Sekarang nie musiam durian merata-rata. Durian kampung, Musang King, IOI, Udang Merah menjadi kegilaan orang ramai. Harganya pun bukan calang-calang, maklumlah masih baru ada di pasaran. Tunggulah beberapa minggu lagi, harganya mungkin murah sikit.
Dalam membeli durian, ramai yang tidak puas hati tentang harganya. Nasib tak berapa baik, durian saja besar tapi isi dalamnya hanya beberapa ulas. Lebih sedih bila isinya buruk. Naik angin pulak si pembeli. Tapi, menjadi persoalan bila timbang sebiji durian, memang berkilo-kilo tapi isinya hanya berapa ulas sahaja. Sehinggakan kita sebagai pembeli merasa tertipu.
Jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menjawab soalan tentang perkara ini.
Assalamualaikum, tuan mufti. Adakah buah durian haram dijual mengikut sukatan kilogram kerana kulitnya lebih banyak dari isi?
IKLAN
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Kaedah menyebut:
الأصل في العقود هو التراضي
Maksudnya: Hukum asal dalam akad ialah keredhaan dua belah pihak.
Tidak Redha
Dalam jual beli durian selalu yang menjadi masalah ialah apabila dijual beli mengikut timbangan, dan bukannya jenis dan kualiti durian itu. Justeru, berlakulah situasi contohnya isi durian yang mengkal (tidak masak), busuk dan rosak. Di sini, pembeli menjadi tidak redha kerana manfaat yang dibeli tidak diperolehi.
IKLAN
Situasi ini bertepatan dengan sebuah hadis bahawa Rasulullah SAW menegur penjual kurma yang meletakkan kurma yang kering di atas kurma yang basah untuk mengelabui pelanggan.
Sabda Rasulullah SAW:
أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ، مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Maksudnya: Apakah engkau sengaja tidak meletakkan yang basah itu diatas takut dilihat orang? Barangsiapa yang menipu maka bukan daripada kalanganku. Hadis riwayat Imam Muslim (102)
IKLAN
Akad Jual Beli
Justeru, digalakkan melakukan akad jual beli durian dengan cara yang lebih jelas. Contohnya, dengan membuka sebahagian durian itu terlebih dahulu diketahui isinya. Cara lain juga seperti yang dilakukan peniaga-peniaga hari ini dengan meletakkan isi buah di dalam bekas yang boleh dilihat oleh pelanggan. Dengan itu, pembeli dan penjual saling meredhai dan hasil jualan juga diberkati.
Wallahua’lam.
Tidak kiralah dengan sesiapa pun, jika mak, ayah buat salah cepat-cepat minta maaf. Beralahlah walaupun bukan kita puncanya semata-mata untuk memulihkan hubungan. Tidak salah rendahkan ego dan meminta maaf.
Hari-hari kita buat salah dengan Allah. Hari-hari pula kita merintih merayu supaya Allah ampunkan dosa kita. Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa malu.
Namun, itu tak sesekali menjadikan kita manusia hina. Bahkan kita jadi lebih mulia. Bahkan ia mengangkat darjat dan martabat kita di sisi-Nya.
Ada kala kita buat salah dengan manusia secara spesifik. Kita kena cepat-cepat minta maaf dan mengaku salah kita. Takut nanti tak sempat. Takut nanti ada salah seorang daripada kita yang mati dulu.
Jangan dipelihara rasa sombong dan ego kita. Beralahlah walaupun ada kalanya kita bukanlah puncanya pun. Itu akan memulihkan hubungan kita yang mungkin retak jika dibiarkan berlama-lama.
Minta Maaf dan Mengaku Salah
Terkadang juga kita buat salah dengan manusia secara umum. Tambah pula kalau kita ini figura masyarakat, selebriti, ahli politik dan tokoh agama.
Usah dibelit-belit lagi jika ternyata memang ianya salah kita. Usah dicari-cari dalil dan dalih untuk membenarkan tindakan kita. Sehingga kita terpaksa berbohong ke sini dan ke sana.
Yang salah itu salah. Walau macamana caranya sekalipun kita berusaha untuk justify, ia tetap salah.
Jangan cari salah orang untuk tutup salah sendiri. Sampai tergamak tuduh orang sana sini. Hingga tak tersedar boleh jadi fitnah dan caci maki.
Jangan salah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan diri. Tafsir dan hurai ikut sedap hati. Reka dan tokok tambah fakta ikut nafsu. Itu namanya menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Jangan petik hadis Nabi Muhammad SAW untuk sokong kelemahan diri. Pusing sana, sini juga supaya kena dengan kita dan selera kita. Selongkar juga sampai tak kira sudah hadis tu apa statusnya. Ini memang perbuatan terkutuk lagi terkeji.
Mengaku salah. Minta maaf. Jangan diulang lagi. Itu saja caranya.
Orang yang suka mengaku salah, itu orang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
#KAB
MW: Ternyata orang yang mengaku salah dan sering meminta maaf adalah orang yang hebat. Percayalah.
Tak dinafikan sekarang ini, ramai perempuan sudah pandai cari duit poket. Baik yang belum kahwin mahupun sudah berkahwin. Mereka pencari nafkah untuk membantu pasangan atau keluarga sendiri.
Boleh dikatakan banyak cara untuk perempuan pencari nafkah ini. Lebih-lebih lagi jualan melalui media sosial seperti produk kosmetik, makanan, pakaian dan sebagainya.
Cuma, ada segelintir pencari nafkfkah ini menggunakan cara yang salah dengan mengambil jalan singkat untuk lariskan produk sehingga sanggup lakukan perkara yang memalukan diri sendiri.
Teguran Siti Nur Madihah dala perkongsiannya tentang perempuan pencari nafkah agar menjaga adab. Jangan sanggup melakukan keletah atau aksi yang memalukan sendiri demi untuk lariskan jualan.
Kehidupan ini tidak seringkas yang orang lihat, bukan? Kau, wanita cekal yang membesarkan anak sendirian. Kau, gadis bujang yang berjuang meneruskan kelangsungan hidup di kota metropolitan. Kau, perempuan pencari nafkah di penghujung zaman.
Tulisan ini untuk kau; yang saban malam dan siang, bergelut dengan ombak dan badai yang tak mengenal kasihan.
Kalau dulu, para lelaki segan membiar wanita-wanitanya berhempas pulas membanting tulang. Hari ini, banyak keadaan yang telah serba terbalik dan sengaja dibuat songsang.
Hari ini, para wanita harus memaksa diri ke depan. Kadangkala, bukanlah kerana kesanggupan, tetapi lebih kepada kerana ranjau hidup yang mencengkam. Dan tidak ada yang cuba meringan beban, meskipun di kelilingnya, masih punya wali-wali lelaki yang seharusnya menjaga keperluan.
Tetapi dunia sudah semakin pekak dan kabur pandangan. Apa lagi yang boleh diharapkan dari kejahilan manusia dalam memahami aturan Tuhan?
Jaga Kehormatan DIri
Bahawa kita, para perempuan perlu memelihara kehormatan dan melindungi rahim yang mengandungkan zuriat keturunan. Namun, keadaan yang mendesak telah memaksa seorang ibu dan bakal ibu berjuang di jalanan. Tidak peduli lagi soal keselamatan, tidak mampu lagi memikirkan soal maruah dan kesopanan.
Tuhan melihat setiap kesukaran yang kau pendam.
Pun begitu, setiap perkara yang kita lakukan ada adab dan garis panduan. Sebab kita bukan ternakan tanpa akal dan pertimbangan.
Walau apa pun alasan, jangan gadaikan harga diri dan kemuliaan yang diberikan oleh Tuhan.
Jangan tewas oleh kehendak pasaran. Demi melariskan jualan, kau sampai sanggup mempertayang diri dengan aksi dan keletah mencuit hati dan emosi para pelanggan.
Demi menaikkan tontonan, kau sampai sanggup hasilkan konten-konten sampah yang sia-sia asalkan menghiburkan. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara, teman.
Demi Mencari Rezeki
Bertahanlah, di medan mencari nafkah ini, dengan cara yang terpuji dan terpelihara dari sebarang bentuk aktiviti yang dicela oleh Tuhan. Kerana Tuhanlah yang mencukupkan rezeki, terutamanya ketika semua orang meninggalkan atau buat-buat tidak perasan.
Peganglah kisah dua orang anak perempuan Nabi Syuaib ‘alaihissalam, yang keluar berdua untuk mendapatkan air di tempat awam. Belajarlah bagaimana mereka teguh menjaga kesucian dalam proses memenuhi keperluan.
Lalu Tuhan mentakdirkan Nabi Musa a.s untuk menyaksikan dan menghulur pertolongan. Nabi Musa a.s, pemuda perkasa lagi jujur, Al-Qawiy Al-Amin, berkredibiliti dan berintegriti, akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga mereka.
Kita barangkali tidak akan bertemu lelaki era kini yang berusaha mencontohi Nabi Musa, tetapi jangan berhenti berusaha mencontohi dua anak perempuan Nabi Syuaib.
Sebab tujuan kita adalah Akhirat yang abadi, bukan dunia yang tak pasti.
Dan untuk para lelaki yang sewajarnya melindungi, sebelum gigih menuding jari dan ketawa mengeji apabila melihat para perempuan melakukan perkara-perkara bodoh bagi mencari rezeki, tanya diri dahulu, apa yang dah kau lakukan untuk memberdaya sesama sendiri?
Menjawablah para suami, bapa, abang, adik lelaki, bapa saudara, di mahkamah Tuhan kelak, apabila ada dalam kalangan wanita mereka yang sampai terpaksa melakukan apa sahaja demi sesuap nasi.
“Korban ni bukan untuk orang kaya je, orang miskin macam kita pun boleh” begitulah ungkapan yang juga pembakar semangat buat kita yang kurang berkemampuan untuk melakukan ibadah korban.
Setuju dengan coretan yang ditulis menerusi Facebook Normaliza Mahadi di mana nasihatnya mulai akhir bulan ini kita sudah boleh menyimpan untuk melakukan ibadah korban tahun 2023.
Jika tahun ini kita tidak berkesempatan dan kurang wang untuk lakukan ibadah korban. Bagi tahun depan, 2023 kita sudah boleh buat persediaan dengan menabung sedikit dari wang gaji setiap bulan.
“Korban Ni Bukan Untuk Orang Kaya Je, Orang Miskin Macam Kita Pun Boleh”
Benarlah usha itu tangga kejayaan, jika kita konsisten dan beri komitmen dalam menabung sudah pasti apa yang diinginkan akan mendapat kejayaan.
Ikuti nasihat dan cara perkiraan Puan Normaliza menabung untuk Qurban tahun 2023.
“Qurban tahun 2023
“Tahun depan Hari Raya Qurban jatuh pada akhir bulan Jun.
“Kita ada lebih kurang 12 kali gaji lagi (untuk yang bekerja tetap) dan 12 bulan untuk yang berkerja sendiri. Sama ajelah sebenarnya.
“Tahun ni kambing korban lebih kurang RM1200 seekor. Lembu 1 bahagian RM800.
RM1200/12 = RM100 sebulan
RM800/12 = RM67 sebulan.
“Jadi bolehlah mula menyimpan hujung bulan ni.
“Macamana nak cari RM100 extra sebulan?
“Ini gunalah kreativiti memasing. Ikutlah tuan punya badan. Nak 1000 daya tak nak akan ada 1000 dalih.
“Berkorban ni bukan untuk orang kaya aje, orang miskin macam kita semua pun boleh. Yang penting berusaha bersungguh-sungguh. Kan?
“Ajak kawan-kawan join sekali. Kumpul ramai-ramai. Bestnya bila tengok kawan tambah simpanan qurban, kita pun bersemangat nak tambah.
“Akhirnya tahun depan kita buat qurban,” kongsi Puan Normaliza Mahadi.
“Menabung Dan Berkorban. InsyaAllah Dipermudahkan”
Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan pendapat yang bernas. Malah mereka juga berkongsi pengalaman mengumpul duit untuk ibadah korban.
Mingguan Wanita : Idea yang bernas, bolehlah pakat dengan adik beradik kumpul duit dari sekarang.
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.Seperti mana yang dikongsikan...