Bell Ngasri pecah rekod ABPBH35, penaja dedah terima 21 juta undian dari rakyat Malaysia. Dari watak kecil hinggalah utama, Bell Ngasri tidak pernah lelah menghiburkan rakyat Malaysia.
Ternyata usahanya berbaloi apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 dan meraih undian sebanyak 21 juta dari rakyat Malaysia.
Bell Ngasri Pecah Rekod ABPBH35
Hal ini dikongsikan oleh penaja utama anugerah ini, Sharifah Kyhra Muhsin yang juga pemilik Fellera, iaitu pengeluar produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa.
Dalam fbnya, Khyra turut mendedahkan doa Bell untuk menunaikan umrah menjadi kenyataan apabila menerima hadiah menunaikan umrah di atas kemenangan sebagai Bintang Paling Popular 2023.
Penaja Dedah Terima 21 Juta Undian Dari Rakyat Malaysia
Jelas Khyra, usaha Bell berlakon 37 tahun dalam industri, usaha Bell tanpa ada menghargai akhirnya berbaloi.
Katanya, dari cerita Bell selama 37 tahun dalam industri tak ada siapa yang pernah memilihnya sebagai antara artis yang sewajarnya dihargai.
“Tak ada nobatkan kemenangan tapi tetap buat untuk cari rezeki. Dari kecik ke hulu ke hilir. Naik bas pergi shooting sebab nak cari rezeki. Setelah 37 tahun, barulah satu Malaysia menyokong dan finally menjadi Bintang Paling Popular.
Itulah lumrah.
Sama dalam business, kita akan penat bila mintak dihargai, dimenangkan tapi kalau kita ikhlas buat untuk diri kita, untuk hidup kita, itu dah cukup bahagia.
Bell yang sangat merendah diri dan merasakan diri takde apa-apa, alhamdulillah ABPBH 35 melakar sejarah, dengan pecah rekod menerima undian sebanyak 21 Juta. Fuh power!
Untuk menghargai Bell Ngasri,
Ads
Felleraskin hadiahkan satu pakej umrah untuk Bell.
Tak tau plak memang Bell niat @ nazar kalau dia menang dia nak pergi umrah. MashaALLAH betul rezeki Bell ke umrah melalui Felleraskin. Alhamdulillah, Tahniah Bell Ngasri.
Siang di rumah suami pertama dan malam melayan suami kedua dan kejadian ini berlaku di utara tanahair. Ikuti temubual MW bersama peguam, Shazril Khairy Haji Mustafa yang memviralkan kes wanita bersuami dua ini.
Umpama mimpi apabila tragedi kepala air melibatkan ahli keluarga sendiri. Adik kepada mangsa tragedi ini akui masih terkejut dengan kejadian yang melibatkan keluarga kakaknya dan berharap semoga masih ada mangsa yang terselamat.
“Saya masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku ini.”
Demikian kata Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya, Allahyarham Azizah Eiyi, 40, dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Ahad.
Syawalluddin Eiyi bagaimanapun berharap ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.
Mengulas lanjut, dia memberitahu mengetahui kejadian tersebut setelah tular di media sosial selain usaha pihak polis mengesan keluarga mangsa.
“Saya diberitahu polis datang ke rumah ibu dan ayah saya di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan untuk mengesan ahli keluarga.
“Kebetulan juga saya ternampak berita tular di Facebook berserta nombor plat kereta yang dinaiki kakak saya sekeluarga,” katanya.
Menurut Syawalluddin, tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi itu.
“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,” ujarnya.
Syawalluddin yang kini berada di Melaka berkata, kali terakhir dia bertemu kakak dan abang iparnya pada Jumaat lalu.
“Sebelum ini mereka memang pernah bermalam di kawasan itu memandangkan abang ipar saya bekerja di sana (Terengganu).
“Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat,” luahnya.
Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat kini giat dijalankan pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, identiti 8 individu termasuk tujuh sekeluarga yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dekat sini pada Ahad, dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, tujuh sekeluarga itu ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat tragedi itu iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah hari.
“Identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, pada Ahad malam.
“Keluarga berkenaan berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam tadi.
Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.
“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.
Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang Ahad atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi ini.
“Setakat pukul 10 malam ini (Ahad), tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.
“Esok (Isnin) kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.
“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.
Beliau berkata, operasi SAR pada Isnin akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.
Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pada Isnin dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.
Dalam pada itu, katanya mayat Azizah dan Muhammad Zulqarnain Haikal akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Isnin untuk bedah siasat. – Bernama
Cara bapa muda bedung anak kecil bikin ramai terhibur, ingat ketayap atau Vietnam roll ke. Anak adalah penghubung kasih sayang suami isteri. Memiliki anak di usia muda adalah satu kurniaan terindah bagi pasangan yang memilih berkahwin di usia muda.
Walau agak kekok kerana belum biasa tetapi cabaran-cabaran menguruskan anak kecil beginilah yang membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.
Satu perkongsian di Tik Tok @hanafamily23 membuatkan ramai terhibur apabila bapa muda ini dilihat cuba membantu isteri dengan membedung anak kecil mereka.
Namun caranya membedung buat ramai yang ketawa kerana caranya membedung seolah-olah dirinya sedang menggulung kuih ketayap atau Vietnam roll.
Bahkan gelagatnya itu membuatkan isterinya terhibur saat melihat gelagat suaminya yang tidak berapa mahir membedung sehingga menyebabkan dia menggulingkan anak mereka supaya bayi mereka dapat dibalut sepenuhnya.
Perkongsian ini mendapat tontonan 2.4 juta dan ramai menyifatkan ianya mesti kerja orang lelaki. Bahkan ada yang kata, caranya membedung umpama melipat Vietnam Roll dan kuih ketayap terlebih inti.
Juruteknik meninggal di sengat tebuan, kawan luah rasa sedih “tenanglah sahabat di sana. Usaha seorang lelaki keluar mencari rezeki buat keluarga terhenti apabila disahkan meninggal dunia akibat disengat tebuan.
Mohamad Hafizuddin Husim, 30 disahkan meninggal dunia hanya mampu bertahan 24 jam saja selepas disengat pada hari Rabu ketika melakukan kerja baik pulih kerosakan di sebuah pencawang komunikasi di Felda Gunung Bongsu Karangan, Kulim pada Rabu lalu.
Rakan baik kepada arwah, Hafizzy Aziz dalam perkongsiannya pada awalnya memohon doa dari orang ramai agar sahabatnya selamat namun akhirnya tak mampu bertahan.
“Tenanglah di sana wahai sahabatku Muhammad Hafiz,” tulisnya dalam perkongsian di fbnya.
Dalam pada itu, memetik laporan Awani, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, Mohamad Hafizuddin Husim, 30, disahkan meninggal dunia pada jam 12.10 tengah malam ketika menerima rawatan di Hospital Kulim.
Kataya, polis menerima laporan kejadian itu yang dibuat rakan mangsa jam 3.30 pagi Khamis.
“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian (petang Rabu), mangsa sedang melakukan kerja baik pulih kerosakan di atas pencawang sebelum tiba-tiba diserang kawanan tebuan.
“Mangsa yang dalam keadaan lemah sempat turut dari pencawang dan terus dibawa ke sebuah klinik kesihatan untuk menerima rawatan. Doktor yang merawat mangsa kemudian meminta mangsa dihantar ke Hospital Kulim kerana keadaan mangsa agak tenat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Lagi kejadian kanak-kanak terjatuh dari apartment di Kajang Selangor. Cukup tragis kerana anak lelaki berusia 11 tahun itu masih bersuara waktu jatuh dan akhirnya disahkan pergi buat selama-lamanya.