Dinding yang berkulat sebab lembapan  hingga menyebabkan cat mengelupas bukan sahaja sakit mata memandang, malah boleh membahayakan kesihatan diri jika dibiarkan begitu sahaja. Jika di rumah ada kesan lembapan air pada dinding sehingga menyebabkan berkulat dan cat mengelupas, sebenarnya kita boleh baiki sendiri sahaja. Tak mengeluarkan kos yang besar pun, dinding kembali kering dan berkesan untuk beberapa  tahun.

Ikut idea DIY yang dikongsikan oleh Encik Ezanee Kamaruddin ini memang jimat bajet malah berkesan dalam mengatasi masalah dinding lembap ini.

DIY: Repair Dinding Lembap Mengelupas Menggunakan Pentens Dr. Wall

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding. Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Produk ini agak berkesan dinding tersebut kekal kering.

Produk Pentens Dr. Wall ini saya beli online di Shopee – RM29.60 termasuk delivery.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Bekas ni 1kg tapi tak pasti boleh coverage untuk berapa m2 dinding.

Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah.

Boleh rujuk gambar dan video hasil kerja saya seorang DIY yang amateur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim. Mohon tunjuk ajar dari pakar-pakar dalam group ini untuk hasil kerja lebih kemas dan professional.

Notes: Cara terbaik untuk repair masalah lembapan kena cari punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untuk beberapa tahun & pocket friendly.

Updates: Ada yang comment lepas apply product Dr Wall, apply satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan. Info yang manfaat boleh cuba.

IKLAN

Berikut cara-caranya:

Sebelum

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

1. Pertama sekali, kikis cat mengelupas terlebih dahulu.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

2. Kemudian, sapu Dr Wall dan biarkan kering.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

IKLAN

3. Kemudian Sapu ‘Skim Coat’. Saya pakai ‘Skim Coat’ yang ready mix.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Saya pakai ‘Skim Coat’ yang ready mix.

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Siap! Inilah hasilnya.

IKLAN

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Selepas setahun

DIY Repair Dinding Lembap Cat Mengelupas, Jimat Bajet & Berkesan!

Baca Lagi Di Sini:
Selalu Tukar Tikar Getah, Cat Lantai Guna ‘Epoxy Paint’ Lawa Bersinar Macam Mozek!

Mingguan Wanita: Menarik juga idea yang dikongsikan ini. Jika ada dinding di rumah yang lembap dan cat mengelupas, boleh DIY sendiri seperti panduan yang dikongsikan ini. Paling penting jimat bajet dan berkesan.

Sumber: Ezanee Kamaruddin

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI