Limau kasturi bukan saja untuk penyedap makanan terutamanya kalau buat sambal belacan, mee kari dan sebagainya. Tapi, ia boleh digunakan untuk kesihatan dalaman.
Kadang-kadang, nak guna hanya sedikit tapi perlu beli dalam jumlah kuantiti yang diberikan. Nak tak nak, lebihan tu tak tahu nak guna bila. Untungnya kalau ada pokok limau kasturi mesti ada pelbagai idea untuk gunakan.
Mesti ada yang suka makan dan dicicah dengan asam boi. Memang berkelip-kelip mata menahan masam. Tak kurang juga yang mengatakan kulit limau kasturi ini ada rasa pahit bila dikunyah atau dijadikan jus. Betul kah?
Nur Amalyna Zubaidi turut berkongsi resipi jus limau kasturi yang di blend bersama kulit. Jangan ridau tak ada rasa pahit pun kalu kena caranya.
Wajib cuba buat air limau kasturi ini. Rasa segar otak minum air ini.
Ini bukan style perah asam limau tapi diblend terus dengan kulit. Awalnya, air limau kasturi akan jadi pahit sebab dikisar sekali bersama kulit. Tapi tidak. Rasa sedap lagi.
Cara nak buat pun senang sangat. Selamat mencuba!
1. Masam manis sejuk, memang rasa fresh sangat!
2. Ini buah yang baru dikait.
Ads
3. Tengok saja dah kecuir air liur.
4. Belah dua dan buang biji.
5. Masukkan dalam blender. Letakkan air dan gula siap-siap.
6. Bila dah hancur dan sebati, tapis. Boleh guna penapis apa pun.
7. Inilah hasil tapisan tadi.
Ads
8. Ini hasil air yang keluar selepas tapisan tadi.
9. Bila dah siap tapis, sedikan gelas dan air. Kalau ada asam boi lagi sedap.
10. Siap. Minum sejuk-sejuk memang sedap.
Mingguan Wanita : Boleh kecur air liur tengok jus air limau kasturi ini. Boleh buat dan rasa nanti.
Kalau mak-mak dah tak tahu nak masak apa, mi goreng adalah cara yang cepat dan mudah untuk disediakan buat hidangan keluarga. Dengan syarat bahan asas yang diperlukan kenalah ada.
Walaupun nak masak mi goreng agak senang dan cepat. Tapi, belum tentu ia sedap dan nampak cantik berkilat. Biasanya, kalau cantik berkilat dan ada basah-basah, gerenti sedap punya!
Tak kurang juga yang sampai sekarang masih gagal untuk masak mi goreng yang sedap dan cantik berkilat. Kadang-kadang, dah ikut resipinya tapi masih lagi tak sama dan sesedap seperti yang diimpikan.
Rupanya ada cara nak bagi sedap ye! Ikuti perkongsian Umi Watie, tentang rahsia mi goreng sedap dan cantik berkilat.
Mi goreng kalau kering kejung tu macam tak berselera je menengok nya kan? Kalau nak tahu, mi goreng yang sedap kenalah nampak berkilat cantik dan sedikit berminyak.
Ada petua dan teknik rahsia rupanya. Jangan kedekut bawang merah dan sos cili katanya.
Kena cuba.
1. Nampak gebu, berkilat kan? Rasa dia? Memang lebih sedap. Mi lembut, cukup rasa. Alhamdulillah.
2. Sekuali mi goreng laku keras buat sarapan. Nampak menggiurkan
3. Mula-mula, kisar 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Kalau nak lagi pedas boleh bubuh lebih ya. Sebelum kisar, rendam cili kering dalam air panas, bagi kembang dulu.
4. Bila bahan kisar kita dah garing elok masukkan sumber protein. Kakchik bubuh sotong, udang dan ayam.
5. Gaulkan semua bagi rata dan masukkan 6 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar sos tiram. Pemilihan sos cili yang bagus juga menyumbang rasa mi goreng yang sedap.
6. Kakchik bubuh air setengah cawan, biarkan merenih sebelum masukkan mi kuning dan sawi. Guna sepeket kecil mi kuning.
Sebelum masak, cuci mi kuning dengan merendam dalam air suam seketika. Nak Kasi mi lembut dan sedikit kembang, baru lah tak nampak kejung mi goreng kita.
7. Sebelum matikan api, rasa dulu. Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap pun.
Buat mak-mak peminat kuih tradisional Putu Bambu, kini ada cara mudah untuk buat kuih ini. Jika selama ini acuannya adalah menggunakan batang buluh, tapi menerusi perkongsian Azila Abdullah, cara yang lebih mudah menggunakan acuan kuih lompang. Namun begitu salah satu tip yang dikongsikan agar putu bambu ini ‘menjadi’,jangan tekan padat pada adunan tepungnya.Musim sejuk-sejuk ni, makan panas-panas mesti bertambah sedap!
Berikut antara perkongsian resipi wanita ini;
“Petang ni kita try buat putu bambu..Alhamdulillah jadi.sebelum ni buat tekan kemain kuat lagi.Rasa tepung je..kena 3biji kenyang”.
Bahan-Bahan:
2 cawan Tepung Beras
1 cawan air
Sedikit Gula merah
Daun pandan
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Masak air dalam periuk letak daun pandan dan garam.Apabila garam dah sebati, air dah panas, bau pandan pun dah naik padamkan api.
2.Dalam bekas yang lain, letak tepung beras, masukkan air yang dimasak 13 sudu besar.
3.Gaul tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.
4.Ayak tepung guna penapis yang lubang dia agak besar. Penapis kecik susah nak ayak.
5.Dah siap, masukkan sikit tepung tadi dalam acuan lompang, letak gula merah, tambah tepung lagi sikit.
6.Kukus selama 15 minit.
Tip Ekstra!
Tudung periuk tu letak kain untuk elakkan wap air masuk pada acuan kuih.
Biskut coklat jenama Famous Amos memang mempunyai ramai peminat tak kira peringkat umur. Aromanya saja pun boleh buat kita terbayang-bayang akan kesedapan rasa coklatnya yang lemak dan berkrim.
Biskut ini kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau keluarga yang ahli keluarga ramai, dapatlah seorang sekeping dua. Memang tak puas makan. Ha…jangan risau.
Anda boleh buat sendiri biskut coklat cip ala Famous Amos ini di rumah. Tak perlu lagi beli. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Azura https://www.facebook.com/ivamarissa ini. Insya-Allah, gerenti jadi dan sedap!
Azura buat dua versi. Yang adunan cerah tu, dia tak letak serbuk koko. Kalau letak lagi sedap baunya. Nak lebih sedap, tambah kacang macadamia…perghhh sedapp!!
Jom Kita Tengok Cara Membuatnya Di Bawah Ye!
Resipi Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos
Bahan A: Kacau Dan Aduk Rata
250 gram marjerin (Buttercup)
1 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
Bahan B:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali) 1 sudu besar serbuk koko
Cara Membuat:
Satukan semua bahan A dalam satu mangkuk dan gaul hingga sebati. Tapi tak perlu pukul sampai kembang sebab kita bukan buat kek. Setelah sebati, masukkan bahan B kecuali cip coklat. Gaul lagi dan kacau rata semua bahan. Bila dah sebati, baru tambahkan pula dua cawan cip coklat.
Tambah juga satu sudu serbuk koko. Gaul sekata. Sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Ketika menyusun biskut atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar suhu 150 selsius, menggunakan api atas bawah. Setelah biskut masak, angkat dan sejukkan. Siap.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...