Sekali sekala, kalau keluar makan atau terjumpa barang kesukaan suami, tak salahpun belanja suami untuk gembirakan dia.

Selalunya, isteri mengharapkan suami gembirakan hatinya. Tapi bagaimana pun nak gembirakan hati suami. Mungkin inilah salah satu caranya, jangan berkira untuk belanja suami. Percayalah, dengan cara ini boleh membuatkan rezeki isteri bertambah-tambah.

Antara perkongsian daripada Nor Zaleha Hasan Basri ini untuk isteri yang nak rasa rezeki berlebih-lebih, cubalah amalan ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Suami Berilah ‘Duit Poket’ Untuk Isteri Simpan & Belanja Walaupun RM10, Jangan Lokek!

Isteri Nak Rezeki Datang Tanpa Henti, Rajinlah BELANJA Suami, Anak & Sentiasa Ucapkan ‘Basmalah’

Info Lebih Menarik DI SINI

Belanja Suami, Rezeki Bertambah

 Khas untuk Isteri yang nak rasa rezeki terlebih-lebih (Dengan Izin Allah Taala)

  1. Jangan berkira-kira dengan suami. Meskipun yang layak Isteri menerima belanja dari suami.

  1. Jangan berkira dengan mak ayah atau mak ayah mertua. Ikram mereka seikhlasnya walaupun dalam kocek tinggal berapa keping je.

  1. Jangan berkira dengan anak-anak. Gembira mereka, rezeki kita Insya Allah akan hadir lebih & lebih lagi.

  1. Jangan berkira dengan adik beradik pun. Biarpun adik beradik gajinya lebih dari kita.

  1. Jangan berkira dengan saudara mara dekat mahupun jauh. Usaha call, usaha tanya, usaha juga ikram mereka.

  1. Jumpa sahabat dalam kesusahan, bantulah. Tidak dari wang ringgit, cukup untuk bertanya keadaan.

  1. Tidak semua ada wang yang banyak untuk diberi, cuma kita ada kudrat. Gunalah & infaklah kudrat tersebut kerana Allah Taala.

  1. Ramai susah nak bangun tengan malam. Namun kalau kita cuba juga usaha, di situ sudah ada pahala berganda. Sebab nak bangun malam, nak doa untuk suami/isteri, anak anak, mak/ayah, adik beradik, saudara mara, sahabat — agar diampunkan dosa mereka dari akil baligh sehinggalah ke hari Allah Taala ambil nyawa mereka.

 

Cubalah.

Tak semua pun, cubalah buat salah satu.

Bila buat jangan harapkan apa apa.

IKLAN

Ikhlas kan sahaja & yakin Allah Taala akan pulangkan semula. Tidak di dunia, lagi banyak & kekal di akhirat sana.

Waktu sekarang, tak dibayar semula dekat dunia pun takpe dah — semua duk berkejaran kumpul saham pahala untuk nak masuk Syurga.

Kalau kita rasakan amalan kita dah cukup, dah confirm Syurga itu kita punya — abaikan je dekat atas.

 

Mingguan Wanita : Bila kita tak berkira, Insya Allah, rezeki sentiasa ada. Percayalah.

 

Sumber: Nor Zaleha Hasan Basri

IKLAN

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

IKLAN

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

#bangkitwanita

#langkahyakinlakarkejayaan

#bisnesdarirumah

#mingguanwanita

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI