Sekarang dah bermula musim durian. Merata jalan peniaga menjual buah durian dengan harga yang boleh tahan mahalnya. Bagi kita yang tak biasa atau kurang pengalaman beli buah durian, memang rugi kalau dapat buah yang tak ‘fresh’ dan tak berkualiti.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk pilih buah durian yang elok.Salah satu tip asas dapat menentukan buah durian tersebut masih ‘fresh’ atau tidak boleh lihat pada tompok di tangkai buah tersebut. Pastikan bahagian tangkai durian masih lagi bergetah, barulah ia fresh.

Tip pilih durian yang dikongsikan sendiri oleh anak tokey dan pemilik dusun durian sendiri iaitu Puan Ida Royani boleh dijadikan rujukan.

Sedikit ilmu untuk yang tak biasa dan kurang pengalaman beli durian. Ilmu ni belajar daripada pengalaman hidup. Sebab cheq memang anak tokey dan pemilik dusun durian daripada durian kampung hingga ke variety yang baru.

Bila membeli durian:

1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. Kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa berlendir menandakan buah betul-betul fresh.

Baru luruh, bahagian tampuk tangkai masih berlendir. Saya tak potong, dapat rasa menggerutu kat tangkai.

2. Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semakin mengecut dan mengecil menandakan buah semakin kurang kualiti.

3. Pilih buah yang tidak pecah bontot. Buah yang baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. Ketika ini rekahan bentuk line di setiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. Kualiti tempoyak je.

4. Jika suka rasa yang lemak manis-manis, pilih duri pendek dan sekata.

5. Jika suka yang jenis manis melenting tetapi ada rasa pahit sedikit, pilih duri yang melengkung sedikit. Biasa berduri panjang seinci.

6. Untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. Cium setiap pangsa buah yang masak. Ada bau daripada setiap pangsa. Ni paling mudah.

7. Bagi yang professional kami akan;

A. Goncang Buah
Buah masak elok terasa ada gegar.

B. Teknik Menggaru Buah
Buah yang masak elok ada bunyi lompong. Manakala buah yang muda bunyi padat.

IKLAN

C. Durian Bukit
Durian bukit berbeza dengan durian kampung daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih) tekstur isi, ketebalan isi dan bentuk duri.Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.

D. Tentukan Jenis Warna Isi Durian
Di bahagian tangkai tu kikis. Ada beza warna pada kulit ari durian. Bila kikis sikit dengan kuku boleh tengok kulit ari durian. Ada yang hijau, ada yang coklat. Coklat pun banyak jenis sebb berbeza warna isi. Jika kulit ari kuning, isi juga kuning. Jika dikikis kulit tebal, isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang Macam tembaga.

Sedikit coretan ilmu dan tip pilih durian daripada seorang anak kebun. Sekadar berkongsi ilmu sahaja.Sebab kesian beli mahal-mahal tapi buruk. Yang menjual tu diaorang bukan pemilik kebun, sebab tu mereka kejar untung.

Bentuk sebegini maksimum isi setiap pangsa hanya 2. Biasanya hanya seulas. Duri pendek, jarak antara duri sekata dan jauh. Ciri-ciri durian bukit.
Ni contoh variety color durian bukit sahom, ditanam oleh moyang saya. Pokok lebih 100 tahun.
Ni Berat 2.5-3.3 kg. Pilih bentuk bulat-bulat untuk maximum isi.
Keluarga saya kalau jual memang longgok macam ni. Ni contoh RM50 je selonggok. Tahun lepas berat setiap biji ni 2.8-3.3 kg. Saya yang timbang.

Baca Lagi Di Sini :
Untunglah Penggemar Durian, Raja Buah Ni Rupa-rupanya Dapat Tenangkan Fikiran Dan Atasi Insomnia

Punyalah Banyak Khasiat Durian Belanda, Patutlah Ramai Yang Suka & Cari Buah Ini!

Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip pilih durian ini bermanfaat. Jadi bila nak beli durian tu, tip asas pastikan pilih tangkai yang bergetah barulah buahnya fresh, baru luruh.Tak laa rugi beli mahal-mahal tapi buah duriannya dah tak elok.

Sumber: Ida Royani

IKLAN

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.

Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

IKLAN

JOM JAHIT BAJU KURUNG. BUAT DUIT JAHIT DI RUMAH
Orang kata kalau pandai jahit baju kurung, maka nak jahit pelbagai jenis baju lain akan jadi lebih mudah. Kursus dijalankan dalam dua pilihan tarikh iaitu 7 & 8 Ogos 2021 (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/ )

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita