Selalunya kalau nak buat kek buah, mesti kita akan fikirkan perisa oren sebabnya ada rasa-rasa masam sedikit. Ini mungkin juga untuk mengelakkan dari rasa ‘muak’ pada kek tersebut.
Sebenarnya, jangan terlalu bergantung kepada perisa oren semata-mata sebab ada pelbagai jenis perisa yang boleh dicampurkan dalam kek buah.
Hasilnya, rasa akan jadi lebih sedap dan berorama. Seperti yang dokongsikan oleh Chef Fauzi Karim ini.
Bukan Perisa Oren Semata-mata Rasa Untuk Buah Lebih Sedap
Ramai yang menggunakan Sunquick dalam kek buah dan kadang-kadang hingga mengubah seluruh keseluruhan rasa / aroma kek tersebut. Sedangkan kek buah luar negara kekadang tak ada rasa oren pun. Kalau ada pun lite² (ringan) ajar rasa orennya. Bukan macam Sunquick pekat, melekat rasa dan bau orennya…
Jika kita lihat, khususnya di negara barat, mereka menggunakan alkohol untuk menaikkan / membangkitkan rasa kek buah menjadikan kek buah yang lebih sedap dan beraroma dan berempah.
Di sini saya kongsi kan bahan-bahan pengganti minuman alkohol yang biasa digunakan dalam kek buah.
Fungsi alkohol di bawah juga biasa digunakan dalam masakan ketam / ayam daging / lobsters udang / sushi dan sebagainya.
Jadi buat pilihan pengganti yang bersesuaian ye.
Ads
Ramai juga yang mengingatkan kek buah hanya menggunakan perisa oren semata-mata.
Untuk pengetahuan anda, sepanjang saya belajar dan pengalaman saya membuat kek buah,
kebiasaannya ada 5 – 7 perisa yang digunakan dalam kek buah dan bukan perisa oren. Antaranya:
Jumaat kali ini, MW share empat resipi istimewa yang tidak rumit untuk di buat. Dikongsikan oleh Chef Zainal Abd Rahman dari Restoran Tanjung Puteri, Seri Hartamas, Kuala Lumpur…resipi ini pastinya pantas memikat selera anda sekeluarga.
MEE WANTAN DAGING
Bahan-bahan :
• 100 gm mee wantan direbus terlebih dahulu
• 100 gm daging
• 2 ulas bawang putih yang dicincang
• Sesudu besar kicap pekat
• Sedikit minyak bijan
• Sesudu teh serbuk ayam
• 2 batang sawi
• Sedikit lada sulah
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak bijan, tumis bawang putih yang dicincang hingga garing.
2. Kemudian tumiskan daging hingga masak.
3. Masukkan mee wantan yang direbus terlebih dahulu, serbuk ayam, kicap, lada sulah dan seterusnya sawi. Masukkan air mengikut skala kuantiti kuah yang dikehendaki. Siap untuk dihidang.
NASI GORENG SALOMA
Bahan-bahan :
• Semangkuk nasi putih
• Sesudu sambal belacan
• Sebiji telur
• Sedikit serbuk ayam
• Dua ulas bawang putih dicincang
• Sedikit udang, bebola ikan, sotong, dan fishcake (bahan tambahan ini boleh diolah mengikut selera masing-masing)
• Minyak untuk menggoreng
• Garam secukup rasa (*jika perlu)
Cara membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
2. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake. Tumis sehingga bahan-bahan ini masak. Seterusnya masukkan sambal belacan.
3. Kemudian pecahkan telur, masukkan sedikit serbuk ayam gaul kesemua bahan tadi. Akhir sekali masukkan nasi. Gaul rata kesemua nasi dan bahan-bahan rencah di dalam kuali. Perasakan dengan garam jika perlu, siap untuk dihidangkan.
MEE GORENG P. RAMLEE
Bahan-bahan :
• Sebiji telur
• 100 gm mee kuning
• 50 gm udang basah
• 50 gm sotong
• Bebola ikan secukupnya
• Fishcake secukupnya
• Sedikit bawang putih dicincang
• Sesenduk sambal *cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu
• Sedikit kicap pekat
• Sesudu sos cili
• 2 batang sawi yang dipotong kecil
• Sedikit serbuk ayam
• Sedikit tauge
• Minyak untuk menggoreng
• Air secukupnya
Cara Membuat :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih.
Seterusnya tumis seketika udang, sotong, fishcake dan bebola ikan.
2. Langkah berikutnya masukkan cili kisar yang telah dimasak terlebih dahulu dan sos cili. Masak sehingga naik bau.
3. Masukkan mee dan sedikit air, diikuti dengan serbuk ayam. Curahkan kicap pekat serta pecahkan telur dan gaul rata.
4. Kemudian masukkan sawi dan juga tauge. Ringkas lagi menyelerakan.
KUIH LOMPANG
Bahan-bahan :
• 1.5 cawan tepung beras
• 0.5 cawan tepung ubi
• 2 cawan air
• Secawan gula merah
• Secawan gula pasir
• Pewarna mengikut citarasa masing-masing
• Dua helai daun pandan
• Kelapa parut bahagian putih sahaja
Cara Membuat :
1. Masak dua cawan air bersama daun pandan sehingga mendidih.
2. Dalam bekas berasingan masukkan tepung beras, tepung ubi, air dan secawan gula. Gaul kesemua bahan ini biar mesra. Jika ada yang mahukan lompang berwarna, anda boleh masukkan pewarna pilihan kedalam adunan ini.
3. Kemudian masukkan adunan ini ke dalam acuannya.
4. Adunan yang telah dimasukkan ke dalam acuan kemudian dikukus dalam periuk pengukus untuk tempoh 15-20 minit.
5. Setelah kuih lompang masak, angkat dan sejukkan seketika. Sebaik ia sejuk, barulah taburkan parutan kelapa di atasnya. Siap untuk dinikmati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak semua orang menjadi bab-bab masak nasi. Nasi biasa pun kadang-kadang lembik dan tak cukup masak. Inikan pula nak masak nasi lemak, nasi minyak atau beriani. Dah puas alter sana, alter sini, kadang-kadang tak kena gak.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi tentang tip nak masak nasi lemak yang senang. Guna formula yang dia bagi. Pasti jadi!
“Tip masak nasi lemak ini, guna formula bagi mak-mak yang masih mencari cara nak masak nasi lemak dengan masak elok dan cantik. Pasti jadi, sedang-sedang, elok-elok air dan rasa lemaknya. Nak guna beras basmathi boleh, beras biasa pun boleh . Lebih- kurang kan airnya ikut muai beras.
“Formula 1: 1: 0.5 Contoh = 1 cawan beras : 1 cawan air : ½ cawan santan ( nak bagi selamat supaya tak jelantah, lebhikan dalam satu sudu lagi santan)
Tip nak bagi lagi sedap; Garam, gula, sedikit butter/minyak (untuk longkahkan antara buti nasi). Tumbukkan halia, bawang merah, bawang putih dan daun pandan. Kacau dan rasakan santannya, barulah tekan on kat rice cooker.
Selamat mencuba.
MW: Lepas nie, mak-mak dah tak perlu risau nak masak nasi lemak takut tak jadi. Guna formula nie aje. Pasti jadi.
Jika mak-mak jenis ‘layan’ cerita Korea mesti pernah nampak menu yang cukup popular dalam drama tersebut iaitu Topokki (Kuih beras Korea). Topokki teksturnya mesti kenyal seperti getah pemadam dan di saluti dengan sos pedas manis dimakan bersama hirisan sosej dan telur rebus.
Boleh cuba resipi Topokki yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini, guna campuran tepung pulut dan tepung gandum je. Cukup mudah.
“Siapa sini suka makan Topokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.”
“Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yang senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama macam getah pemadam (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.”
Bahan-Bahan (Topokki):
1 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam
sedikit minyak bijan
air suam
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
2. Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
3. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
4. Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.
Bahan-Bahan (Kuah Topokki):
3 ulas bawang putih (dicincang)
Minyak Masak
1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi
Sedikit Air
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu kecil stok ayam
Sosej (dihiris)
Hiasan:
Telur Rebus
Bijan
Cara Membuat:
1. Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga bau wangi.
2. Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)
3. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
4. Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
5. Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan.
Selamat mencuba.
Info Ekstra!
Minyak bijan tu fungsi dia just nak wangikan tepung pulut. Kalau tak guna minyak pun okay. Kalau tak, guna minyak biasa pon okay.
Boleh di ‘frozen’ juga. Kukus dulu, rendam sekejap dalam air sejuk, toskan dan lap-lap sikit bagi kering. Taburkan sedikit tepung pulut, kemudian isi dalam bekas untuk simpan dalam peti ais.
Bijan nak sedap sangai dulu, rasa rangup-rangup kacang. Tapi tak sangai pun boleh, tapi tabur waktu betul-betul panas.
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat bagi mak-mak yang cuba sendiri atau layankan anak-anak dengan menu dari Korea. Mudah je nak buat. Sambil-sambil layan drama korea tu, bolehlah makan topokki yang sedap dan kenyal ni!
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...