembahan terakhir, sekali gus menjadi wakil Malaysia yang menutup senarai persembahan pada malam pertandingan.
Lagu Bluest Sky bakal menjadi taruhan penyanyi itu untuk memperkenalkan karya dan identiti muziknya kepada penonton dari seluruh Asia.
Turutan persembahan rasmi bagi kesemua 11 negara adalah seperti berikut:
- Vietnam: Tóc Tiên – EM TIÊN
- Kemboja: Monetrey – I Let You Go
- Laos: Thinla – BAE
- Mongolia: Beck – Chamguigeer (Without You)
- Bhutan: Nyendra – Lhayi Semo
- Filipina: CARMELLE – Sobra-Sobra
- Bangladesh: Beatmosphere – Tumi Ele
- Thailand: MANG x DAOU – Aroma
- Korea Selatan: JUNHEE – DEEP DIVE
- Nepal: Pratik Himal Rai – Ananta Maya
- Malaysia: Aina Abdul – Bluest Sky
11 Negara, 11 Identiti Muzik Berbeza

Eurovision Song Contest Asia 2026 menghimpunkan peserta dengan latar belakang dan identiti muzik yang pelbagai.
Barisan artis yang mengambil bahagian merangkumi penyanyi solo, duo serta kumpulan a cappella dan beatbox. Genre yang diketengahkan juga cukup berwarna-warni, termasuk pop, R&B, balada, muzik rakyat, tradisional dan gabungan elemen kontemporari.
Kepelbagaian ini menjadikan pertandingan tersebut sebagai ruang untuk setiap negara memperkenalkan warna muzik masing-masing kepada khalayak serantau.
Pengumuman turutan persembahan turut mendapat perhatian pengguna media sosial, khususnya peminat yang tidak sabar menantikan kemunculan Aina Abdul di pentas antarabangsa.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah, “Save the best for the last. Aina Abdul of Malaysia.”
Seorang lagi pengguna turut meluahkan keterujaan untuk menyaksikan persembahan penyanyi itu bersama lagu Bluest Sky.
Bila Aina Abdul Bakal Gegarkan Pentas Eurovision Asia?
View this post on Instagram
Persoalan mengenai kejutan yang bakal dibawakan Aina Abdul menerusi Bluest Sky pastinya menjadi antara perkara yang ingin diketahui peminat.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimana beliau bakal menghidupkan pentas? Apakah konsep persembahan yang akan ditampilkan untuk mewakili Malaysia?
Segala-galanya bakal terjawab pada 14 November 2026.
Buat peminat yang ingin menyaksikan perjalanan Aina Abdul membawa nama Malaysia di Eurovision Song Contest Asia 2026, pertandingan itu boleh ditonton secara langsung menerusi TV3 atau distrim melalui Tonton pada Sabtu, 14 November ini, jam 9.30 malam.
Kini, perhatian pastinya tertumpu kepada wakil Malaysia yang bakal menutup tirai persembahan dengan lagu Bluest Sky. Semoga pentas antarabangsa ini menjadi satu lagi ruang untuk bakat muzik tempatan mendapat perhatian lebih luas.
Baca juga artikel: Bangga Kejayaan AINA ABDUL “Well Deserved! Teruskan Berkarya, Terus Cemerlang! Fly High!”

download sekarang!
