Lumrah setiap orang inginkan hidup berpasangan, teman bercerita dan menemani hari-hari tua. Bagi setiap anak seharusnya lebih bersikap terbuka menerima dan mencari jodoh buat mak mahupun ayah jika mereka masih berkeinginan untuk berumahtangga.
Demi membahagiakan si ayah yang hidup menduda, anak ini sendiri yang datang meminang dan menyarungkan cincin pada bakal ibu barunya.
“Ya, saya sendiri yang sarungkan cincin di jari manis bakal ibu baru saya,” kata Norashikin Abdul Aziz, 32, yang menjadi wakil keluarga dalam majlis pertunangan ayahnya, Abdul Aziz Limon, 65.
Norashikin memberi reaksi itu ketika ditanya mengenai satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya. Perkongsiannya itu berjaya meraih lebih 50,000 tontonan.
Menurutnya, dia sendiri menjadi wakil meminang pilihan hati ayahnya iaitu Asnah Abrori, 57.
Dia yang juga seorang jurusolek berkata, majlis pada 17 Oktober lalu di Johor Bahru itu juga adalah pertemuan kali pertama dia dan keluarga bakal ibu barunya.
“Sudah lama sebenarnya pihak keluarga perempuan mahu berjumpa tetapi saya agak sibuk dengan urusan tempahan pengantin.
Ads
“Selepas berbincang, saya pilih tarikh 17 Oktober lalu untuk berjumpa dengan pilihan hati ayah sekali gus mencadangkan membuat majlis pertunangan secara kecil-kecilan,” katanya.
Majlis Pernikahan 12 Disember
Menurutnya, di majlis pertunangan itu kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju memilih tarikh pernikahan pada 12 Disember ini dan berharap ia dipermudahkan.
Katanya, rombongan meminang penuh sederhana itu dihadiri lima orang termasuk suaminya, dua orang rakan baik dan ayahnya.
Norashikin yang juga berasal dari Johor Bharu berkata, dia bersetuju dengan perkahwinan kedua ayahnya itu demi membahagiakannya yang sudah lebih dua tahun menduda.
Ads
“Arwah ibu meninggal dunia pada 2018 dan hanya tinggal abang tiri dan saya iaitu anak kandung tunggal ayah.
“Saya pula sudah tidak lagi tinggal serumah dengan ayah kerana mengikut suami. Disebabkan itu, saya bersetuju dan gembira sebenarnya ayah ada peneman di rumah, tidak lagi keseorangan.
“Saya juga belum ada zuriat dan keluarga tidaklah besar mana. Jika keluarga ini dapat bersatu, pasti lebih meriah kerana bakal ibu saya mempunyai 11 orang anak,” katanya.
Berkenalan Di Facebook
Berkongsi mengenai pertemuan ayahnya dan bakal isterinya itu, Norashikin berkata, mereka berkenalan menerusi Facebook (FB) sebelum berjumpa dan mengenali hati budi masing-masing.
“Tahun ini, baru ayah beritahu yang dia ada berkenan dengan seorang wanita yang dikenalinya di FB.
Ads
“Anak mana yang tidak terkejut apabila ada seseorang yang mahu menggantikan tempat arwah ibunya. Semua itu saya ketepikan demi melihat kehidupan ayah lebih sempurna,” katanya.
Bercerita lanjut, Norashikin berkata, dia tidak menyangka video itu tular di media sosial dan berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan keluarganya.
“Akaun TikTok peribadi saya itu lebih banyak digunakan untuk memuat naik video hasil ukiran inai tangan pelanggan.
“Video pertunangan ayah itu dimuat naik lima hari lalu dan hanyalah sekadar untuk berkongsi. Tidak sangka pula perkongsian itu tular,” katanya.
MW: Tahniah atas pertunangan ayah dan bakal mendapat ibu baru. Semoga ramai anak-anak yang bersikap terbuka sebegini, mencarikan jodoh buat mak mahupun ayah sebagai menemankan mereka di hari tua.
Rendang Cili Api memang terkenal bagi orang-orang di Negeri Sembilan. Jadi nak buat rendang cili Api yang sebenar kenalah belajar dengan orang Negeri Sembilan sendiri. Rupanya nak buat rendang ni cukup senang, tak perlu tumis dan bahan-bahannya pun tak banyak.
Mungkin ramai mak-mak yang tak tahu, menerusi laman sosial instagram, Penyampai Radio Suria FM, Zulin Aziz,28 atau pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz ada mewujudkan akaun khas #cikzulinkedapur untuk berkongsi resipi dan menu-menu yang dimasak oleh beliau sendiri. Salah satu posting resipi menarik yang dikongsikan serta mendapat perhatian pengikutnya adalah Rendang Ayam Cili Api Nogori 9.
Menurut pelakon Nahu Rindu ini, Rendang Ayam Cili Api Nogori 9 tersebut diperolehi daripada jirannya yang merupakan orang Negeri Sembilan sendiri malah merupakan menu wajib keluarga setiap kali tibanya Hari Raya.
Berikut antara perkongsian oleh Zulin Aziz;
“Dah siap rendang cili api! Resepi ni mama zulin belajar dari orang nogori 9 jiran kami dulu.Sejak dari kecil memang ni menu wajib kalau raya.”
Bahan-Bahan: (dikisar)
Satu genggam cili api
Kunyit hidup besar ibu jari
Serai 10batang
Lengkuas 2 buku
Bahan lain :
Santan 1kg
Asam keping
1 helai daun kunyit
1 ekor ayam
Cara Memasak:
1.Masukkan bahan-bahan kisar, serai, lengkuas, cili api dan kunyit hidup ke dalam kuali.
2.Masukkan santan, ayam dan asam keping, gaul sebati.
3.Masukkan daun kunyit,biarkan mendidih dan masak dengan api perlahan.
Siap!
Tip Ekstra!
Lebih kering lebih sedap!boleh simpan dan panaskan sampai jadi serunding.
Jadi buat mak-mak yang nak masak rendang untuk berbuka nanti, boleh cuba sendiri resipi yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ni. Ringkas je bahan-bahannya nak buat pun senang sangat. Jika buntu dan tak tau nak masak apa, boleh juga cedok idea resipi serta menu-menu menarik dengan mengikuti akaun instagram cikzulinkedapur ini.
Ngeri sungguh, bila membayangkan gumpalan kain kasa boleh tertinggal dalam peranakan wanita sewaktu proses kelahiran.Apatah lagi ia hanya diketahui hanya selepas 2 bulan bersalin.
Terkini, Pejabat Kesihatan Wilayah Phuket memohon maaf kepada seorang wanita yang baru bergelar ibu yang mendapat tahu bahawa doktor telah meninggalkan kain kasa dalam peranakannya ketika dia melahirkan bayi pada Jun lalu.
Ketua pejabat kesihatan, Dr Jirapan Taepan memberitahu wartawan bahawa pihaknya mengakui kesalahan perubatan itu dalam kejadian di sebuah hospital daerah kerajaan di Thalang dan wanita itu akan diberi pampasan, lapor Matichon.
Semuanya bermula apabila wanita itu yang dikenal pasti sebagai Tan, 17, memberi amaran kepada wanita lain di Facebook pada Selasa mengenai kesnya, dengan mencadangkan supaya mereka memilih hospital yang baik untuk melahirkan anak.
“Doktor terlupa keluarkan kain kasa dalam rahim saya selama lebih dua bulan. Betapa saya bernasib baik kerana luka saya tidak terkena jangkitan,” dia menulis kapsyen pada gambar kain kasa yang tertinggal.
Tan berkata dia melahirkan bayi secara normal pada 18 Jun dan dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga hari.Walaupun luka yang pada jahitannya menyakitkan, wanita ini menganggap rasa sakit itu adalah biasa kerana ia adalah pengalaman kelahirannya yang pertama, lapor Thairath.
Dia kemudian berjumpa doktor, yang hanya memberikannya pil tahan sakit.Pada Selasa, gumpalan kain kasa dari rahimnya terkeluar melalui salur faraj semasa dia sedang makan. Dia segera ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor memberikannya antibiotik dan memberi jaminan bahawa tiada sebarang benda lagi yang tertinggal dalam rahimnya.
Taepan berkata wanita itu tidak membuat laporan polis dan hanya mahu meningkatkan kesedaran mengenai kecuaian kakitangan perubatan di hospital di tempatnya. Tan dijadualkan menjalani pemeriksaan susulan pada 4 September.
Walaupun perkara ini dianggap kes terpencil, namun cukup membimbangkan apatah lagi ia melibatkan kesihatan diri. Pihak hospital seharusnya lebih berhati-hati dan elakkan kecuaian perkara ini daripada berlaku.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah dalam kehidupan rumahtangga pasti ada pasang surutnya.
Padam Gambar Berdua
Baru enam bulan bergelar suami isteri, situasi rumah tangga pelakon popular, Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang kini menjadi tanda tanya ramai apabila dilihat bertindak memadam gambar berdua daripada akaun media sosial masing-masing.
Fatin yang kini semakin sopan dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah April lalu bagaimanapun masih mengikuti suami menerusi Instagram, begitu juga dengan suaminya.
Percanggahan Idea
Difahamkan, situasi pelik tersebut bermula akibat ‘percanggahan’ idea suami isteri itu tentang pilihan atau penggunaan kereta mewah atau supercar, baru-baru ini.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, 29, bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau seorang pemilik kereta ‘biasa-biasa’ agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan, baru-baru ini.
Sindir Suami
Fatin kemudian bertindak menyindir suaminya itu dengan memberi komen berbunyi: “Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (suami sendiri) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara asasnya, bukan (berstatus) supercar.
“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutama merendah-rendahkan pemilik kereta lain,” kata Fatin sebuah video TikTok.
Sehingga hari ini, tiada lagi gambar mesra Fatin dan Opai dalam Instagram masing-masing, sekali gus menebarkan spekulasi sama ada rumah tangga mereka sedang bergolak atau apa yang dipaparkan hanyalah publisiti demi karier masing-masing.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...