Memang senang sangat resipi ‘Donut Ball’ yang hanya menggunakan 2 bahan ni. Elok, lembut gebu hasil kejadiannya. Boleh jadikan kudapan untuk minum petang buat anak-anak. Siapa sangka resipi mudah macam ni, sangat sedap dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Boleh cuba buat sendiri donut ball 2 bahan seperti yang dikongsikan oleh Puan Reha Rahma ini.Memang sangat mudah!
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.Inspirasi resepi ni dapat dari fb juga. Terima Kasih.
Bahan-Bahannya:
1 cup (130g) Yogurt perisa asli
¾ cawan Tepung naik sendiri
*Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara Membuat:
1. Campurkan dua bahan tadi, Tepung naik sendiri dan Yogurt perisa asli.
2. Macam ni jadinya tekstur adunan tu.
3. Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
4. Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana. Boleh angkat bila dah nampak kaler perang-perang. Api jangan kuat sangat ya, donut ni cepat ja masak. (Lupa ambik gambar masa tengah goreng tu).
5. Macam tu kejadiannya. Golek-golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Mak-mak yang suka buat kuih muih dan masakan guna pes daun pandan, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah tak perlu beli. Caranya pun cukup mudah malah boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti sejuk.Tapi syaratnya kena tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tersebut. Bukan apa bila buat sendiri pes pandan ini, lebih jimat kos malah diyakini halal dan tahap kebersihannya.
Boleh cuba cara buat pes daun pandan ini perkongsian Puan Ellyin Tan ini;
“Biasanya saya akan beli Paste Pandan ni kat kedai jual bahan-bahan kek je. Botol kecil pon dah RM6. Last-last saya buat je pati pandan sendiri memandangkan daun pandan ada banyak stok. Senang je buat dia tapi kena sabar tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tu. Malam tadi buat Agar-Agar Pandan Santan.. wangi je bau paste pandan buatan sendiri. Jom tengok cara dan resepi Agar-agar Pandan Santan tu.”
“Paste pandan ni simpan dalam peti sejuk boleh tahan sebulan. Macam-macam kuih muih dan masakan boleh buat.”
Bahan-Bahan:
30 Helai Daun Pandan
3 cawan air
Cara Membuat:
1.Basuh bersih-bersih daun pandan, potong kecil dan toskan.
2.Saya blend dalam 3 cawan air, perahkan air daun pandan tu dan simpan dalam peti sejuk selama 2,3 malam.
3.Ini selepas 3 hari.Air pandan tu jadi 2 layer. Yang bawah tu lah pati atau paste pandan. Yang keruh tu boleh dijadikan esen pandan.
4.Keluarkan air bahagian atas tu.. ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Info Ekstra!
Yang atas tu, sesuai untuk buat esen pandan. Kita ambik yang pekat kat bahagian bawah tu (paste pandan). Tuang hati-hati supaya tak berkeladak semula.Keluarkan air bahagian atas tu, ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Esen Pandan nak buat kuih buah melaka atau kuih ketayap pun sesuai.Esen sebagai pewangi je, paste tu perisa. Tapi nak cantik kena jugak la tambah pewarna hijau jugak.
Resepi Agar-Agar Pandan Santan
(Sesuai untuk loyang 8 x 8 inci)
10 gram Agar-agar Serbuk
1 mangkuk kecil Gula Pasir
1600 ml Air (asingkan 200 ml untuk bancuhan santan)
1 biji Telur
2,3 sudu besar Paste Pandan
1 sudu besar Pewarna Hijau
1 kotak Santan Pekat
Secubit Garam
Cara Membuat:
1. Satukan santan, telur, 200 ml air & secubit garam dan kacau-kacau guna whisk. Ketepikan.
2. Masukkan air selebihnya ke dalam periuk. Masukkan sekali agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan gula, paste pandan dan pewarna hijau.
4. Kacau-kacau hingga gula larut.
5. Masukkan bancuhan santan tadi dan kacau perlahan2 sampai mendidih.
6. Bila dah mendidih biarkan terus merenih selama 3,4 minit. Tapi kena selalu kacau supaya tak membuak keluar agar-agar tu.
7. Tutup api. Tuangkan dan tapis agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang dah dibasahkan air terlebih dahulu.
8. Biarkan sejuk diluar selama 3 jam lebih baru masukkan ke dalam peti sejuk.
MW: Buat mak-mak yang ada banyak daun pandan dekat rumah tu, bolehlah cuba buat sendiri pes daun pandan ni. Mudah dan jimat kos, malah dijamin halal dan bersih bila kita buat sendiri. Nak buat macam-macam kuih, kek pun senang!
Roti Strawberry Yogurt Sedap Lembut, Resipi Viral Tiktok ‘Juicy’ Macam Puding!Sesekali nak ubah selera boleh cuba resipi roti yang viral di tiktok ini. Memang sangat mudah nak buatnya, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh buat dengan anak-anak di rumah waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu nanti.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Linda Safar ini sebagai rujukan;
Resipi Strawberry Yogurt Bread menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.
Bahan cuma perlu ada :
Roti
1 biji Telur
Yogurt perisa asli
Buah Strawberry
Esen Vanilla (optional)
Madu @Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)
Cara Membuat:
1. Masukkan yogurt perisa asli ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan telur, madu atai maple syrup dan sedikit esen vanilla.
3. Gaul sebati semua bahan.
4. Kemudian, nipiskan bahagian tengah roti. Masukkan adunan tadi.
5. Boleh taburkan dengan hirisan buah strawberry dan bolehlah dibakar.
6. Bakar dalam airfryer selama 15 minit dengan suhu 200c (ikut kepananas air fryer masing-masing).
Rupanya mudah nak buat biskut raya Crunchy Cornflakes Chip super sedap ni, malah memang senang kacau guna senduk je, tak perlu pakai mixer. Bukan apa tak semua rumah ada mesin pengadun untuk buat biskut raya. Jadi bila ada resipi yang mudah dan sedap macam ni, boleh lah cuba nanti. Anak-anak pun mesti suka.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Cik Dayang Zuhaila ini sebagai rujukan;
Alhamdulillah, resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit-cubit pakai tangan buleh terus bakaq. Senang yakmat. Cuti -cuti ni boleh ajak anak-anak buat.
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia...