Rupanya budaya viral sudah mula sejak dulu lagi, namanya bawa mulut.Ikuti kupasan tentang isu Budaya Viral daripada Pakar Motivasi, Prof Madya Dr. Haji Mohd Nor Mamat.

Selain Makcik Bawang, Watak Mulut Murai & ‘Joyah’ Sinonim Dengan Budaya Viral

“Sebenarnya budaya viral mula sejak dulu lagi, namanya bawa mulut. Akan ada watak mulut murai atau sinonim dengan nama ‘joyah’ yang jadi tukang bawa cerita ke merata ceruk kampung untuk tujuan viral. Hari ini, viral menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi yang pantas dan terbuka tanpa sempadan.

IKLAN

“Viral boleh jadi bawa cerita jahat, fitnah ataupun perkara baik. Promosi sesuatu perkara ataupun perniagaan kita juga adalah termasuk budaya viral. Pada saya, agak sukar utk menghentikan budaya viral sebab fitrah manusia sukakan berita atau cerita yang menarik perhatian dan barangkali menghiburkan. Apa yg boleh dibuat ialah, gunakan fitrah manusia yang sukakan viral itu dengan menyediakan berita dan cerita yang baik-baik dalam bentuk yang menarik supaya mudah diviralkan untuk manfaat ramai.

“Ada beberapa jenis kategori yang suka viral, iaitu yang dengan niat untuk tujuan jahat. Mereka jadikan viral untuk tujuan kepentingan peribadi dan tidak mengambil kira kesan negatif yang timbul. Kategori kedua, mereka bertujuan baik tetapi tidak bijak mengurus maklumat yang benar-benar betul dan bermanfaat. Manakala kategori ketiga, mereka menjadikan kerja-kerja voral untuk mencari publisiti dan perhatian orang ramai. Mereka tidak kisah sama ada maklumat yang diviralkan betul atau salah, tetapi tujuan utamanya adalah untuk menonjollan dirinya.

IKLAN

“Ya setiap kita bertanggungjawab terhadap maklumat yang kita cari ataupun yang kita beri. Dalam buku saya bertajuk Perspektif Sains Komunikasi dan Teknologi Maklumat, adalah penting utk kita beretika seperti murid dalam pencarian maklumat dan sebagai guru yang mursyid dlm menyediakan maklumat. Ajaran Islam agar kita hanya mencari dan menyebarkan ilmu atau maklumat yg sahih dari sumbernya dan yang bermanfaat sahaja serta sumbernya yang diiktiraf (autoritatif).

Sebarkan Fitnah Tetap Salah

“Ya, walaupun teknologi, media dan instrumen dalam kehidupan kita semakin berubah tetapi falsafah hukum dalam Islam adalah tetap. Menyebarkan perkara keaiban orang untuk diketahui oleh orang lain, adalah salah. Menyebarkan fitnah tetap salah walaupun dengan penggunaan media ataupun tulisan. Menyebarkan sesuatu yg boleh menimbulkan fitnah dan perpecahan juga adalah salah dan dilarang dalam Islam. Tidak ada orang lain yang boleh mengubah kita, kecuali kita sendiri. Mulakan dengan diri kita supaya tidak menyebarkan viral dan tidak menggunakan berita viral secara membuta tuli. Kalaulah setiap rakyat Malaysia memulakan, barangkali media sosial akan hanya tinggal berkongsi perkara atau berita yang baik-baik sahaja.

IKLAN

“Pada saya, viralkan promosi perniagaan adalah sesuatu yg sangat baik. Setiap perniagaan memerlukan kpd hebahan berita kepada pelanggan atau orang ramai ttg produk yg dijual, dan viral adalah salah satu kaedah yg efektif. Persoalan yg timbul adalah apabila promosi yg menipu dan keterlaluan mengganggu orang ramai, ini akan menjadi viral yang negatif.

“Budaya viral akan berterusan kerana ia adalah keperluan dan fitrah dalam kehidupan manusia. Namun trend aplikasi dan instrumen teknologi mungkin akan berubah. Evolusi aplikasi media sosial juga sudahpun melalui peralihan dan berubah dari masa ke semasa. Viral dulu menerusi van dengan pembesar suara, akhbar, poster, flyer, televisyen, website, blog sehinggalah kepada FB, IG, Whatsapp dan lain-lain yang lebih pantas. Budaya viral akan terus relevan tetapi tugas kita adalah menjadi generasi manusia yang semakin berperadaban dan menguruskan teknologi untuk kebaikan semua.”

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI