Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.

Mudah je boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Puan Ahalinda Darjan ini.

“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”

“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.

Sedikit Penerangan :

  • Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
  • Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
  • Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.

Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.

  • Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

IKLAN
  • Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

IKLAN
  • Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

  • Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

IKLAN
  • Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.

Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Banyak Kali Tanam Selalu Mati, Ini Kaedah BETUL Semai Daun Sup!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.

Sumber: Ahalinda Darjan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI