Deritanya bila mempunyai sakit gout. Bengkak di bahagian sendi-sendi berpunca paras asid urik yang tinggi. Suka makan makanan laut antara sebabnya. Bagi yang ingin menurunkan paras asid urik, boleh cuba secara konsisten ikhtiar amalkan jus sihat ini disamping mengambil ubat saranan doktor.Cukup mudah hanya guna tiga bahan sahaja dan paling penting rasanya sedap tak pahit.

Boleh cuba resipi jus kesihatan yang dikongsikan oleh Puan Wawa Zain ini;

Hari ni saya nak share satu petua bagi sesiapa yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba setahun dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. Macam-macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last-last terpaksa la makan ubat farmasi, allupurinol untuk turunkan paras asid urik, Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan-bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan Inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi-curi minum haha.

Bahan-Bahan:

1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

Resipi Jus Sakit GOUT Bantu Turunkan Paras Asid Urik, Sedap Tak Pahit!

Cara Membuat:

1. Saya masukan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.

IKLAN

2.Atau bagi yang nak guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.Saya dapat dua gelas jus.

3.Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)

4.Tips kalau malas macam saya sebab nak kena basuh bekas-bekas jus jadi buat jus untuk dua hari siap-siap. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

IKLAN

Kesan dalam Setahun ni rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun . Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe. Neelofa pun minum juga jus celery ni sb khasiat dia kn.

Ini 10 Khasiat Jus Celery, Patutlah Neelofa Jadikan Amalan Minum Setiap Hari!

Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama-sama amalkan.Setiap penyakit ada penawarnya. Kita cuma berusaha. Bagi yang tiada gout, jaga makan. Jangan terlalu obses dengan makanan laut macam suami saya hehe makan berpada-pada ya.

IKLAN

Cuma kita niat nak sembuhkan atau minum sebagai jus kesihatan. Ingat ini bukan ubat gout ya.Jumpa doktor untuk bincang tentang sakit anda dan sinonimnya orang yang ada sakit gout tak boleh dipisahkan dengan Ubat alluporinol dan goutnor kan! Teruskan ambil,Ikut saranan doktor dan percaya lah ubat-ubat luar memang tak mujarab!

Semoga bermanfaat.

Wanita Ini Kongsi Remedi Normalkan Bacaan Kolestrol, Jika Diamalkan Dengan Konsisten

MW: Jadi bagi yang mempunyai sakit gout, boleh cuba amalkan jus kesihatan ini sebagai salah satu ikhtiar juga disamping makan ubat farmasi. Paling penting jangan lupa berjumpa dan dapatkan nasihat doktor dahulu.

Sumber: Wawa Zain

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI