Kadang-kadang kita tidak menyangka bahan terpakai seperti tuala terpakai yang acapkali kita jadikan sebagai kain buruk dapat menjadi sesuatu yang bernilai. Bayangkan daripada sehelai tuala terpakai, dicelupkan di dalam simen serta dikeringkan. Cat mengikut kesukaan terus mampu menjadi pasu hiasan atau pasu tanaman.

Banyak masa terluang ketika PKP ini mungkin, mak ayah boleh mencuba diy yang dikonsgikan oleh Puan Hajah Rohida atau mesra dengan panggilan Cikgu Ida ini bersama keluarga tercinta:

JOM DIY GUBAHAN R&R PASU TUALA

Puan Hajah Rohida Hamzah merupakan Guru Akademik Subjek Seni Visual. Dia lebih dikenali dengan panggilan Jemariseni Cikgu Ida telah acap kali menjadi fasilitator beberapa penghasilan kraf dari bahan-bahan kitar semula terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam di luar Putrajaya.

Aktiviti kraf DIY ini telah dilaksanakan juga di sekolah terutama kepada ahli Kelab Pencinta Alam. Secara tidak langsung ianya dapat mengaplikasikan aktiviti 3R dalam kehidupan seharian iaitu menggunakan barangan terpakai sebagai bahan untuk dikitar semula dan menghasilkan sesuatu hasil yang sangat kreatif.

Dia menggunakan pasu DIY untuk jualan gubahan bunga yang telah sedia mendapat tempahan. Jom kita cuba buat sendiri Gubahan R&R Pasu Tuala yang ingin dikongsikan oleh Cikgu Ida, proses pembuatannya amat mudah dan murah.

Masa terluang terutama masa Perintah Kawalan Pergerakan dapat dimanfaatkan dengan hasilan kraf DIY bersama anak-anak.

ANGGARAN KOS

Bahan yang diperlukan amat murah dan mudah didapati. Kebetulan bahan telah disediakan sebelum PKP lagi.

  • Tuala terpakai digunakan sebagai bahan utama
  • Simen kelabu atau simen putih boleh dibeli di kedai hardware dengan harga lebih kurang RM 4 sekilo.
  • Cat atau aerosol spray berharga RM 6 hingga RM 8 ikut jenama dan warna yang dipilih.
  • Bunga orkid tiruan atau pokok hidup seperti kaktus dan lain-lain bahan gubahan.

PROSES:

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

Langkah 1:

IKLAN

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

 

Sediakan simen dan tuala mengikut saiz pasu yang dikehendaki. Tuala perlu dilembabkan.

Langkah 2:

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu  Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

Bancuh simen dengan kadar sukatan satu cawan simen dan setengah cawan air di dalam baldi atau besen.

IKLAN

Celupkan tuala ke dalam simen cair dan pastikan simen meliputi keseluruhan tuala.

Langkah 3:

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

Letak tuala tadi di atas acuan pasu mengikut saiz tuala iaitu seperti di atas cawan plastik untuk saiz kecil.

Jika mahu saiz besar acuan boleh menggunakan, pasu plastik, baldi dan sebagainya yang bersesuaian dengan saiz tuala.

Buat kemasan kedutan tuala dan akhir sekali biarkan seharian supaya tuala kering.

IKLAN

Langkah 4:

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

Setelah kering, pasu tuala disapu cat undercoat putih atau spray mengikut warna yang disukai.

Langkah 5:

Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu    Nak Jimat Celup Tuala TERPAKAI Dalam Simen, Sembur CAT Jadilah Pasu

Gubah hiasan sama ada menggunakan bunga plastik atau pokok hidup seperti kaktus.

INFO MENARIK

  1. Bentuk pasu boleh dihasilkan mengikut kerativiti dengan menyediakan mold atau acuan seperti bentuk oval dari kertas keras.
  2. Selain itu pasu DIY juga boleh digunakan untuk menanam pokok hidup seperti pandan, bawang dan lain-lain.
  3. Hasil pasu DIY ini sebenarnya mampu menjana pendapatan bagi surirumah yang rajin menggubah bunga kerana dapat menjimatkan kos belian pasu malah hasil yang kreatif memang menarik minat penggemar gubahan hiasan.

MW: Rupa-rupanya tuala terpakai pun boleh dijadikan pasu hiasan atau pasu untuk menanam pokok tanaman. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI