
Baru-baru ini tular satu video CCTV di media sosial menunjukkan tindakan biadap seorang lelaki pukul kepala peniaga wanita menggunakan kasut. Sangat melampau dan ramai yang rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
Pelanggan Lelaki Pukul Kepala Peniaga Wanita Guna Kasut

Kejadian mengejutkan ini berlaku di sebuah gerai kawasan Sungai Pelek, Sepang ‘memancing’ kemarahan warganet yang melihat tindakan pelanggan yang panas baran itu.
Menerusi rakaman di Facebook Kelab Info Malaysia, lelaki terbabit pada mulanya menghampiri gerai jualan air kelapa dan pisang goreng. Dia kelihatan bertanya sesuatu pasal air kelapa dekat peniaga bertudung hijau tersebut sebelum tiba-tiba meninggikan suara.
Masa peniaga tu datang mendekat, lelaki berkenaan terus capai kasut dan melibas kepala mangsa sebanyak dua kali. Wanita tersebut nampak terkejut dan terus cuba buat panggilan telefon, manakala lelaki tu selamba berjalan meninggalkan tempat kejadian.
Ini Pun Keganasan Terhadap Wanita!

Kalau tengok situasi yang berlaku, ini sudah termasuk keganasan terhadap wanita. Istilah Customer Is Always Right pun sudah macam tidak sesuai digunakan sebab ada juga kes pelanggan yang tidak betul caranya.
Jadi manusia biar ada common sense. Sepatutnya bila berdepan dengan manusia, kita kena belajar toleransi, jangan bertindak seolah-olah kita sahaja betul dan orang lain salah.
Ya, mungkin ada sikap peniaga jenis jawab soalan acuh tak acuh dan buat muka ‘kelat’. Tetapi itu bukan tiket untuk kita melayan orang lain dengan kasar sampai memukul.

Setakat ini identiti kedua-dua individu serta punca sebenar perselisihan faham itu masih belum diketahui. Namun, tindakan lelaki terbabit yang mengasari peniaga wanita semasa sedang mencari rezeki dianggap sangat tidak masuk akal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah dan melabel lelaki tersebut sebagai biadap serta dayus. Orang ramai turut mendesak supaya laporan polis dibuat segera agar suspek dapat ditangkap dengan cepat.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai siasatan kes berkenaan. Sama-sama kita tunggu perkembangan lanjut dan berharap keadilan berpihak kepada peniaga wanita tersebut.
Wanita Kena Bertindak

Di Malaysia, hukuman terhadap pelaku keganasan terhadap wanita (termasuk keganasan rumah tangga dan gangguan) tertakluk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT) yang dibaca bersama Kanun Keseksaan serta Akta Anti Gangguan Seksual 2022.
Anda mungkin berminat dengan
Jadi jangan berdiam diri jika anda atau seseorang yang anda kenali berdepan situasi ini, boleh mengubungi talian bantuan Talian Kasih 15999 atau PDRM segera.
Sekadar info, 25 November adalah sambutan Hari Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Antarabangsa sebagai peringatan kepada semua untuk menghentikan penderaan terhadap wanita serta mewujudkan persekitaran yang selamat buat wanita teraniaya.
Ayuh kita bersama berusaha untuk mencegah sebarang bentuk keganasan terhadap wanita-wanita!
Kredit poster: statsmalaysia

download sekarang!
