Ingat ye, ada masalah cerita pada Allah bukan di media sosial. Selagi bernyawa, ujian tidak akan berhenti menyapa hidup kita. Ia bagaikan bayang-bayang, sentiasa hadir menguji iman kita. Tidak dinafikan, ramai yang melatah setiap kali ditimpa musibah atau masalah kerana tidak mampu menangani emosi yang menggila.
Malah ada yang meragut nyawa sendiri kerana tidak sanggup menempuh dugaan. Pahit, pedih dan menyakitkan, ini realiti yang berlaku dalam kehidupan kita. Ujian datang dalam pelbagai bentuk, ada yang diuji dengan kesakitan, pemergian orang tersayang, perceraian mahukan kehilangan punca pendapatan.
Semua ini benar-benar mendera emosi sehingga membuatkan kita menjadi lemah atau tidak berdaya. Saya yakin ramai di kalangan kita yang pernah berdepan dengan situasi ini. Sudah puas berusaha selesaikan masalah namun masih buntu.
Pada saat kita merasakan dunia ini gelap, kita menyerah diri kepada Allah. Kita letakkan sepenuh pengharapan dan penggantungan kepada Allah. Yakinlah, Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.
Ujian tanda kasih sayang Allah. Barangkali ketika kita sedang bahagia, kita kurang bersyukur dan sering melupakan Allah. Lantaran, Allah jentik hati kita dengan dugaan agar kita kembali kepada-Nya.
Saya kongsikan kisah luar biasa yang berlaku kepada kenalan rapat saya. Sejak remaja, dia sering diejek oleh teman-teman kerana mempunyai saiz fikizal yang besar. Air mata menjadi teman setianya. Sokongan keluarga tidak mencukupi, dia kemudiannya menjalani sesi kaunseling untuk memulihkan semangatnya. Namun dia tidak berjaya, hatinya masih rapuh, fikirannya tetap negatif.
Sehinggalah suatu hari, dia berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk bangkit daripada kekecewaan tersebut. Dia memohon doa secara khusus, konsep doanya seperti bercerita kepada Allah. Segala kesedihan dan kesakitan diluahkan kepada Maha Pencipta.
Ads
Koma Sebulan
Hatinya lega, fikiran menjadi lapang. Allah tiupkan semangat, dia jalani hidup dengan positif. Sehingga bertemu jodoh dan disahkan hamil. Sekali lagi, dia diuji. Dek kerana beratnya mencecah 120 kg, dia mengalami komplikasi ketika melahirkan anak. Dia koma selama sebulan.
Doktor mengatakan harapannya untuk hidup sangat tipis, ahli keluarga dan teman-teman tidak putus melawatnya di hospital. Allah Maha Besar, dengan izinNya, teman saya sedar dari koma dan kesihatannya beransur pulih.
Setelah beberapa bulan, saya berpeluang bertanya ‘perjalanannya’ semasa koma. Rupanya sepanjang tidak sedarkan diri, wanita ini tidak berhenti berjuang demi sebuah kehidupan. Dia merintih kepada Allah agar memberinya peluang merasai nikmat menjadi ibu dan menjaga keluarganya.
Penawar Duka
Lapan tahun berlalu, wanita ini bahagia di samping keluarga. Saiz fizikalnya, tidak banyak berubah namun mental dan emosinya begitu kuat. Hari ini, dia mampu mengukir senyuman kepada siapa yang memanggilnya gemuk. Gelaran itu tidak sedikit pun menjejaskan emosinya.
Ads
Peluang kedua yang diberikan Allah dimanfaatkan sebaik mungkin, dia tekad tidak membenarkan orang luar mencacatkan keindahan hidupnya. Sehingga kini, dia tidak jemu bercerita kepada Allah. Itulah penawar duka hidupnya…
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mira Filzah nasihatkan netizen, “its blackout bukan makiout, ingat penulisan kita ada dosa & pahala. Perang di Gaza sudah berlanjutan lebih dari enam bulan.
Ketika di awal peperangan, dapat dilihat ramai bersatu hati menyokong Palestin tetapi sokongan itu dilihat semakin merosot kerana tiada lagi pose atau turun di jalanan membantah pembunuhan beramai-ramai ini. Masa yang sama Israel masih membongkak dunia dengan berterusan membedil Rafah.
Pengeboman di Palestin sudah mengambil masa lebih 6 bulan dengan kesan kemusnahan teruk dan pembunuhan beramai-ramai.
Ketika dunia sudah semakin sepi dengan nasib penduduk Palestin berdasarkan persektif masing-masing, diam tak diam masyarakat Islam di Amerika Syarikat telah memulakan kempen #blackout dengan menyenaraikan nama-nama artis popular dunia yang dilihat menyokong Zionis atau menggunakan produk dari Zionis.
Satu kempen atau gerakan yang telah dimulakan oleh rakyat di Amerika Syarikat dinamakan sebagai Celebrity Block list (Blockout 2024). Melihat kepada isu ini, netizen di Malaysia turut menamakan beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal dalam senarai gerakan ini.
Antara nama yang tersenarai dalam kempen Blackout ini ialah Kim Khardashian, Miles Cyrus, Justin Bieber, Taylor Swift, Beyonce dan banyak lagi.
Tak terkecuali, netizen turut menyenaraikan hampir 30 selebriti dari Malaysia susulan kempen #blockout ini. Antara yang tersenarai adalah Dahlia Rizal & suami, Nadhir Nasar, Neelofa, Awal Ashari dan lain lagi termasuklah Mira Filzah yang selama ini amat jauh dari kontroversi.
Senarai 30 artis Malaysia yang dilihat tidak memberikan sokongan kepada Palestin selain didakwa menggunakan produk Zionis seperti beg tangan dan lain lagi.
Susulan namanya tersenarai kerana dilihat kurang prihatin akan isu Palestin, Mira Filzah telah memuat naik satu hantaran di aplikasi X dengan menulis,
“Saya bercakap ini untuk semua.
Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik. Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala. 🙏🏻
Saya bercakap ini untuk semua.
Just do whatever you wanna do, nak block just block, tapi tak payah sampai keluarkan kata kata yang tidak baik. Its #blockout bukan #makiout. Ingat, penulisan kita pun ada dosa dan pahala. 🙏🏻
Bahkan untuk memahamkan mereka yang menyerbu pagenya, Mira Filzah dilihat menyusun satu persatu posenya mengenai nasib rakyat Palestin.
Siapa yang datang semata mata nak stalk sahaja rasa “dan dan” repost. Siapa yang dah lama follow or memang follow, mesti tahu apa yg saya selalu repost. Meh saya tunjuk ya.
Tak hairanlah Mira Filzah meminta netizen untuk berhati-hati menulis kerana ditakuti terpalit dosa memaki kerana dilihat pada postnya tentang Palestin, kita sendiri musyikil kenapa namanya tersenarai kerana dirinya tak pernah menyepi pun akan nasib rakyat Palestin.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur. Terbaharu menerusi akaun Instagramnya, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira turut menyarankan agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengundur diri.
Setelah beberapa pemimpin UMNO mendesak agar Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya, seorang lagi ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO iaitu Dira turut berbuat perkara sama.
Langkah itu diambil supaya parti boleh melakukan perubahan yang mutlak pasca Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Dira Gesa Ahmad Zahid Berundur
Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Dira juga merupakan antara beberapa pemimpin UMNO yang mahu Ahmad Zahid melatak jawatan.
“Assalamualaikum dan Salam Melakaku Maju Jaya,
UMNO menginsafi angin perubahan suara rakyat. Walaupun rakyat menolak pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan tetapi itu tidak menjadikan barisan kepimpinan UMNO sebagai pilihannya kali ini.
Walaupun telah ramai memperkatakan dan memperingatkan agar parti perlu lebih berhati-hati dan berubah, tetapi tidak diendahkan.
Akhirnya rakyat sendiri terpaksa menyingkirkan UMNO. Bukan sahaja pemimpin besar UMNO yang lain bahkan turut mengorbankan sahabat-sahabat saya pelapis muda yang berpotensi dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Perubahan baru Malaysia pasca PRU15 memberi signal jelas daripada rakyat untuk UMNO agar lebih serius melakukan perubahan tampuk kepimpinan selari dengan denyut nadi rakyat.
Era parti terbesar dan memiliki ahli teramai yang mampu menjanjikan kemenangan telah berlalu. Hakikatnya, peratusan ahli UMNO sebagai pengundi jauh lebih kecil daripada pengundi bukan parti.
Sebagai pemimpin muda dalam parti, saya juga menyahut seruan YAB Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa dengan penuh rasa hormat dan rendah diri agar YB Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mengundurkan diri.
Bahkan dalam situasi genting hari ini, sebarang bentuk rundingan perlu dibawa ke meja perbincangan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Namun, saya menzahirkan rasa kecewa kerana seolah-olah MKT sebagai pembuat keputusan tertinggi diketepikan dan mesyuarat MKT dibatalkan.
Parti memerlukan perubahan mutlak mendengar suara hati rakyat. Bukan sahaja kehendak akar umbi UMNO semata, tetapi kehendak hati nurani rakyat sebagai pengundi majoriti,” luah Dira.
Untuk rekod Dira merupakan Timbalan Speaker DUN Melaka.
Beliau juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar yang juga merupakan wakil rakyat DUN Rim.
Bayangkan makan somtam seafood mabeles ini dengan nasi panas-panas. Fuh! tengok gambar pun dah kecur, lagi suruh bayangkan. Resepi ini asalnya dari Thailand dan dipanggil juga Kerabu Seafood.
Silalah hadam resepi yang dikongsikan Puan Rohani Ahmad (ciknie) ini ya. Sebabnya, mudah saja, bahannya pun senang nak jumpa. Boleh buat terus dan jadi juadah berbuka puasa yang membuka selera lagi sedap.
“Dah lama ciknie tak share resepi. Hari ni teringin nak berkongsi resepi kerabu seafood atau biasa selalu kita sebut somtam seafood sebab makanan ni pun ciknie cedok dari seberang sana.”
“Okay tak mo cakap banyak. Resepi ni ciknie tak ada sukatan. Kalau tengok memang banyak, macam biasa la keluarga ramai. Buat sikit tak cukup makan so pandai pandai la awak sukat sendiri eh.”
Bahan Bahan Somtam Seafood Mabeles
+ Bawang putih
+ Cili api merah
+ Limau nipis
+ Gula atau nise (Ciknie guna nise)
+ Sedikit Ajinomoto
+ Sos ikan
+ Sotong yg dah di rebus
+ Udang dah siap kopek dan rebus
+ Kerang yg siap rebus
+ Kacang panjang
+ Baby tomato
+ Daun bawang potong pendek
Cara Cara
+ Tumbuk bawang putih dengan cili api bagi lumat. Masukkan gula @ nise, sedikit aji, sos ikan dan tumbuk manja supaya tak terpercik sos ikan tu.
+ Masukkan kacang panjang yang dah di potong pendek dan baby tomato gaul rata dan masukkan jus perahan limau
+ Lepas tu baru masukkan sotong, udang dan kerang yang siap rebus tadi. Tumbuk manja manja je atau gaul je bagi ia sebati. Lepas tu masukkan daun bawang. Tak nak bubuh daun bawang pun tak apa. Siappp! Mudah kan?
Somtam seafood ni dia kena ada rasa masam, pedas, sedikit manis dan sedikit masin. Orang kata biar seimbang rasa dia tu baru sedap. Kalau tak masam pun tak sedap juga tau, tak pedas lagi tak umpphhh. So selamat mencuba!
Zahnita nekad bercerai, suami tiada usaha memujuk. Seperti yang diketahui umum pergolakan rumah tangga di antara bekas supermodel dan pelakon Zahnita dan suaminya, Abdul...