
Pelakon Zahirah MacWilson memohon maaf selepas hantaran media sosialnya mencetuskan perhatian dan reaksi pengguna berhubung sensitiviti agama Kristian.
Zahirah, 31, menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan atau menyakiti kepercayaan mana-mana pihak. Malah, hantaran berkenaan juga sudah dipadamkan bagi mengelakkan timbul lebih banyak spekulasi.
Baca artikel: Zahirah MacWilson Masih Sesuaikan Diri Dengan Penampilan, Sedang Mencuba & Belum Sempurna
Menerusi Instagram Story, pelakon itu menyampaikan permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin terasa dengan perkongsiannya sebelum ini.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada menyinggung perasaan sesiapa. Saya telah menurunkan hantaran tersebut tidak lama kemudian supaya tidak menyebabkan lebih banyak andaian yang salah.
“Tidak pernah terdetik dalam hati saya untuk menyakiti kepercayaan sesiapa,” katanya.
View this post on Instagram
Zahirah MacWilson Jelaskan Tujuan Hantaran
Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, pelakon Good Boys Go To Heaven itu berkata dia masih dalam proses mendalami ilmu agama dan membuat rujukan sendiri, termasuk mengenai kepercayaan lain.
Menurut Zahirah MacWilson, hantaran yang dibuat sebelum ini merupakan satu persoalan berdasarkan perkara yang dibaca dan diperhatikannya.

“Saya masih dalam proses belajar tentang agama dan kepercayaan. Sejak itu, saya telah melakukan penyelidikan bukan sahaja terhadap agama saya, tetapi juga kepercayaan lain.
“Saya mendapati ia agak pelik apabila fakta yang saya baca bercanggah dengan apa yang saya perhatikan.
“Tujuan hantaran tersebut bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya hanya untuk meluahkan pemahaman saya yang bersifat ingin tahu,” jelasnya.
Penjelasan itu diberikan selepas hantaran berkenaan menerima reaksi pengguna media sosial yang menyifatkannya sebagai tidak menghormati sensitiviti masyarakat, khususnya berkaitan kepercayaan agama lain.
Tegaskan Kepentingan Menghormati Kepercayaan Orang Lain
Dalam perkongsian sama, Zahirah MacWilson turut menegaskan bahawa nilai yang dipelajarinya dalam Islam mengajar setiap individu supaya berlaku adil, berbuat baik dan menghormati sesama manusia.
“Islam telah mengajar saya untuk menjadi individu yang adil, baik hati, dan saksama serta tidak sesekali menghina orang lain,” katanya.
Terdahulu, Zahirah MacWilson mencetuskan perbincangan di media sosial selepas memuat naik hantaran yang mempersoalkan sambutan berkaitan ajaran kepercayaan agama lain.

Hantaran tersebut kemudiannya dipadamkan selepas menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Anda mungkin berminat dengan
Isu ini sekali lagi mengingatkan bahawa perbincangan mengenai agama dan kepercayaan memerlukan kepekaan serta rasa hormat terhadap masyarakat yang mempunyai latar belakang berbeza.
Dalam masa sama, ruang media sosial turut menuntut setiap pengguna supaya lebih berhati-hati ketika menyampaikan pandangan, khususnya apabila menyentuh perkara yang dekat dengan identiti dan pegangan seseorang.
Baca juga artikel: Zainol MacWilson Jadi Perhatian, Ibu Zahirah Dakwa Tinggalkan Keluarga Dengan Hutang & Curang
Sumber: Instagram

download sekarang!
