'Bau Ubun Ubun Anak Itulah Rahsia Hati Tenang’ Kongsi Ibu Yang 12 Tahun Jauh Dari Suami

Ujian suami isteri ini berbeza-beza ikut keupayaan mereka. Ada yang diuji suami sakit, suami kaya dan tak kurang hidup berjauhan dari suami. Seperti Puan Ramiza (Qaseh Qaira) ini 12 tahun hidup jauh dari suami. Apa pun dugaannya, ibu ayah anak 4 ini saling cinta dan kekal bahagia. Ini rahsianya.

Sebagai isteri seorang pegawai tentera, saya telah menjalani hidup berjauhan dengan suami selama 12 tahun. Ya, saya cumalah seorang wanita biasa dan ibu kepada empat orang cahaya mata. Seorang Pengurus Jururawat di IIUM Medical Specialist Centre, Kuantan, Pahang.”

Ramiza yang senang membahasakan dirinya mokcik ini berkongsi kisahnya dan suami. Dan disertakan sekali tip selama membesarkan anak tanpa suami di sisi 24 jam.

 

‘Bau Ubun Ubun Anak Itulah Rahsia Hati Tenang’ Kongsi Ibu Yang 12 Tahun Berjauhan Dari Suami

Ini Ujian Yang Perlu Ditempuh Selama 12 Tahun Berjauhan Dari Suami

Dulu masa muda remaja, junior makcik duduk kat Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang. Tapi jodoh mokcik tetap dengan orang Pahang juga. Mokcik berkahwin pada tahun 2006, masa tu suami mokcik baru berpangkat ‘Kapten Junior’.”

Hidup Berpusing 360 Darjah

Lepas dua bulan je kahwin, kami dah dikurniakan rezeki. Mokcik pregnant dan lahirlah puteri pertama kami pada bulan Jun tahun 2007. Mokcik bersalin secara ceaser tau.

Sejak ada baby ni, mokcik mula terasa yang hidup mokcik berpusing 360 darjah. Mana taknya, malam-malam kena bangun untuk breastfeeding, sakit badan ni. Allah sajalah tahu masa tu.

Cuti berpantang time tu pula hanya 2 bulan, maka hampir 2 bulan tu, mokcik terpaksalah buat macam-macam untuk renggangkan anak sebab rancang nak tinggal anak di Pahang dulu. Lagipun waktu itu, mokcik belum dapat pengasuh time tu. Saudara mara pun tak ada di Kelantan sana.

Mokcik balik ke kelantan time tu, sebab nak mula kerja, Drive kereta bertemankan mak dan adik perempuan ke Kelantan. Suami? suami masa tu kerja.

 

Allah Bantu Temukan Dengan Pengasuh Baik Hati

Lepas 2 bulan, dapat pengasuh yang juga tuan rumah yang mokcik sewa. Alhmdulillah.. mokcik bersyukur sangat.

Masa tu kerja shift; pagi, petang dan malam. Pengasuh sangat baik hati, dan umur pun lebih tua dari mak mokcik sendiri. Jadi bab anak, mokcik tak risau sangatlah. Rasa macam ada mak sendiri duduk dekat waktu tu (Allah Maha Membantu).

IKLAN

Tetap Berulang Alik Jenguk Suami; Usung Segala Bantal Tilam Sendirian

Walaupun mokcik jaga anak, waktu tu anak baru 4-6 bulan. Mokcik berulang alik ke Gemas juga ya you ollz. Jangan kata mokcik ni manja lah.. En suami mokcik yang manja yee.

Naiklah keretapi, usung segala tilam, bantal baby sesorang diri. Flusk air bagai (nasib baik anak usung sekali). Sebab waktu itu jadual En suami tersangat ketat dan pelbagai masalah lain lagilah.

Jadi mokcik memang dah diajar oleh mak mokcik untuk tough, susah. Setakat usung baby sorang naik kerapi, sampai pagi ke train station, waktu balik ke Kelate balik. Seolah-olah benda yang “biasa” je untuk mokcik.

 

Susah Macam Mana Pun Tak Pernah Ikut Suka Ambil EL

Susah macamana pun, mokcik tak pula sesuka hati nak ambil emergency leave (EL). Nak cuti suka hati waktu tu, sebab senior tempat kerja mokcik dah train supaya pikir keadaan orang lain kalau kita sorang ni tak datang kerja, taw.

Begitulah seterusnya sampai lah 2008, mokcik resign dr HUSM, untuk balik ke Kuantan sebab nak dekat dengan suami la “kononnya”.

Pejam Celik, Anak Yang 6 Bulan Tu Dah Masuk 12 Tahun

Tapi memang namanya kita ni kan manusia. Nak merancang tu boleh, tapi rancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.

Balik Kuantan, mokcik kerja, mengandung, bersalin lagi sampai 3 anak lagi keluar. Sudahnya suami mokcik masih lagi di Gemas.

IKLAN

Pejam celik, sedar-sedar anak yang 4-6 bulan tadi dah nak masuk 12 tahun kau.

Masyaallah, how time flies. Bagaimana Allah merencanakan setiap waktu mokcik membesarkan anak, hantar pengasuh, hantar sekolah, cuci berak time nak gerak keluar gi kerja sangat dah ni, bangun malam sorang diri, uruskan anak-anak sakit demam, sign record book, bayar yuran tiap bulan.

Rupanya masa itu belayar dengan sangat cepat. Mokcik pun rasa tak sedar bila semua tu berlalu.

Ini Yang Allah Cuba Didik Hati Mokcik

Rupanya Allah itu menjaga mokcik. Allah memerhatikan mokcik. Dan Allah sentiasa meringankan beban dan kesusahan mokcik.

Sehingga hari ini, suami mokcik masih di Gemas, kem yang sama. Masih weekend husband. Cuma telah berpangkat Mejar dan bertukar Rejimen. Pernah En suami dapat posting di Kuantan hampir 2 tahun sahaja kerana bertugas di unit tumpangan.

 

‘Bau Ubun Ubun Anak Itulah Rahsia Hati Tenang’ Kongsi Ibu Yang 12 Tahun Berjauhan Dari Suami

IKLAN

Rahsia Kekuatan Ibu Ini Lalui 12 Tahun Besarkan 4 Anak Sendirian

Ibu ini masih bekerja dan meneruskan tanggungjawabnya menjalankan amanah Allah menguruskan empat orang cahaya hati setiap hari seorang diri.

Alhamdulillah hati mokcik sentiasa redha.” Dan ini rahsia lain yang buat hati wanita ini kental.

Bukan Tak Pernah Marah Anak.. Bersyukur, Berdoa Itulah Kekuatan Sabar

Alhamdulillah Allah beri mokcik kesihatan tubuh badan dan akal yang baik untuk berfikir. Syukur, Alhamdulillah mokcik bahagia setiap hari melihat wajah-wajah yang sentiasa buat mokcik ketawa dan tersengeh.

Bukan kata mokcik tak pernah marah anak, pukul anak pun pernah. Tapi setiap hari mokcik berdoa agar Allah berikan mokcik kekuatan tambahan dan kesabaran yang jitu untuk anak-anak. Alhamdulillah, mokcik rasa mokcik improving.

 

‘Bau Ubun Ubun Anak Itulah Rahsia Hati Tenang’ Kongsi Ibu Yang 12 Tahun Berjauhan Dari Suami

Bau Ubun-Ubun Anak Itulah Buat Tidur Lena Setiap Malam

Kemarahan dengan anak dapat dikawal, walau penat atau walau rumah mokcik dah macam kapal pecah kadang tu.

Malam mokcik dapat tidur yang lena sebab bau ubun-ubun anak yang setiap malam semua pasti akan cari mokcik untuk “salam” sebelum tidur.

Amal Surah Ad-Dhuha Setiap Pagi

Mokcik suka amalkan surah ad-dhuha setiap pag. Time bawa kereta 7 kali dan petang juga, sebelum maghrib 7 kali.

Sesibuk manapun kita. Susah macamanapun kita, jika kita yakin ada Allah, pasti segalanya lebih mudah.

Mokcik bukanlah ahli agama, bukanlah anak ustaz, bukan juga wanita sempurna. Mokcik hanya manusia biasa yang yakin dengan perlindungan dan kasih Allah. Yang sentiasa cuba untuk mencari jalan untuk sampai juga nanti ke syurga.

Sumber/Foto : Qaseh Qaira

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI