Demi memudahkan urusan seharian anak sulungnya, usahawan terkenal Datin Seri Shahida bersama suaminya Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak lelaki mereka, Ammar Ahyan.
Menurut Shahida, 40, pemberian bernilai kira-kira RM350,000 itu bukan sekadar hadiah mewah, tetapi juga satu kemudahan penting untuk kegunaan harian Ammar, khususnya bagi memudahkan perjalanan ke kolej. Katanya, niat mereka hanyalah untuk memudahkan urusan anak sulung itu dalam menempuh fasa dewasa.
Kejutan Porsche 718 Cayman Buat Ammar Ahyan
“Mama dan papa dah lama sebenarnya nak belikan kereta untuk Ammar. Dia pun dah besar dan ada lesen memandu. Senang nak pergi kolej. Ammar ini tak meminta pun, dia cuma kata janji ada kereta dah cukup,” ujar Shahida menerusi video di TikTok yang kini tular.
Ads
Beliau turut berkongsi momen manis ketika mengejutkan Ammar dengan kehadiran Porsche 718 Cayman tersebut. Reaksi teruja anak sulungnya itu jelas terpancar sebaik melihat kereta idaman itu berada di hadapan mata.
Hadiah Mewah Disertai Pesanan Bermakna
“Patutnya kereta ini sampai awal, tapi ada sedikit ‘delay’. Kami rahsiakan sebab nak buat kejutan. Nampak dia terkejut dan gembira bila nampak kereta baharu itu. Insya-Allah, rezeki akan datang juga untuk anak-anak mama yang lain bila tiba masanya,” katanya penuh kasih.
Namun di sebalik hadiah mewah itu, Datin Seri Shahida tidak lupa menitipkan pesanan bermakna buat Ammar agar tidak hanyut dengan kemewahan dunia.
Ads
“Untuk Ammar Ahyan, mama dengan papa nak pesan. dah ada kereta jangan lupa diri. Solat jangan tinggal, jangan riak, dan sentiasa tunduk ke bumi. Ingat, Allah boleh tarik bila-bila masa kalau kita tak bersyukur.”
Reaksi Ammar Ahyan Dan Sokongan Keluarga
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Ammar dilihat begitu teruja memandu Porsche 718 Cayman miliknya di pekarangan rumah mereka. Ramai warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga Ammar terus berjaya dan menjadi anak yang soleh.
Ads
Selain Ammar, pasangan usahawan ini turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. Mereka sering menjadi perhatian ramai kerana keakraban serta kasih sayang yang jelas terpancar dalam keluarga ini.
Hadiah Porsche 718 Cayman ini bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi tanda kasih dan kepercayaan ibu bapa terhadap anak sulung yang kini melangkah ke alam dewasa dengan penuh tanggungjawab.
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, disyaki terlibat dalam kes kematian seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun, dalam kejadian di Kampung Rampangi, Santubong, di sini, Selasa lepas.
Kanak-kanak Perempuan Maut Didera
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata laporan berhubung kejadian itu diterima semalam (Rabu), daripada seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun.
“Pengadu menyatakan beliau telah dimaklumkan oleh kawannya bahawa anak perempuannya telah meninggal dunia pada Selasa kira-kira 9.45 malam. Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah didera sehingga mati.
Lelaki Positif Dadah Ditahan
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menahan suspek di kawasan Kampung Krian, Jalan Padawan pada 11 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Alexson berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, serta tidak kurang daripada 12 kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Alexson turut menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan.
Beliau turut menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian dengan menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching menerusi talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Chris Olsen Ramlee menerusi talian 013-8607572 bagi membantu siasatan.
“Kami sanggup jual buah pinggang.” Supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak yang kelaparan.
Ternyata begitu sekali pengorbanan yang dilakukan mak ayah di Afganistan demi meneruskan kelangsungan hidup. Mereka sanggup memperjudikan nyawa sendiri demi keluarga.
Kami Sanggup Jual Buah Pinggang
Krisis kemanusiaan yang berpanjangan di Afghanistan menyebabkan penduduknya mengalami pelbagai masalah sejak Taliban merampas kuasa terutamanya isu kelaparan, lapor laman berita Wion News kelmarin.
Menurut laporan, beberapa penduduk di wilayah Herat terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli makanan buat keluarga mereka.
Penduduk di daerah Injil dilaporkan menjual buah pinggang mereka di pasaran gelap demi sedikit wang bagi mengatasi kelaparan yang dialami, demikian menurut laporan agensi berita TOLO News.
Supaya Dapat Membeli Makanan
“Kami menjual buah pinggang sekiranya ada yang sanggup membelinya supaya dapat membeli makanan untuk anak-anak kami,’’ jelas seorang penduduk setempat.
Kanak-kanak dan wanita turut dilaporkan bertindak menjual buah pinggang mereka.
Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan lain demi kelangsungan hidup walaupun tindakan menjual organ adalah dilarang menurut undang-undang negara itu.
Untuk Anak-Anak
“Kami gembira keadaan keselamatan adalah baik tetapi harga agak tinggi di negara ini,’’ jelas seorang penduduk lain kepada TOLO News.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, Liz Trus mengulas mengenai perkara tersebut dan berkata bahawa ia sangat membimbangkan.
“Kami sedang bekerja keras untuk membawa penduduk keluar dari Afghanistan dengan menggunakan pelbagai laluan. Kami turut menjalankan bantuan kemanusiaan tambahan ke Afghanistan,’’ jelas beliau. – Agensi
Siapa sangka tanpa bersandarkan barisan pelakon popular, jalan cerita yang simple, namun sarat dengan pengajaran dalam tawa, filem pertama arahan YouTuber, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM)mencatat rekod tersendiri apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM4 juta dalam tempoh lapan hari ditayangkan.
Namun disebalik kejayaan tersebut pastinya ada pahit getir yang perlu dilalui pengarah ini dalam menghasilkan karya tersendiri. Pendirian “Kita Lain, Mereka Sama” dan berani mempertaruhkan golongan istimewa sebagai antara barisan pelakon utama, sekaligus membuktikan karya mereka memang luarbiasa dan berbeza daripada yang lain.
Berikut antara momen belakang tabir disebalik pembikinan filem ini yang dikongsikan oleh isteri Pengarah Mael Totey The Movie, Puan Anissa Faizul;
“KITA LAIN, MEREKA SAMA”
Ayat ni paling tepat dengan Mael Totey The Movie sekarang. First time dengar ayat ni, Nissa masih belum paham apa maksud sebenarnya sebab Nissa memang tak ganggu lansung bosMi buat skrip. Tanya pun tak, jeling-jeling skrip pun tak sebab Nissa paham bosMi bila dia berkarya memang sign “DO NOT DISTURB” akan menyala.
Tapi, semasa sesi penggambaran bermula kat situ barulah Nissa nampak apa yang jelas pada “Kita Lain, Mereka Sama”.
– Disaat orang mencari bintang (terkenal), kami pula mencipta bintang.
Ayat ni sesuai untuk semua pelakon under Syahmi Sazli Production terutama empat orang yang betul-betul istimewa (Nissa lebih suka panggil istimewa berbanding OKU) Empat tahun lepas kami bermula dari Youtube & mencari siapa yang sudi berlakon di bawah arahan seorang lelaki yang berjiwa besar.
Isu yang terjadi sekarang : isu kritik dari sahabat-sahabat 1 platform, isu tumpang populariti, isu berat sebelah, isu tak hargai, semua itu dah kami lalui empat tahun lepas. Dan sekarang, kami sudah melangkah teramat jauh dengan berbekalkan satu sahaja ; “Allah swt”
Tidak akan terjadi, andai Allah swt tidak izinkan. Semua terjadi disebabkan Allah swt yang izinkan
Buat sahabat semua, maaf andai kami tak pernah menyambut undangan sebelum ni. Maaf andai kami tak pernah memberi salam terlebih awal & maaf andai kami terlampau jauh meninggalkan kamu. Tapi ketahuilah, apa yang kami buat sekarang, adalah untuk “Kita Lain, Mereka Sama”
Doakan.
Info Ekstra!
Mael Totey The Movie merupakan karya sulung Syahmi dalam bentuk filem. Selain Syahmi sebagai watak utama, MTTM masih mengekalkan bintang YouTube iaitu Asif dan Yoe Parey.
Mael Totey The Movie mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.
Banyak kisah pengajaran yang dikongsikan namun dalam cara yang cukup santai dan lawak yang tersendiri.