Jika ada mangga muda, kedondong atau apa juga buah yang masam-masam memang sedap dicicah dengan kuah colek. Makan beramai-ramai dengan anak-anak, adik beradik atau kawan-kawan memang seronok, tak perasan sekejap je dah habis. Nak cari resipi kuah colek yang sedap secukup rasa ada caranya. Caranya mudah dan hanya guna 5 bahan sahaja.

Boleh cuba resipi kuah colek yang dikongsikan oleh Puan Hanisah Baharuddin ini.

“Petang-petang nie sedap mencolek pelam epal.Kita colek dalam lesung batu (yang nie testing-testing lepastu jangan lupa bubuh dalam mangkuk yeee).Nah, kita selitkan resepi kuah colek sekali”

Bahan-Bahan:

Cili Api
Gula Melaka
Belacan
Asam Jawa
Kacang Goreng (kisar)

IKLAN

Cara Membuat:

1.Tumbuk gula melaka, belacan dan cili api.
Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!2.Dah lumat tambah kicap manis dan gaul sebati.
Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!3.Tambah asam jawa gaul sebati.
Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!4.Masukkan kacang banyak mana kita nak.
Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!

IKLAN

Siap, Selamat Mencuba.
Resipi Kuah Colek Paling Sedap Secukup Rasa, Hanya Guna Lima Bahan!

IKLAN

Tip Ekstra!

  • Jika tiada gula melaka, nak ganti dengan gula merah kabung atau gula perang pun boleh.

MW: Sedapnya kuah colek ni. Kecur rasanya jika dicicah dengan mangga muda, kedondong, epal hijau dan sebagainya. Nak buat pun senang sangat, mak-mak memang kena cuba!

Sumber: Hanisah Baharuddin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI