Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”
Bahan-Bahan:
1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.
Ads
2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.
3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.
Ads
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.
5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.
Siap!
Ads
Cara Memasak:
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!
Info Ekstra!
1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.
MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Musim-musim PKP ni, ramai je mak-mak beginner nak cuba masak resipi baru yang mungkin tak pernah dimasak sebelum ini. MW sendiri tak pandai nak masak pulut, mengenangkan takut nanti pulutnya tak sempurna masaknya. Tapi setelah diselidik rupanya, tak ada pengukus pun bukanlah penghalang untuk anda masak pulut. Asalkan ada rice cooker, insyaallah pulut mampu dimasak menggunakan peralatan ini.
Bahan utama iaitu beras pulut dan juga santan
Apa yang penting untuk memasak pulut bahan utamanya adalah beras pulut (apa-apa jenama), santan kotak kecil apa-apa jenama, sedikit garam dan juga daun pandan disimpulkan diletakkan ke dalam periuk.
Cara memasak pulut
Rendamkan beras pulut sekitar 30 minit sebelum memasaknya.
Kemudian toskan beras pulut dan masukkan kedalam periuk rice cooker. MW gunakan dua pot beras pulut bersamaan dengan dua sukatan cecair. 1 pot untuk air manakalan 1 pot lagi untuk santan.
Jangan lupa tambahkan garam secukupnya dan daun pandan diikat bagi membangkitkan bau wangi pulut itu nanti.
Kemudian tekan button ‘cook’ pada rice cooker. Sesekali kacau pulut didalam periuk biar adunan santan tadi sekata dan bagi mengelakkan pulut dibahagian bawah berkerak
Masak sehingga button rice cooker dari ‘cook’ bertukar ke ‘warm’. Pulut anda sudah siap untuk dinikmati. Mudah bukan?
Bagi melengkapkan hidangan pulut anda, apa kata makan bersama mangga harum manis beserta santan, serunding, rendang, ikan masin ataupun dengan sambal bilis. Minum pulak dengan secawan kopi…baru lah lengkap
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Macam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Bahan-Bahan
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
Cara Membuat
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia. Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Adakalanya bila dah jadi mak memang buntu nak sediakan menu ringkas yang boleh buat anak berselera nak makan. Mak-mak memang bertuah jika anak jenis yang suka makan dan tak kisah dengan apa juga yang kita masak. Ini kerana ada anak-anak yang jenis memilih dan cukup payah untuk diajak makan meski telah mencuba pelbagai menu untuk memikat selera mereka.Mak-mak tak perlu susah hati lagi jika anak tak nak makan.Boleh cuba resipi sup jagung & isi ketam Ala Chinese Stail ni, pasti buat anak makan bertambah-tambah.
Cuti hujung minggu ini, apa kata cuba pancing selera anak-anak dengan resipi ini.Resipi istimewa ini bukan sahaja enak, malah sihat untuk hidangan seisi keluarga. Anak gerenti suka! Cara nak buat pun senang je.
Bahan-Bahan:
1 biji Bawang Holland(potong dadu)
1 bungkus Jejari/isi ketam
1 tin Cendawan butang
1 tin Jagung
300 gram Isi ayam ( rebus dahulu kemudian carik halus isinya)
1 liter Air rebusan ayam
1 mangkuk air
2 biji telur
1 ketul kiub pati ayam (pilihan)
Sedikit tepung jagung dan gaul dengan sedikit air
Cara Membuat:
1. Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan tambahkan dengan 1 mangkuk air, biarkan sehingga mendidih.
2.Selepas itu masukkan bawang yang telah didadu dan biarkan seketika.
3.Masukkan ayam yang telah dicarik,kiub pati ayam dan cendawan butang, gaul sebati.
4.Tambahkan telur sedikit demi sedikit kedalam sup sambil tangan terus mengacau sup. Pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul untuk elak tekstur sup jadi tidak cantik.
5.Perasakan dengan garam, kemudian masukkan isi/jejari ketam dan jagung.
6.Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata untuk menambah kepekatan sup.
Siap!
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...