Kuah colek atau pencicah yang sedap memang berwarna merah gelap dan kuahnya pula sedikit pekat. Rasanya masam, manis, pedas secukup rasa dan sesuai dijadikan pencicah cekodok, keropok ikan, keropok lekor, celup tepung dan sebagainya.
Ada cara yang sangat simple untuk buat colek ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Akma Razali seperti yang ajar maknya.
Resepi “colek pedas” ni mak saya yang ajar, cara sangat simple, rasa inshaallah memang sedap, boleh makan dengan keropok, dengan ikan celup tepung pon sedap.
Bahan-Bahan:
20 tangkai cili kering direbus & dikisar halus.Lebihkan air sikit masa blend cili
3 ulas bawang putih diketuk
1 ketul Gula kerek/gula kabung@ gula merah mana2 yg ada ok je
Segengam asam jawa/ 2 keping asam keping
Garam secukup rasa
3 senduk sederhana Gula pasir kasar
Cara Membuat:
1. Masukkan cili kisar dalam periuk. Kemudian masukkan air sebab nak masak cili ni lama sikit, on api dapur.
2. Kemudian masukkan bawang putih yang telah diketuk.
3. Masukkan gula kerek.Saya guna gula yang ni beli kat melaka dulu, boh terus dalam periuk.
4.Saya guna Air asam jawa pekat, sebab kuah lebih pekat tanpa guna tepung jagung, masak cili ni 15 minit.
5. Masukkan pula garam secukup rasa.
6. Kemudian masukkan gula pasir, takpon boleh rasa ikut selera masing-masing.
Ads
7. Masak sehingga larut, anggaran masa memasak 25-30minit, colek ni dah nampak warna merah gelap dan kuah sedikit pekat.
Kita cicah colek ni dengan cekodok tadi, rasa memang meletup,lebih kurang colek Kopok la, makan dengan Kopok tak pon ikan celup tepung ni lagi sedap. Colek tadi boleh disimpan dalam peti ais,senang bila-bila nak makan ambil je.
Mungkin ade yang dah tahu cara nak buat colek ni, saya share cara yang mak saya ajar, untuk yang nak makan colek buatan sendiri.
Mingguan Wanita:Wah menarik resipi colek ni. Sesuai buat cicah cekodok, keropok ikan, celup tepung dan sebagainya. Memang mudah dah ringkas resipi yang dikongsikan. Boleh cuba nanti.
Petua jimat dapur yang dikongsikan Siti Fatimah Abas ini cukup praktikal untuk dicuba oleh mak-mak. Idea selamatkan sebekas lebihan limau kasturi dari membusuk atau kering dalam peti sejuk. Dengan jadikan kiub ais.
Bak kata Puan Siti, “Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus di kedai. Nak gunanya cuma sebiji dua, baki tu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk.”
Jadi inilah cara nak selamatkan lebihan limau kasturi yang mak-mak tak nak guna dalam peti sejuk itu.
“Agar ianya tahan lama dan mudah diguna bila-bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni.”
Ini Cara Buat Kiub Ais Limau Kasturi Tahan Berbulan
Sebekas limau kasturi.
Potong dua semuanya bagi mudah nak perah nanti.
Perah limau nipis dalam bekas. Gunakan penapis kopi pun boleh.
Nah.. dapat secawan.
Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
Kecuq lah pulok! Kalau rajin mak-mak boleh buang bijinya.
Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tipuware. Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Selebihnya simpan semula. Ia tahan lama. Nak guna untuk buat teh o limau pun senang.. masuk je 2 ke 3 ketul dalam teko. Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua.. dah siap dan jimat masa.
Senangkan, bila nak guna ambil seketul kiub ais limau kasturi itu masukkan dalam masakan atau minuman yang mak-mak mahukan.
Cara jadikan kiub ais ini buatkan mak-mak tak buang lebihan limau kasturi ke dalam tong sampah. Paling penting, ianya tahan lama. Boleh sampai berbulan lamanya.
Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
2.Goreng dulu sampai garing.
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Ikan celup tepung, memang cukup popular di negeri Pantai Timur. Ratah dan makan dengan sosnya sedap sangat. Nak-nak keenakan serdaknya yang ranggup, boleh buat kita tak berhenti.
Macam mana nak pastikan ikan celup tepung ini berserdak, ranggup dan sedap. Bila buat kat rumah susah nak jadi ye. Jangan risau, Ummi Hana berkongi resipinya. Nanti bolehlah cuba masak di rumah nanti.
Bahan-bahan:
1 paket tepung beras cap gajah 3 ekor
2 biji telur ayam
3 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar air kapur
Garam secukup rasa
Air ais – supaya tepung tak cair dan tak pekat.
Caranya;
1. Campurkan tepung beras, serbuk kunyit dan garam.
2. Masukkan air ais itu mengikut kepekatan yang sesuai.
3. Kacau sebati dan masukkan telur serta air kapur.
.
4. Selepas itu, celup ikan ke dalam bancuhan tadi sehingga tersalut rata.
5. Goreng ndengan menggunakan minyak yang banyak dan api sederhana.
Tip: 1. Boleh saja gunakan air biasa tapi air ais ini akan buat tepung lagi ranggup. 2. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah tepung akan jadi berkerak cantik. 3. Gunakan telur itu pun boleh untuk serdak yang lagi cantik. 4. Bancuhan tepung ini sesuai untuk makanan lauk, keropok, ubi, pisang, sukun, cempedak dan sebagainya.
Mingguan Wanita. Memang ralit kalau makan serdaknya, Tengok-tengok dah habis satu pinggan.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.