Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Penting ambil tahu apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya. Bukan main buat sebarangan ‘renovation’ rumah secara HARAM kerana akibatnya banyak beri kesan yang perlu ditanggung nanti.

Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan, kesan dan di risiko yang perlu ditanggung pemilik nanti akibat ‘Renovation’ rumah secara HARAM.

KESAN RENOVATION RUMAH HARAM

Bila kita buat renovation tak ikut undang-undang, confirm lah akan ada kesan dia. Macam sekarang lah, tak boleh makan durian ramai-ramai pasal PKP, eh dia nak juga berpesta. Kan dah kena kompaun.Sama lah dengan renovation rumah, ada peraturan dan kita kena ikut.

Aku memang banyak kali dah dengar tuan rumah kata tak nak buat proper submission dan apply permit reno dari majlis pasal mahal dan lambat. Lagi la bila kontraktor dah cucuk tuan rumah dari bayar duit submit ke majlis, baik tambah pool sebiji. Terus on tak fikir dah submission. Tapi sanggup ke hadap kesan renovation haram di masa depan?

1. Rumah Susah Nak Jual Atau Tak Ada Nilai

Bila buat renovation tanpa pelan lulus, bila nak jual akan jadi rumit. Apasal floor plan dekat agreement lain tapi dekat site lain? Rupanya pelan paling baru ni tak ada kelulusan PBT. Bank nak value benda illegal macam mana? Tak boleh la.

So bank akan value bahagian yang ada kelulusan saja. Yang bahagian tak dapat kelulusan dah habis ratus ribu tu satu pun tak akan menambah value jual rumah tersebut. Sedih tak?

Duit habis, value rumah tak naik. Such a bad move and definitely bad investment.

‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!

2. Kompaun Oleh PBT

Setakat aku tahu, ada majlis dah tulis siap-siap kompaun 10-20 kali ganda fee permohonan ke PBT. Ah bayar je la. Sure? Ingat fee mohon 10 20 ringgit ka? Tak bang. Dia kira ikut area berapa banyak yang di tambah. Ada jadual kiraan. Kalau tambah besar makan ribu juga lah.

Tapi bila dah bayar denda setel ke tak? Tak juga, kena submit la properly selepas itu haha. So kena bayar 2 benda, kompaun dan fee arkitek. Kalau awal-awal tu submit properly ke PBT setel dah. Tak gitu?

3. Roboh?

Boleh ke? Boleh saja. Ingat tak dulu ada kes abang ni viral cakap PBT tak buat kerja, kejap lagi satu PBT tu round kawasan cari struktur haram dan robohkan semua struktur yang tak dapat kelulusan di rumah-rumah. Itu pasal jangan main-main dengan PBT,sekali dia enforce, tak senang tidur kita.

Ada juga kes terpencil PBT fail kan ke mahkamah untuk merobohkan rumah yang dibuat tak ikut pelan lulus. Sampai macam tu sekali.

IKLAN

4. Sita

Dah kenapa aku buat rumah kat tanah aku, aku tak boleh masuk?? (baca nada Azlee Senario) Ada juga kes rumah disita pasal buat tak ikut kelulusan majlis. Rumah dah buat cantik-cantik, PBT sita. Nak tidur mana? Ha tidur lah kat hotel sebulan dua. Ni semua gara-gara kes buat renovation secara haram.

‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!
Gambar Hiasan

5. Insurans Tak Cover

Rasa-rasa ada tak insurance provider nak cover rumah yang dibuat tanpa kelulusan? Sudah pasti kalau terjadi kemalangan, terbakar, runtuh, insurance provider akan datang buat siasatan menyeluruh dan confirm-confirm bila tahu rumah itu dibuat tanpa kelulusan, mereka tak akan cover.

Aku pernah jaga projek under construction dulu terbakar. Peh insurans punya orang investigate tu agak menyeluruh lah juga. Benda pertama dia tanya lulus ke tak projek ni. Tu dulu.

6. Beli Rumah Renovation Tak Ada Kelulusan, Tuan Rumah Baru Kena Tanggung!

Ya kalau rumah yang kita beli tu tak ada kelulusan, kalau tiba-tiba PBT datang ambil tindakan, tuan rumah baru kena tanggung. Nampak zalim tapi itulah yang perlu dihadap. Kenapa waktu beli tak check pelan lulus dulu? Kenapa tak check ada approval ke tidak sebelum beli?

Nak tahu lebih lanjut boleh baca pos oleh Ar. Azizul Azwar di sini:

Tuan-tuan dan puan-puan, kita kena faham bila bab tambah struktur, ianya melibatkan hal keselematan penghuni dan orang sekeliling. Kalau lah renovation haram ni dibuat dan tiba-tiba runtuh atau rosak dan mencederakan orang lain, macam mana? Siapa salah? Siap yang kena tanggung dan paling penting sanggup ke nak tanggung?

Itulah kerja arkitek, jurutera dan PBT perlu review setiap kerja renovation untuk memastikan keselamatan dan ikut segala peraturan baru lah diluluskan. Kata kunci dia, untuk pastikan selamat. Buat lah renovation ikut peraturan supaya mudah di kemudian hari. Tidur pun lena.

IKLAN

So apa tunggu lagi, check la rumah ada tak pelan lulus?

Ar.Ahmadkhairul Sabirin
Cantik tak rumah ada line tape kuning? haha

Baca Lagi Di Sini :
Hati-Hati, Perkara Kita Rasa BIASA Rupanya Kesalahan Waktu ‘Renovate’ Rumah!

Jangan Memandai Lebihkan Sempadan Tanah Bukan Kita Punya, Pertimbang Perasaan Jiran

Adab Hidup Berjiran, Tak Perlu Nak Pentingkan Diri Sampai Sakiti Hati Jiran

IKLAN

2 Tahun Untuk ‘Transform’ Rumah Kampung Ke Shabby & Cottage, Imaginasi Suami Isteri Ini Memang Di Luar Jangkaan!

Mingguan Wanita :Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum nak ‘renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturannya iya. Jangan sembarangan berani main buat je. Kalau tak siap sedialah hadap risiko yang kena tanggung kemudian hari nanti.

Sumber: Ar.Ahmadkhairul Sabirin

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI