
Tidak kiralah dengan sesiapa pun, jika mak, ayah buat salah cepat-cepat minta maaf. Beralahlah walaupun bukan kita puncanya semata-mata untuk memulihkan hubungan. Tidak salah rendahkan ego dan meminta maaf.
Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri dan fahami sebaiknya:
Mengaku salah sifat yang mulia.
Hari-hari kita buat salah dengan Allah. Hari-hari pula kita merintih merayu supaya Allah ampunkan dosa kita. Tanpa rasa jemu. Tanpa rasa malu.
Namun, itu tak sesekali menjadikan kita manusia hina. Bahkan kita jadi lebih mulia. Bahkan ia mengangkat darjat dan martabat kita di sisi-Nya.
Ada kala kita buat salah dengan manusia secara spesifik. Kita kena cepat-cepat minta maaf dan mengaku salah kita. Takut nanti tak sempat. Takut nanti ada salah seorang daripada kita yang mati dulu.
Jangan dipelihara rasa sombong dan ego kita. Beralahlah walaupun ada kalanya kita bukanlah puncanya pun. Itu akan memulihkan hubungan kita yang mungkin retak jika dibiarkan berlama-lama.
Minta Maaf dan Mengaku Salah
Terkadang juga kita buat salah dengan manusia secara umum. Tambah pula kalau kita ini figura masyarakat, selebriti, ahli politik dan tokoh agama.
Usah dibelit-belit lagi jika ternyata memang ianya salah kita. Usah dicari-cari dalil dan dalih untuk membenarkan tindakan kita. Sehingga kita terpaksa berbohong ke sini dan ke sana.
Yang salah itu salah. Walau macamana caranya sekalipun kita berusaha untuk justify, ia tetap salah.
Rendahkan diri. Rendahkan hati.
Baca Juga Di sini:
Hormat Suami Lelaki Akan Lembut Hati Bila Isteri Kerap Minta Maaf
Suka Nampak Salah Orang, Sebenarnya Cerminan Diri Sendiri Tak Sempurna
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Jangan cari salah orang untuk tutup salah sendiri. Sampai tergamak tuduh orang sana sini. Hingga tak tersedar boleh jadi fitnah dan caci maki.
Jangan salah guna ayat Al-Quran untuk kepentingan diri. Tafsir dan hurai ikut sedap hati. Reka dan tokok tambah fakta ikut nafsu. Itu namanya menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Jangan petik hadis Nabi Muhammad SAW untuk sokong kelemahan diri. Pusing sana, sini juga supaya kena dengan kita dan selera kita. Selongkar juga sampai tak kira sudah hadis tu apa statusnya. Ini memang perbuatan terkutuk lagi terkeji.
Mengaku salah. Minta maaf. Jangan diulang lagi. Itu saja caranya.
Orang yang suka mengaku salah, itu orang hebat. Hebat dunia, hebat akhirat.
#KAB
MW: Ternyata orang yang mengaku salah dan sering meminta maaf adalah orang yang hebat. Percayalah.
Sumber: Khairul Anuar Basri
Doktor Kongsi Saat Nazak Menurut Sains & Islam, Perhati Jika Ada Tanda Ini Pada Ahli Keluarga Tenat

Doktor kongsi saat nazak menurut sains & islam! Jika ada tanda ini pada ahli keluarga tenat, masanya singkat.Ramai diuji dengan keuzuran khususnya bagi mak ayah kita yang umurnya mungkin sudah lanjut.
Di saat kita mendoakan keduanya dipanjangkan usia tetapi ajal maut, jodoh pertemuan sudah ditetapkan oleh Allah sejak di luh mahfuz lagi. Sebagai anak atau diuji dengan ahli keluarga yang sedang sakit tenat, ada baiknya kita belajar sedikit ilmu dari sudut sains dan islam yang dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Abdul Rahim dari Klinik Abdul Rahim, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Ilmu yang patut anda fahami. “Tahukah apa tanda-tanda nazak menurut SAINS dengan ISLAM?”
Doktor hurai cara detail saintifik tanda-tanda penting unttuk kita semua tahu ketika menjaga pesakit yang kita sayangi sebelum dijemput Illahi supaya kita dapat pelajaran darinya. Tanda ini tidak sama bagi setiap orang dan ia hanya sebagai panduan sahaja untuk sahabat semua.
Doktor Kongsi Saat Nazak Menurut Sains & Islam
Waktu kematian sudah ditetapkan Allah sejak azali lagi. Dari sudut sains ketika nazak, ini yang perlu kita ketahui.
Apa tanda-tanda sakaratulmaut/nazak kita dah hampir?
Dalam SAINS:-
1)Kita akan mula-mula sekali HILANG SELERA MAKAN. Tahu tak anda, sistem organ kita yang pertama yang “menutup” tugasannya adalah sistem pencernaan bila nazak kita dah hampir.
Pencernaan banyak sekali mengguna tenaga kerana banyak kerja usus kena proses makanan kita tiap hari! Dalam beberapa minggu terakhir kita, sebenarnya usus tak perlu memproses makanan kerana tak diperlukan badan kita lagi untk membina sel baru sebab kita dah nak tinggalkan alam ni.
Hilang selera makan & minum. Perut mula kembung. Tenaga kita menurun mendadak. Kelemahan fizikal amat ketara. Kita akan banyak TIDUR daripada terjaga kerana keletihan. Najis makin tiada sebabkurang makan dan minum. Ini permudah orang yang urus mayat kita ketika mandikan mayat nanti & tak payah tekan-tekan perut kita untuk keluarkan najis kita.
Nota : Manusia memerlukan makanan & air untuk terus hidup. Sekurang-kurangnya 60% badan orang dewasa terdiri dari air. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama 3 minggu tapi boleh bertahan selama 3-4 hari tanpa air.
- Pernafasan cetek & tak teraturKetika saat kematian semakin hampir, pernafasan orang kita sayangi menjadi perlahan dan tak teratur. Mungkin berhenti dan kemudian bermula semula atau berhenti yang panjang di antara nafas pendek. Ia dikenali sebagai pernafasan Cheyne-Stokes. Ia bertahan untuk waktu yang singkat atau lama sebelum pernafasan akhirnya berhenti.
3 Blood pressure anda menurun & denyutan jantung/heart rate makin pantas tapi selepas tu makin lemah & perlahan.
Doc nak khabarkan bahawa bila pesakit menghampiri kematian, jantung tak dapat mengepam secara normal, tekanan darah rendah dan darah beredar dengan teramat kurang ke seluruh badan. Dengutan jantung makin perlahan dan susah didengar. Akhirnya di ECG tiada lagi impulse. ECG mendatar bermakna sudah tiada nyawa.
- Keluaran volume dan warna kencing berubah
Fungsi ginjal secara beransur-ansur berhenti menghasilkan air kencing ketika kematian semakin hampir. Air kencing anda akan menjadi coklat gelap pekat atau merah tua. Juga, jumlah air kencing yg dihasilkan oleh buah pinggang berkurangan sehingga terhenti dihujung hayat.
- Perubahan physical
- Kelihatan edema/pembengkakan tangkungan cecair pd tangan, kaki, punggung & paru-paru bagi orang yang hampir mati atau BED RIDDEN kerana kekurangan zat makanan protein. Orang uzur hanya makan air dan nasi moi/bubur atau makan minum yang tak berzat atau berprotein.
- Tangan & kaki sejuk & pinkish atau kebiruan atau pucat sebab kurang darah dan oksigen ke seluruh badan, maka tubuh badan jadi SAKIT. Seluruh kulit berbintik sebab yang sama.
- Kekeliruan mental atau delirium/nyanyuk sebab kurang darah dan oksigen ke otak. Suhu badan tak terkawal sebab otak mula tak berfungsi maka kulit mereka sejuk, hangat, lembap, atau pucat tak tentu masa.
- Mata mereka akan sering terbuka dan tak berkelip
- “Hidung Jatuh” (bahasa kampung ni). Sebenarnya dalam sains, ketika nazak darah dan oksigen amat kurang dari jantung ke seluruh tubuh. Hujung hidung hanya daripada kulit dan isi je tapi batang hidung daripada kulit, isi & RAWAN/CARTILAGE yang lebih keras. Maka hujung hidung terkulai, penyet, “jatuh” kerana tiada darah dan oksigen. Sebenarnya lubang hidung jadi menyempit atas sebab ini.BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gagal Kawal Kesedihan, Luluh Hati Ayah Berkali-Kali Kucup Jenazah 3 BeradikAyah Meninggal Di Hari Peperiksaan, Anak 16 Tahun Imamkan Solat Jenazah Ayah
Selepas 17 Tahun, Jenazah Guru Mengaji Masih Keadaan Elok Tak Hancur!
6. Organ kita yang mana akan DIMATIKAN dulu & yang terakhir bila kita MATI?
Wahai sahabat-sahabat Doc, mayat secara keseluruhan mungkin mati, tapi bahagian-bahagian tertentu di dalamnya masih HIDUP.
- Otak adalah organ pertama yang mula2 rosak dan organ2 lain mengikutinya. Sebab sel otak dan saraf memerlukan bekalan oksigen yang berterusan ketika kita hidup dan akan mati di dalam beberapa minit, setelah berhenti bernafas.
2.Yang seterusnya mati adalah jantung, diikuti oleh hati, kemudian ginjal dan pankreas, yang dapat bertahan sekitar 1 jam.
- Rahsia terakhir yang Doc nak share, yang harus anda SIMPAN & GUNAKAN ketika orang dikasihi berada di penghujung kematiannya /sakaratulmaut:
- Tahu tak anda Deria Kelaparan adalah yang pertama akan hilang ketika nak mati. Kemudian deria dahaga hilang. Dituruti deria cakapan hilang & seterusnya diikuti dengan hilang penglihatan. Indera terakhir untk pergi kembali kepada Allah adalah SENTUHAN/ SENSORI SAKIT & PENDENGARAN.Maka Nasihat Doc:
- Memang kita, rasa TERAMAT SAKIT ketika terakhir kita hembus nafas terakhir. DI SAAT roh telah dicabut daripada jasad dari kaki ke lutut ke perut dan dari halkum akan melalui saat sakaratulmaut & mengalami kesakitan yang amat sangat.
b.Dalam ilmu ni bahwa PENDENGARAN dianggap sebagai pengertian terakhir dalam proses kematian, jadi jangan sekali-kali menganggap orang tu tak dapat mendengar anda ketika nazak. Terbaik ajar si nazak MENGUCAP di telinganya nama ALLAH atau syahadah di telinganya sebelum nyawa keluar daripada badannya.
Oleh tu, sebaiknya mengajar orang yang kita sayangi yang hampir meninggal dunia denga kalimah suci “Laa Ilaaha Illallah” ketika sekaratulmaut kerana ia masih DENGAR kata-kata anda. Allahualam.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Kenapa Nama Dajjal Tidak Disebutkan Di Dalam Al-Quran Seperti Firaun?

Kenapa nama dajjal tidak disebut dalam Al-Quran seperti Firaun? Ramai yang tahu tentang Dajjal. Tapi namanya langsung tidak disebut di dalam Al-Quran.Hanya ada dalam hadis. Pada hal fitnah Dajjal disebut paling gelap, paling hina dan paling keji. Tapi kenapa kisah Dajjal tidak ditulis di dalam Quran sebagaimana kisah Firaun?
Perkongsian dari Mufti Wilayah Persekutuan ini pasti menjawap, kenapa kisah Dajjal tidak ditulis di dalam Al-Quran. Di manakah Dajjal akan keluar? Bilakah muncul atau keluarnya Dajjal? Apakah terdapat golongan yang mengingkari akan kewujudan Dajjal ini? Siapakah Ibn Shayyad (ابن صياد) itu Dajjal? Dan apakah kesudahan daripada fitnah Dajjal ini?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Irsyad al-Hadith pada kali ini akan menerangkan secara ringkas berkaitan Dajjal menurut perspektif sebenar mengikut al-Qur’an dan al-Hadith. Sebagaimana yang kita ketahui, Dajjal merupakan fitnah yang paling dahsyat dan ia akan berlaku di akhir zaman. Untuk itu, Nabi SAW sentiasa memberi pesanan kepada umatnya agar berjaga-jaga dengan fitnah ini. Bagi menjawab persoalan di atas, sudi bagi kami untuk menyatakan terlebih dahulu berkaitan definisi Dajjal.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- ”Henti Sebar Fitnah, Ibu Masih Bersedih.” Pemandu MyVi Pitam Selepas Ziarah Kubur
Nak Berpurdah Pakailah Betul-betul, Jangan Mengundang Fitnah Pula
Definisi Dajjal
Dajjal dari sudut bahasa bermaksud menutup akan sesuatu. Ini kerana, Dajjal antara sifatnya adalah al-Kazib (pendusta) dan pendustaan adalah menyembunyikan atau menutupi akan sesuatu. Selain itu, Dajjal juga bermaksud menyembunyikan kebenaran dan membuat tipudaya terhadap manusia serta menampakkan kecantikan pada perkara yang bathil. Dajjal juga datang dalam sighah (acuan) mubalaghah (melampau) iaitu “فَعَّال” kerana Dajjal ini banyak melakukan pendustaan dan tipudaya.
Manakala dari sudut istilah pula, Dajjal boleh dikenali dengan beberapa sifat yang dikhabarkan oleh Baginda SAW melalui hadith-hadithnya. Antaranya ialah:
- Seorang manusia.
- Rambutnya kerinting dan kusut masai.
- Sebelah daripada matanya buta.
- Tertulis antara dua matanya كفر (kufur).
Persoalan-Persoalan Berkaitan Dajjal
Antara persoalan-persoalan berkaitan Dajjal adalah:
Soalan: Mengapakah tidak disebut lafaz Dajjal di dalam al-Qur’an?
Jawapan: Bagi menjawab persoalan ini, kami ingin memetik jawapan daripada sebuah kitab yang membincang berkaitan tanda-tanda Kiamat. Para ulama’ telah menjawab persoalan ini dengan beberapa jawapan. Antaranya:
Pertama: Dajjal disebut atau terkandung di dalam beberapa ayat al-Qur’an. Contohnya:
Firman Allah SWT:
يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِن قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا
Maksudnya: “Kedatangan sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi tanda-tanda Hari Kiamat). Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah atau bermanfaat lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya”. [al-An’am:158]
Di dalam ayat ini, tidak disebut lafaz Dajjal secara jelas tetapi tanda-tanda (آيات) yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Dajjal, terbit matahari dari barat dan juga al-Dabah (الدابة). Ini disebut di dalam kitab-kitab tafsir.
Selain itu di dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadith yang menjelaskan berkaitan makna ayat di atas dan ini adalah antara tafsiran yang terbaik iaitu menafsirkan ayat al-Qur’an dengn hadith Nabi SAW. Hadith tersebut adalah:
- Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثٌ إِذَا خَرَجْنَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ، أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا: طُلُوعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا، وَالدَّجَّالُ، وَدَابَّةُ الْأَرْضِ
Maksudnya: “Tiga perkara apabila ia keluar tidak akan memberi manfaat akan iman seseorang itu yang sebelumnya mereka itu tidak beriman atau sebelumnya mereka tidak berusaha untuk melakukan kebaikan pada imannya. (Tiga perkara tersebut adalah) terbitnya matahari dari barat, keluarnya Dajjal dan juga al-Dabah yang melata di bumi”. [Riwayat Muslim (158)]
Kedua: Al-Qur’an telah menyebut Nabi Isa AS dan Nabi Isa AS yang akan membunuh Dajjal. Maka dengan itu, sudah memadai menyebut Nabi Isa AS yang membawa kepada hidayah daripada menyebut Dajjal yang menyeru kepada kesesatan. Sudah menjadi adat (kebiasaan) orang arab adalah sudah memadai menyebut salah satu daripada perkara yang berlawanan.
Ketiga: Al-Qur’an tidak menyebut Dajjal bagi menghina atau memperkecilkannya. Ini kerana, Dajjal apabila turun ke dunia akan mendakwa ketuhanan (uluhiyyah) dan ketuannan (rububiyyah)sedangkan dia adalah manusia biasa. Oleh sebab itu, Allah SWT tidak menyebut namanya di dalam al-Qur’an bagi menghina dan memperlekehkannya. Persoalan yang timbul, mengapa al-Qur’an menyebut Firaun sedangkan Firaun juga mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Jawapannya adalah kerana Firaun zamannya telah berlalu dan berakhir. Di samping itu juga, agar kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada kisah tersebut. Adapun Dajjal kisahnya belum berlaku dan akan berlaku apabila tiba waktu dan ketikanya.
Setelah melihat beberapa pendapat di atas, pendapat yang pertama adalah lebih tepat dan betul berbanding pendapat-pendapat yang lain. Walaupun lafaz Dajjal tidak disebut secara jelas di dalam al-Qur’an tetapi Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk menjelaskan berkaitan hal tersebut.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN TOTE & SHOPPING BAG BERSAMA KAMI.
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Setiap Doa, Selitkan & ‘Jual’ Nama IBU, Mulianya Level Seorang Ibu Tiada Hijab!

Mulianya level seorang ibu itu. Doanya tiada hijab dan itulah syurga buat seorang anak. Seorang ibu, kedudukannya sangat istimewa, dialah mengandung dan bertarung nyawa melahirkan anak.
Jadi, level seorang ibu cukup tinggi di sisi Allah. Sanggup korbankan apa saja untuk anak dan kebahagiaan orang yang disayangi. Tanpa ibu, siapalah kita di dunia ini.
Beruntunglah bagi yang masih ada ibu dan sanggup mendoakan untuk anak-anaknya. Sebab doanya tiada hijab dan terus diangkat. Tapi berapa ramai daripada kita yang mendoakan untuk mak ayah.
Inilah yang dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Asraff tentang level seorang ibu dan betapa doa itu mustajab bila kita selitkan nama ibu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat
Susahnya Jaga Anak Perempuan TAPI Beruntunglah Dapat Anak SULUNG PEREMPUAN, Itulah Doa Keberkatan
Info Lebih Menarik DI SINI
Level Seorang Ibu, Tinggi Darjatnya
Tempoh hari saya singgah ke kedai runcit, terdengar sebuah perbualan seorang lelaki yang sedang loudspeaker phone bercakap dengan ibunya.
“Rul, kalau nak berdoa apa-apa jual nama ibu ya”.
Semasa mendengar perbualan tersebut saya merasa pelik. Kenapa pula nak menjual nama ibunya?
Ibunya sambung lagi, kalau Rul nak mudah pergi umrah doa macam ini.
“Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk menunaikan umrah, aku nak sangat bawa ibu melawat Mekah sekali”
Kalau Rul nak beli rumah, doa begini
“Ya Allah lancarkan urusan beli rumah agar jika ibu datang melawat & bermalam dia rasa selesa”
Insya Allah doa tu naik tanpa hijab.
Tinggi Darjat Seorang Ibu
Masya Allah, tak terfikir seorang ibu mendidik anaknya mengenai doa sebegitu sekali.
Kemudian ibunya berkongsi pula tentang satu ceramah yang beliau hadiri. Kisah seorang sahabat yang badannya gemok tapi berkahwin dengan seorang isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi saw pun bertanya padanya apa rahsia dapat isteri yang cantik.
Beliau pun share Setiap hari aku berdoa, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang bila mana mak aku pandang wajahnya, mak terus berasa sayang & kasih padanya”
Allahuakhbar
*Mulia sungguh Allah tempatkan level seorang ibu ni kan?
Lepas ni tuan & puan bolehlah berdoa sambil selit nama mak.
Jika mak sudah tiada gunalah nama ayah atau mak & ayah mertua.
Tapi jika mak & ayah semua sudah tiada, kita boleh berdoa.
“Ya Allah, limpahkanlah rezeki sebanyak-banyaknya kepadaku supaya aku dapat berinfaq buat mak & ayahku di alam sana. Aku nak sangat buat mereka gembira, sebab dulu masa kecil mereka selalu gembirakan aku.”
Insya Allah, dengan niat yang murni & penuh kasih sayang macam ni pasti Allah akan lebih mudah makbulkan doa kita.
Moga semuanya ada berkah, Aamiin.
Mingguan Wanita : Hebatnya seorang ibu.
Sumber :-Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Minguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita