
Isi Kandungan
ToggleBiasanya kalau kita baca resipi meskipun ada dinyatakan suhu tertentu namun tetap ditulis ‘suhu bergantung pada kesesuaian oven sendiri’. Ini kerana meskipun mempunyai ketetapan suhu tertentu namun setiap oven tak sama dan mempunyai tahap kepanasan berbeza. Kita sendiri kena tahu ‘rentak’ oven sendiri, barulah resipi tersebut menjadi!
Baca perkongsian tip daripada Puan Siti Zaleha Omar untuk mendapatkan suhu oven yang tepat.
“Saya nak share tips sikit untuk yang baru beli oven baru atau yang tak dapat lagi rentak oven sendiri. Sebelum ni oven saya susah nak dapat suhu yang sesuai. Kalau mana-mana resepi yang ada, mesti tak boleh follow suhu di resepi..kena ikot rentak suhu sendiri.”
Haritu try oven thermometer..and yes.. Suhu oven saya memang tinggi.Dah ada benda ni, Alhamdulillah..dah boleh ejas suhu sendiri. Oven brand CORNEL.
Saya setkan Oven 150°, tapi temperature dalam oven 180° dah. Yang tak dapat lagi suhu oven tu, try beli oven thermometer ni..saya beli rm6.90 ja dekat shopee.
Step:
Masukkan oven temperature.
Setkan masa 15 minit dan suhu 150°
Siap nanti,try tgk suhu di oven thermoter.

Baca Lagi Di Sini:
Sebelum Nak Beli Oven, PENTING Ambil Tahu Jenis & Fungsinya Dulu!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang ada beli oven baru dan masih belum dapat ‘rentak’ suhu oven sendiri bolehlah cari oven thermometer ni untuk dapatkan suhu yang tetap.
Sumber: Siti Zaleha Omar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buah Betul-Betul ‘Fresh’, Beli Durian Pastikan Bahagian Tangkai Masih Lagi Bergetah!

Isi Kandungan
ToggleSekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.
Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.
Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.
Bila membeli durian:
1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.

2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.
3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.
4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.
5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.
6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.
7. Bagi yang professional kami akan;
A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.
B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.
C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.
D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.
Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.




Baca Lagi Di Sini :
Untunglah Penggemar Durian, Raja Buah Ni Rupa-rupanya Dapat Tenangkan Fikiran Dan Atasi Insomnia
Punyalah Banyak Khasiat Durian Belanda, Patutlah Ramai Yang Suka & Cari Buah Ini!
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.
Sumber: Ida Royani
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
IDEA Penyidai Tuala Bertingkat, Buat Sendiri Jimat Ruang!

Tempat penyidai tuala sangat diperlukan untuk menggantung tuala yang telah digunakan. Namun kebanyakannya tempat penyidai tuala yang dijual mempunyai ‘kaki’ dan memakan ruang rumah yang terhad.
Jika berhasrat nak buat penyidai tuala bertingkat dan jimat ruang di rumah boleh buat sendiri ikut idea kreatif yang dikongsikan ini.Memang cantik dan kemas hasilnya.
Apabila dibuat secara bertingkat di dinding, ia lebih jimat ruang dan tak memerlukan kawasan yang luas. Bahan asas penyidai tuala ini menggunakan lebihan kayu terpakai yang ada di rumah je serta boleh beli rod besi chrome di kedai hardware.
Ini yang dikongsikan oleh Tan Sri Dato Mexon sebagai rujukan;
“Tempat sidai tuala 4 beranak. Isteri bagi idea,kita tukang buat..ha tak payah banyak-banyak tempat. Jimat ruang rumah kecil.
- Saya pakai kayu lebih-lebih je, besi chrome beli dekat hardware/kedai besi.
- Beza antara selisih atas masing-masing saya buat 1 1/2 inci. (tapi nak cantik lagi better buat 2 inci).
- Kayu untuk letak di dinding saya tebuk. Tak berlubang sampai bawah dan kayu untuk letak rod tu saya pahatkan dan masukkan dalam lubang tadi.
- Supaya kedudukan kayu lebih kukuh, letak gam, skru lagi.
- Kemudian saya filler pakai wood filler, baru cat.Kalau tak nak pahat atau tebuk pun takpe, tapi tak pasti kekukuhannya ya.Atas kreativiti masing-masing.
- Saya tebuk pakai router dan rod tu saya isikan kayu sama padat (maaf takde gambar).Ni untuk tebuk lubang dan skru, supaya rod tak bergerak.
Tapi kalau takde masa nak buat sendiri, boleh juga beli je penyidai tuala ‘stainless steel’ di shopee. Lebih mudah.
Moga perkongsian ni bermanfaat. Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!
Mingguan Wanita:Menarik juga idea penyidai tuala bertingkat ni. Buat sendiri memang puas hati malah menjimatkan ruang rumah yang kecil.
Sumber:Tan Sri Dato Mexon
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

Isi Kandungan
ToggleSeronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
Mudah je boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ahalinda Darjan ini.
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.
Sedikit Penerangan :
- Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
- Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
- Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
- Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.
- Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.
- Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.
- Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.
- Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.
- Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.
- Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.
- Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.
- Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.

- Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Ahalinda Darjan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI